Nuffnang

Isnin, 7 April 2014

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b> Mahu Terus Dengan Marcell - Gua.com.my

Posted: 31 Mar 2014 09:00 AM PDT

Perlahan-lahan, Mac Chew menekan satu persatu kunci-kunci keyboard, membuka tirai Konsert Dayang & Marcell Pesona Cinta di Istana Budaya, malam Sabtu lalu. Perlahan-lahan juga, muzik dari instrumen-instrumen lain bermain membentuk paduan bunyi mantap, menunggu detik sempurna untuk sang penyanyi, Dayang Nurfaizah menutur bait-bait lirik 'Seandainya Masih Ada Cinta', lagu pertama dalam senarai lagu malam itu.

Saat Dayang mula membuka mulut, penonton yang memenuhi Panggung Sari bersorak gembira, tanda rindu mereka pada suara serak-serak basah penyanyi yang pernah meraih trofi Anugerah Industri Muzik itu. Dan itu hanya permulaan untuk malam indah yang dihiasi lagu-lagu hebat lain olehnya seperti 'Sedingin Mana Cintamu', 'Mana Mungkin' dan 'Bisikan Rindumu', selain seleksi lagu-lagu saduran seperti 'Wrecking Ball', 'Jejaka Idaman' dan 'Ku Gembira Di Sampingmu'.

Dalam jangka masa yang begitu terhad untuk satu konsert duo, Dayang memanfaatkan tempoh satu jam yang diberikan kepadanya untuk 'menghilangkan' kerinduan beraksi di atas pentas mega sambil diiringi muzik dari live band, satu elemen yang cukup istimewa baginya sebagai seorang penghibur hebat.

Ditemui pada sidang media usai konsert berakhir, Dayang menzahirkan rasa gembira tidak terhingga dengan kesempatan yang diberikan oleh Istana Budaya dan JAG Events selaku penganjur konsert tersebut kerana bukan hanya dia berpeluang berganding semula dengan sahabatnya Marcell, malah dia juga berpeluang bertemu dengan peminat setia semula setelah lama tidak muncul dalam persembahan konsert.

Saat ditanyakan komen tentang persembahannya malam itu, Dayang berkata secara keseluruhan, dia cukup berpuas hati dengan kualiti suara dan muzik yang diberikan di atas pentas.

"Dayang memang akan senang puas apabila dapat mempersembahkan lagu-lagu dengan iringan live band. Jarang Dayang menolak bila ditawarkan peluang sebegitu. Di Malaysia, persembahan penyanyi biasanya hanya dilatari muzik daripada rakaman minus one. Sebab itu bagi Dayang, tahap kepuasan yang dicapai dengan persembahan sebegini sangat istimewa", ujar pelantun 'Di Pintu Syurga' itu.

Menurutnya lagi, persembahan dengan live band membolehkannya sebagai seorang penghibur bermain dengan komposisi muzik baru, selain bebas membentuk cara menyanyikan lagu-lagu terpilih dengan nafas lebih segar.

Bercerita tentang persiapannya menjelang malam Konsert Pesona Cinta, Dayang berkata, sesi latihan telah bermula dua minggu lalu dan berakhir seminggu sebelum malam konsert.

"Dayang tak gemar buat latihan di saat-saat akhir kerana suara Dayang senang hilang sekiranya berterusan digunakan. Jadi Dayang mahu simpan suara secukupnya dan buat persembahan all-out saat konsert berlangsung. Hanya pagi sebelum konsert, Dayang ke studio bersama Marcell untuk sesi latihan segmen duet kami", jelasnya.

Katanya lagi, walaupun banyak menyerahkan proses susunan semula lagu kepada kreativiti Jenny Chin, Dayang juga bertanggungjawab memberikan beberapa rujukan kepada Jenny supaya pengarah muziknya itu memahami apa yang ingin dipersembahkannya di atas pentas.

Dayang yang tersipu malu apabila digelar sebagai aset negara oleh teman duetnya pada sidang media itu mengakui cukup seronok bergandingan dengan Marcell kerana keserasian yang tercipta sesama mereka untuk sekian lama.

"Kalau boleh, Dayang mahu terus membuat persembahan dengan Marcell sebab Dayang cukup mengagumi dia, selain daripada kombinasi suara kami yang nyata menjadi", ujar Dayang penuh teruja. Antara lagu yang sempat dipersembahkan mereka pada malam tersebut adalah lagu klasik, 'Separate Lives' yang pernah dirakam pada tahun 1985 oleh Phil Collins dan Marilyn Martin.

Dalam perkembangan lain, Dayang kini sedang melalui proses rakaman untuk album terbarunya yang dijangka menemui peminat pada tahun ini. Saat ditanya samaada dia akan menyelitkan juga lagu-lagu saduran yang telah disampaikan secara cemerlang pada konsertnya Sabtu lalu, Dayang berkata album baru tersebut hanya bakal memuatkan material-material baru. Dayang sempat berkongsi betapa dia mengidamkan sesi rakaman bersama live band, kerana baginya, suasana rakaman sebegitu membolehkannya lebih menjiwai satu-satu lagu. 

Kali terakhir nyanyian merdu Dayang menghiasi rak-rak muzik di pasaran adalah menerusi album rakaman konsertnya bersama Anuar Zain berjudul 'Anuar & Dayang Live At Dewan Philharmonic Petronas' sekitar Mei tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan