Nuffnang

Sabtu, 10 Mei 2014

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


aena.noor.janna: Hijrah <b>Mizz NINA</b>

Posted: 26 Feb 2014 08:17 PM PST




Ternyata penghijrahan Mizz Nina bertudung menggembirakan banyak pihak. Tidak dinafikan penampilan terkini puteri hip-hop Malaysia itu mendapat sokongan ramai. Untuk info, Mizz Nina mula berhijrah sejak menunaikan ibadah Haji baru-baru ini. Sebelum ini, Noh Salleh, vokalis Hujan sudahpun meluahkan rasa terharu diatas penghijrahan isterinya itu. Jadi apa pula kata Mizz Nina? Apa perasaan beliau sejak berhijrah?



Memetik laporan gua.com.my, Mizz Nina akui dia rasa lebih gembira dan lebih tenang sejak berhijrah. Antara orang pertama yang dikhabarkan tentang hasratnya untuk berhijab tidak lain tidak bukan adalah ahli keluarganya, selain dari rakan-rakan rapat yang semuanya menyokong hasrat penghijrahannya itu.
"Saya rasa lebih gembira dan lebih tenang kini. Mizz Nina masih ada, masih lagi orang yang sama tapi mungkin kini dengan haluan hidup yang baru. Saya bersyukur kerana mempunyai 'support system' yang begitu kukuh dan memahami. Mereka membuatkan proses penghijrahan saya ini lebih mudah dan lancar," ujar Mizz Nina mengenai penghijrahannya itu.
Apabila ditanya tentang kesan penghijrahannya itu pada gaya muzik hip-hop yang begitu sebati dengan dirinya, Mizz Nina ada jawapan tersendiri.
"Saya akan meneroka stail muzik baru, yang lebih matang. Muzik yang rancak memerlukan penyanyinya turut sama beraksi lincah dan itu tidak sesuai dengan penampilan baru saya ini. Malah, saya nekad untuk tidak membuat sebarang persembahan pentas sehinggalah saya jumpa gaya persembahan baru yang benar-benar cocok dengan penampilan ini. Berkenaan dengan penayangan muzik video yang memaparkan saya dengan imej lama, sejujurnya saya memang tidak mampu mengawal hal-hal sedemikian lebih-lebih lagi yang melibatkan media sosial seperti YouTube."
SUMBER : http://www.ammboi.com/2013/11/11/mizz-nina-akui-rasa-lebih-gembira-dan-tenang-sejak-bertudung/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan