Nuffnang

Selasa, 3 Jun 2014

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Julia Ziegler Serang Kakak Aktress Muda, Sah Kini Kekasih <b>Gambit</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 09:01 AM PDT

Kami mengumpul maklumat tentang kisah ini tanpa henti sejak 72 jam yang lalu selepas menerima hint pertama. Hasilnya, artikel ini yang meringkaskan kesemuanya.

Ketika semua orang sibuk & memberi tumpuan kepada majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza di Kota Tinggi, Johor yang lalu, ada adegan belakang tabir yang tidak di'sedari ramai.

Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada pelakon muda Sharifah Nurul Sakinah (gambar paling kanan) dan mengeluarkan kata kata kurang senang sehingga menyentuh isu keluarga.

Kejadian ini di'sahkan sendiri Sharifah Shahira yang berjaya kami hubungi lewat petang tadi & berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Julia Ziegler itu kerana tidak tahu menahu.

"Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal'nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan."

"Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celuar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di'situ juga."

Persoalan: Kenapa Julia Ziegler menyerang Sharifah Shahira?

Kami menghubungi Nurul Sakinah pada awalnya bertanyakan tentang gossip hubungan cinta beliau bersama Gambit Saifullah dan aktress baru ini menafikan gossip berkenaan dan berkata mereka hanya kawan rapat.

Gambit Saifullah juga kami hubungi selepas itu dan kerana kesibukan, kami tidak dapat bersembang lama namun seperti Nurul Sakinah, jejaka ini juga menafikan gossip cinta mereka berdua.

Jelas'nya, punca tindakan luar kawalan Julia Ziegler menyerang Sharifah Shahira adalah bermotifkan cemburu kerana Gambit Saifullah kini merupakan jejaka yang bertakhta di'hati.

Dalam kata kata penuh meroyan Julia Ziegler, Sharifah Shahira berkata beliau kemudian jelas dengan motif tindakan pelakon itu yang sebenarnya tidak senang akan hubungan rapat antara Gambit Saifullah & Nurul Sakinah.

"Ala dik, suami saya yang satu ini pun pernah di'ganggu orang lain tetapi saya tidak'lah hendak melatah. Ini hal peribadi kita, kita boleh selesaikan sendiri. Kami memang jarang libatkan orang luar."

"Sempat juga dia (Julia Ziegler) berpesan kepada saya supaya menjaga tingkah laku si Sakinah. Sempat'lah pulak kan? Baik saya pentingkan suami, anak & cari rezeki."

Julia Ziegler sudah minta maaf

Menurut Sharifah Shahira sebelum menamatkan perbualan kami, beliau menyebut yang Julia Ziegler sudah pun meminta maaf kepada beliau selepas di'minta oleh Gambit Saifullah.

"Dia ada telefon saya balik kata minta maaf atas tindakan luar kawalan dia hari itu. Katanya, dia mahu marahkan Didie Alias tetapi terlepas kemarahan kepada saya. Eh, muka aku ada iras Didie Alias ke?"

Kenapa kami tidak menghubungi Julia Ziegler untuk minta keterangan? Let's play some game shall we? Biarkan media mainstream yang lain tamatkan kisah ini. TEEHEE!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan