Nuffnang

Khamis, 15 Mei 2014

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


punca astro tidak sambung kontrak <b>didie alias</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 05 May 2014 08:14 PM PDT

Lama tak baca cerita mengenai Didie Alias. Tiba-tiba terpampang dalam laporan akhbar hari ini mengenai isu kontraknya sebagai pengacara program realiti memasak Jaguh Kampung tidak disambung. Puncanya adalah kerana sikap dan penampilannya tidak disenangi ketika rakaman musim ketiga yang lalu.

Ada dakwaan yang mengatakan, Didie mengendalikan program memasak itu dalam keadaan bingit selain imejnya yang memakai pengilat kuku berwarna-warni tidak bersesuaian dengan konsep program berkenaan dan beberapa pihak tidak berpuas hati dengan pembawaan diri dan imejnya yang sedikit merosakkan program tersebut.

didie alias jaguh kampung

Bagaimanapun menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad @ Ali, 41, dakwaan berkenaan langsung tidak berasas kerana dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dan melanggar etika atau konsep program sepanjang rakaman berlangsung.

"Lantaklah mereka nak cakap apa. Saya malas nak layan orang yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Saya memberikan komitmen sehabis baik kepada produksi. Tak pernah saya bagi sebarang masalah kepada mana-mana pihak dari dulu sampai sekarang. Jadi apa masalah pihak yang menimbulkan cerita itu dan menyampaikan ke merata tempat? Benda ini hanya masalah salah faham yang sudah diselesaikan sebelum ini. Tak perlu dipanjang-panjangkan," katanya.

p/s: Sebenarnya seronok juga melihat keletah Didie Alias dalam program itu. Bab penampilannya itu kan penambah seri. Lagipun bukan Didie yang memasak. Tak apalah Kak Didie, rezeki ada dimana-mana. Cuba yang lain pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan