Nuffnang

Jumaat, 23 Mei 2014

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Nafi Kurang Ajar - Hye Bro..!!!

Posted: 01 Sep 2013 08:00 AM PDT

Gambit Saifullah
Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Gambit Saifullah telah buat kecoh di pejabat pengurusan kondominium yang didiaminya.

Menurut maklumat tersebut, Gambit dikatakan bersikap kurang ajar meredah masuk ke pejabat berkenaan untuk meminta kad akses masuk ke semua blok perumahan itu.

Apabila permintaannya ditolak pihak bertugas, dia mengamuk. Kejadian itu disaksikan beberapa penghuni yang turut ada dalam pejabat itu. Lagaknya macam samseng apabila duduk atas meja walaupun disediakan kerusi.

Beliau dikatakan menunjuk tanda protes dengan menolak pintu dengan kaki ketika keluar dari pejabat itu. Semua yang ada dalam pejabat terkejut dengan perlakuan kurang ajar beliau.

Apapun kemungkinannya, lagaknya memang mengundang tanggapan yang kurang baik.

Bagaimanapun beliau menafikannya ketika dihubungi oleh seorang wartawan hiburan ingin mendapatkan pengesahan tentang eksiden ini.

Dari kenyataan Gambit sendiri,

Memang betul dia ke pejabat pengurusan kondominium itu, tetapi bukan seperti apa yang dinyatakan dalam khabar angin. Malah, tidak ada insiden dia duduk di atas meja atau buka pintu dengan kaki.

Bagi beliau, semua itu karut dan dia tidak tahu apa motif mereka yang menyebarkan cerita hingga fakta sebenar diputar-belit menampakkan dia yang bersalah.

Jelas Gambit, dia ke pejabat itu kerana kad aksesnya rosak dan sememangnya kad itu boleh akses ke semua blok kediaman itu. Suasana ketika itu memang panas kerana kakitangan bertugas berkasar dengannya.

Rasa tidak wajar diperlakukan begitu, dia pun mendesak dan mungkin kerana itu orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar, nampak seolah- olah dia kurang ajar.

Dia hairan bagaimana boleh timbul 'nasi tambah' kononnya dia duduk atas meja dan tolak pintu dengan kaki, sedangkan dua perkara itu tidak berlaku. Ketika kejadian, pengurusnya pun ada sama.

Sumber : MyMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Gambar <b>Gambit Saifullah</b> kemalangan teruk langgar tembok (5 <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 05:00 AM PDT

Gambar Gambit Saifullah kemalangan teruk langgar tembok - Pelakon yang sering dihimpit kontroversi, Gambit Saifullah semakin menyepi sejak kebelakangan ini. Kali terakhir pelakon ini muncul di kaca TV ialah menerusi rancangan realtiti Fear Factor Selebriti Malaysia namun beliau dihentam teruk dan dikritik peminat kerana bermulut celupar dan egois. 
Sekitar petang tadi, admin difahamkan Gambit Saifullah telah terlibat dalam satu kemalangan kecil melanggar tembok pagar simen sebuah rumah. Menurut saksi, mereka melihat sebuah kereta berwarna putih yang dikatakan milik Gambit Saifullah terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan masih belum dikenalpasti. Berkut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan Gambit Saifullah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan