Nuffnang

Sabtu, 31 Mei 2014

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Anti Perempuan Bersikap Diva | MYNEWSHUB

Posted: 14 May 2014 09:48 PM PDT

Jarang sekali kita mendengar kisah kontroversi mengenai aktor Shaheizy Sam.

Yang terakhir kali pun mengenai gosip cintanya dengannya pelakon baharu, Syatilla Melvin dan pelakon Nur Fazura.

Syatilla Melvin

Fazura Bukan Ganti Neelofa, Tolak Tawaran Nona

Seiring peningkatan usia 32 tahun, Sam tidak lepas daripada ditanyakan oleh pihak media mengenai teman hidupnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sam mendedahkan dia sudah lama bersedia untuk menempuh alam rumah tangga namun menurutnya sehingga kini masih belum ada calon di hatinya.

Memetik laporan Sinar Harian, Sam menjelaskan, "saya memang nak kahwin, tapi nak masuk meminang tu tak masuk-masuk sebab belum ada calon."

"Nak kata saya ni memilih, sudah tentu pasal jodoh ni kita kena memilih. Takkan sebarangan orang kita nak jadikan isteri, mesti nak kena kenal dulu hati budi masing-masing.

"Kita nak hidup bersama sampai tua dan kalau boleh sampai mati. Jadi kalau boleh mestilah nak cari calon yang elok sebagai isteri," ulasnya lagi.

Sam juga mengakui kalau boleh dia mahu mengelak daripada dipertemukan jodoh daripada kalangan selebriti berikutan komitmen kerja yang tidak menentu.

Selain itu, anak bongsu Khaty Fauziah ini juga sempat berkongsi wanita berlagak diva tidak termasuk dalam ciri-ciri wanita pilihannya. -MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan