"Saya seronok melayan Ryan. Kalau keluar bekerja, pasti terasa rindu. Sampai saja di rumah, dia peluk dan cium saya. Sebagai ibu, memiliki zuriat satu kepuasan dan kenikmatan."Dia anak yang baik dan pandai ambil hati. Kalau kena marah, dia akan senyum dan reaksi itu automatik buat saya rasa sejuk hati. Ryan tidak pernah meragam apabila bangun tidur, sebaliknya dia senyum.
"Kebelakangan ini dia makin lasak. Kalau saya seorang, memang tak terdaya sebab dia tidak duduk diam. Ada saja benda nak buat, sedar-sedar dah panjat itu panjat ini. Saya bertuah kerana ibu dan pembantu menjaga Ryan.
"Omar kini terikat dengan komitmen kerja dan banyak berulang-alik ke Kazakhstan. Paling lama ke sana, dua minggu dan kalau ada di rumah, dia suka manjakan Ryan,"
"Setiap Isnin, Rabu dan Sabtu, saya hantar dia ke gim kanak-kanak. Biar dia bina skil fizikal. Selepas usia dua tahun, saya akan pertimbangkan untuk hantar dia ke kelas Kumon dan mungkin muzik, selain dedahkan dia dengan kelas mengaji," kata Ning.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan