Nuffnang

Sabtu, 17 Mei 2014

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


<b>Lisdawati</b> Sudah Pun Maafkan Sharnaaz Ahmad | ROTIKAYA

Posted: 13 May 2014 07:54 AM PDT

Sejak balik dari menunaikan umrah Mac lalu, Lisdawati ketika ditemui di majlis pelancaran hlive! Astro petang semalam dilihat semakin berseri menanti kelahiran anak ketiga yang dijangka akan lahir hujung bulan ini.

Walau menempuh pelbagai ujian dan kontroversi sepajang awal tahun ini, dia bersyukur masih diberi rezeki yang tidak putus dari Allah Swt. Malah sudah menandatangi beberapa kontrak selepas habis proses pantang nanti.

Ditanya tentang susulan kes yang melibatkan Sharnaaz Ahmad, jelas Lisdawati, dia sudah pun memaafkan Sharnaaz Ahmad.

"Syukur alhamdulillah selepas balik umrah, I sangat tenang. Rezeki pun tak putus. I dah cuci semuanya di Mekah. I dah berdoa dan dah maafkan semuanya. I dah taknak ada apa-apa agenda lepas ni dan taknak ada sebarang cerita dan serahkan pada Allah yang selebihnya"

Namun lain pula khabarnya apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi telah mengeluarkan statement menunggu surat saman dari Sharnaaz Ahmad.

Respon Lisdawati pada soalan tersebut, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan pihak lelaki. Apa yang penting, dia dan suaminya, mereka tidak mahu memanjangkan kisah pergaduhan yang dah berlaku sebelum ini. Lisdawati sendiri terbuka jika Sharnaaz mahu berjumpa dengannya.

Jika ditakdirkan mereka digandingkan bersama dalam lakonan, bagi Lisdawati sebagai seorang pelakon perkara tersebut tidak memberi masalah kepadanya.

"Tiada sekatan untuk berlakon sama balik. Industri ni kecil. I tak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tak pernah create musuh. Cuma I minta maaf kalau ada yang tak suka kat I. jika ada yang tak puas hati dengan I, datang jumpa dan beritahu. I manusia biasa. Kita ceriakan hidup dan positif kan fikiran," tambahnya lagi. (rtky/bsr)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan