Nuffnang

Rabu, 7 Mei 2014

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


<b>Erra Fazira</b>: Jangan Desak Saya & Tolong Hormati Privasi | ROTIKAYA

Posted: 13 Apr 2014 05:19 PM PDT

Hujung minggu lalu, tindakan Engku Emran yang seakan berusaha untuk kembali memikat hati bekas isterinya, Erra Fazira mendapat perhatian dan ramai yang mendoakan yang usahanya akan berhasil dan mereka kembali bersatu lebih lebih lagi demi anak mereka, Engku Aleesya.

BACA: Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama Erra Fazira?

Dalam kenyataan kepada mStar Online hari ini, Erra Fazira berkata yang beliau terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Amanah dan tanggungjawab (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," tulis Erra Fazira ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut Erra Fazira lagi, walaupun ramai mendoakan supaya mereka kembali bersama, hanya beliau dan Engku Emran sahaja tahu apa yang telah berlaku antara mereka berdua — pasangan ini bercerai pada 18 Februari lalu selepas lebih enam tahun berkahwin

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," tambahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan