Nuffnang

Ahad, 13 April 2014

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Jangan Hina Isteri Saya – <b>Fizo Omar</b> | - Beautifulnara

Posted: 10 Apr 2014 07:37 PM PDT


Selepas satu rampasan yang dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tak kurang ramai yang membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi Abang Nara ia satu langkah yang harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan rampasan tersebut.

fizo omar dan isteri

Antara komen-komen yang diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah "Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya", "Fizo tanggung dosa bini" dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-

Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.

fareeda fizo omar

Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yang sudah bertudung kerana Fareeda. Abang Nara tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-

Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati .

Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh

rizo omar
Ini semua adalah asam garam dalam perniagaan. Biasalah cemburu sebegini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. Jangan melatah kuat sangat. Kena bersikap profesional. Abang Nara percaya populariti Fareeda tidak akan tenggelam kerana kontroversi murahan ini. Teruskan perniagaan anda dan semoga mencapai sasaran yang dikehendaki tahun ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

"Jangan Hina Isteri Saya" - <b>Fizo Omar</b> | Oh! Media Network

Posted: 11 Apr 2014 09:27 AM PDT

Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.

Mengulas tentang isu tentang tudung Fareeda yang dikatakan tidak menepati kehendak syariat Islam sehingga mengudang tohmahan daripada segelintir pihak malah lebih menyedihkan mereka turut mengecam Mawar setiap kali memuatnaik gambar isterinya di laman sosial.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.

"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.

"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.

Tambah Fizo lagi, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.

"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.

"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu.



OHMEDIA: KAN ABE JOE DAH MARAH TUU! HAHA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan