|      SOFIA, BUNKFACE, <b>JINBARA</b> KONSERT DI UiTM SHAH ALAM <b>...</b>       Posted: 09 Mar 2013 05:30 PM PST       SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air  berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam  satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam  pada 13 Mac ini. Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan  persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair  dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu  Sofea. Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan  kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing,  Nilai Cinta, Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005 Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar  Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan  Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi. Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid,  apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk  membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas  lebih 100 pelajar fakulti tersebut. "Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert  mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat  pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket  konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket  berkenaan mula dijual dua hari lepas. Jelas beliau, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut  masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8,  Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang. Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh  diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di  talian 013-7089805. - UTUSAN Online
     |   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan