Nuffnang

Isnin, 7 April 2014

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya |

Posted: 03 Apr 2014 05:18 AM PDT


Selaku bekas kekasih Hanez Suraya, sudah tentu Awi Rafael diminta memberikan pendapat mengenai kontroversi yang telah melanda wanita yang pernah mencuri hatinya itu. Mengakui tidak pernah menghubungi Hanez selepas berpisah walaupun hanya sebagai kawan, Awi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana mengikut gerak hatinya untuk menamatkan hubungan mereka.

awi dan hanez uraya

Berkata kepada portal GUA, Awi Rafael memakluman yang dia juga akan turut bersedih sekiranya kontroversi yang sama melanda dirinya. Kata Awi:-

Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih.

Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya

awi rafael

Mungkin sudah tertulis memang jodoh Awi Rafael bukanlah Hanez Suraya. Pasti satu hari nanti Awi akan bertemu dengan pengganti juga. Ketika itu jangan lupa untuk mengikut gerak hati demi mengetahui sama ada wanita itu adalah yang terbaik untuk anda atau tidak. Jadikan juga episod percintaan dengan Hanez sebagai pengalaman dan pengajaran buat anda.

P.S: Acura TLX GT ke Detroit Grand Prix

Baca Yang Ini Pulak:-

<b>Awi Rafael</b> Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya | Oh! Media Network

Posted: 02 Apr 2014 08:05 PM PDT

Penyanyi yang berasal dari Singapore, Awi Rafael yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Hanez Suraya enggan mengambil peduli tentang kontroversi hangat yang sedang melanda bekas kekasihnya itu.

BACA: Percintaan Awi Rafael Dan Hanez Suraya Sudah Berakhir

Menurut pemilik nama sebenar Muhamad Nabawi Gunawan ini, selepas berpisah dia tidak pernah lagi menghubungi Hanez biarpun hanya sekadar kawan.

"Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih," kata Awi menegaskan dia bersyukur mengikut kata hatinya untuk memutuskan hubungan dengan Hanez.

"Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya," katanya.

Dalam masa yang sama, Awi turut menepis dakwaan yang mengatakan lagu kolaborasinya dengan Altimet berjudul 'Kalau Aku Kaya' ditujukan kepada Hanez.

"Lagu itu tak ditujukan kepada sesiapa. Ia merupakan sebuah lagu masyarakat. Lagipun ia ditulis oleh Omar K dan Audi Mok. Mungkin kerana saya seorang penulis, orang selalu salah anggap lagu yang saya tulis ditujukan kepada seseorang," jelasnya.

OHMEDIA: ALLAH TAHU MANA YANG TERBAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan