Kilafairy - Google Blog Search |
Hanez Suraya & <b>Kilafairy</b> Kongsi Watak Nisa - Gua.com.my Posted: 01 Apr 2014 09:00 AM PDT Ekoran dari kontroversi yang melanda aktres Hanez Suraya Abdul Aziz, terdengar desas desus dia ingin mengundurkan diri daripada pementasan teater 'Projek Kahwin' yang bakal berlangsung pada 6 hingga 14 Jun hadapan di Panggung Sari, Istana Budaya. Selain itu, ada juga khabar angin mengatakan Hanez sebenarnya ingin disingkirkan oleh pihak produksi. Dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Budaya pada Selasa, pihak produksi dan Istana Budaya tampil memberi penjelasan. Jelas mereka, Hanez akan kekal bersama permentasan itu. Bagaimanapun, watak Nisa yang dipertanggungjawabkan kepadanya itu akan dikongsi bersama Kilafairy. "Saya difahamkan, Hanez mahu menarik diri daripada menjayakan teater ini. Dia tidak mahu terlibat kerana tidak mahu tenaga produksi dan pementasan teater ini terkena tempias gara-gara kontroversi yang dihadapinya baru-baru ini. Tapi saya rasakan tidak adil bagi dia. Hanez sudah terlibat dari tahun lalu dan dia juga giat mempromosikan teater ini. Jadi kenapa mahu biarkan dia menarik diri sedangkan ini sesuatu yang dia mahukan? Jadi saya mahu ucapkan terima kasih kepada Hanez kerana tidak jadi menarik diri. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar," kata Datuk Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya dalam sidang media tersebut. Kilafairy bakal muncul menerusi enam pementasan mulai dari 6 hingga 11 Jun manakala baki empat pementasan akan dijayakan oleh Hanez pada 12 hingga 14 Jun. Persoalan, mengapakah Kila turut serta dalam pementasan ini sedangkan Hanez boleh menjayakan kesemua pementasan? "Bukan kali pertama Istana Budaya lakukan perkara seperti ini untuk mempelbagaikan hadirin. Pada awal Hanez menyuarakan hasrat untuk menarik diri, pihak produksi telah menawarkan watak ini kepada Kila. Saya berdegil, kenapa pelakon asal menarik diri. Selepas perbincangan, semua mendapat kata sepakat. Jadi perkara ini adalah sesuatu yang berbeza untuk ditampilkan dalam teater 'Projek Kahwin'. Sebelum ini pun, Istana Budaya pernah mementaskan muzikal 'Rubiah' dan menggunakan khidmat Maizurah Hamzah dan Syafinaz Selamat untuk memegang watak yang sama secara berganti-ganti," ujar Datuk Juhari lagi. Mengenai desas-desus gerakan anti Hanez yang ingin membaling telur dan melakukan perkara-perkara yang buruk kepada Hanez ketika teater itu berlangsung, Datuk Juhari memberi jaminan perkara itu tidak akan terjadi. "Saya boleh janjikan, perkara itu tidak akan terjadi. Kalau betul ada, kita ada polis berpakaian seperti orang biasa yang akan mengawal keadaan. Sesiapa yang berbuat demikian, akan ditahan dan didakwa kerana merosakkan harta benda awam," katanya lagi. Selain Hanez dan Kila, teater 'Projek Kahwin' akan dijayakan oleh Izzue Islam, Shah Iskandar, Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan Imam Muda Asyraf. Di sidang media itu juga, pihak penganjur memperkenalkan barisan pelakon lain yang akan menjayakan teater 'Projek Kahwin' iaitu Kaka Azraff dan kumpulan Forteen. Tiket sudah boleh didapatkan menerusi AirAsia RedTix. |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan