Nuffnang

Selasa, 3 Jun 2014

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Bengang Di Tuduh Gay | Oh! Media

Posted: 27 May 2014 07:17 PM PDT

ohmedia-iqram-dinzly

Pelakon dan pengacara kacak Iqram Dinzly ternyata bengang apabila dia didakwa seorang gay dan menjalinkan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London, England pada hujung tahun lalu.

Isu itu mula timbul apabila gambar mesra Iqram dan seorang lelaki tersebar luas di laman sosial. Malah, bukan itu sahaja, salinan perbualan Iqram dan lelaki itu juga turut menguatkan lagi dakwaan bahawa pelakon itu seorang gay.

Apabila ditanya tentang isu itu, Iqram menganggap tuduhan itu agak melampau dan mengaibkan dirinya. Menurutnya, walaupun ini bukan kali pertama dia diberi tuduhan seorang yang homoseksual namun isu yang terbaru ini sangat keterlaluan.

"Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya. Lapan tahun dalam bidang ini, saya dah penatlah dengan benda-benda macam ini. Daripada ketika saya berkawan dengan Fouziah (Gous) dan terbaru dengan Soo Wincci tak sudah-sudah benda macam ini ditimbulkan.

"Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak," jelas Iqram.

Dalam pada itu, Iqram mengakui bahawa dia ada mengunjungi sebuah kelab untuk golongan gay di London namun hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan tetapi menyangkal dakwaan bahawa dirinya menjalinkan hubungan songsang.

OHMEDIA: PANDAI-PANDAI LAH PILIH MANA YANG BETUL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan