Nuffnang

Sabtu, 31 Mei 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Harapkan Bahagia Bersama <b>Fizz Fairuz</b> Selamanya <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2014 05:04 PM PDT

Kami pasti ketika ini Almy Nadia pastinya insan yang paling gembira selepas sah bergelar isteri kepada Fizz Fairuz & selepas mengharungi lapan tahun tempoh percintaan yang anda semua tahu telah diduga dengan pelbagai cabaran.

BACA: Almy Nadia & Fizz Fairuz Selamat Bergelar Suami Isteri

Pada majlis pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu di Pulau Pinang, Almy Nadia menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin RM1,001 & sembilan dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.

Bercakap kepada media selepas majlis selesai, Almy Nadia meluahkan rasa gembira dan syukur beliau selepas segalanya berjalan lancar.

"Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan hari ini"

"Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun sebelum & selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin"

"Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun yang ke sembilan. Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan," katanya.

Fizz Fairuz & Almy Nadia juga berkata yang mereka tidak ada merancang sebarang bulan madu ketika ini kerana masih sibuk dengan penggambaran drama dan kerja masing masing tetapi bercadang untuk bercuti selepas hari raya nanti.

"Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami berdua," tambah Almy Nadia. Kami gembira tengok anda berdua. (rtky/m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan