Nuffnang

Ahad, 25 Disember 2011

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Peminat Sendiri Tipu <b>Tiz Zaqyah</b>, Percutian Impian Ke Perth Tinggal <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 09:43 PM PST

Alahai bukan sedikit sedih kami apabila membaca kisah terbaru Tiz Zaqyah berkaitan penipuan oleh peminat sendiri ini.

Tiz Zaqyah bersama para peminat beliau sepatutnya sekarang sudah berada di Perth, Australia untuk satu program yang di'beri nama Percutian Cik Qyah.

Namun, individu yang bertugas untuk menjayakan program ini telah mungkir janji di'saat saat akhir dan penipuan ini bukan sedikit nilai'nya — RM60,000.

Menurut Tiz Zaqyah, program itu di'uruskan oleh salah seorang ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) yang memerlukan peserta yang berminat untuk menyertai program ini membayar antara RM1,700 sehingga RM1,900.

Melalui Facebook rasmi beliau, Tiz Zaqyah sudah mendedahkan wajah dan identiti individu yang bertanggungjawab. Beliau di'kenali sebagai Kak Sherry di'kalangan ahli kelab peminat Tiz Zaqyah.

Laporan polis sudah pun di'lakukan dan sebagai pertolongan saguhati daripada kami, sesiapa yang berjumpa atau tahu akan lokasi individu yang di'cari oleh Tiz Zaqyah ini, boleh hubungi Tiz Zaqyah.

Full content generated by Get Full RSS.

GUA - BERITA ARTIS - Aksi Remy Ishak & <b>Tiz Zaqyah</b> Dalam Aduh <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2011 08:00 AM PST

Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.

Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam

Full content generated by Get Full RSS.

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Lirik Lagu Penerang Hati - <b>6ixth Sense</b> ft Saujana | Mainan Jiwa ®

Posted: 23 Dec 2011 07:02 PM PST

Lirik Lagu Penerang Hati - 6ixth Sense ft Saujana

Mencinta Mu terangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Suka entri ini.?

Full content generated by Get Full RSS.

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Malaysian Hip Hop: Video : Mirwana & <b>Altimet</b> - Itu Ini Begitu Begini <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2011 08:17 AM PST

Full content generated by Get Full RSS.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Pihak Bank Cari <b>Fizo Omar</b> - Tanggung hutang RM2.5 juta | Oh! Artis <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2011 12:04 AM PST

rahsiarumah

eriesya

yoli4all

ammobiletopup

vimax

perfumeberry

bizzminded

cotton-online

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Fizo Omar atau nama penuh penuhnya 'Wan Hafizol Wan Omar, 26 tahun ini merupakan naib juara Hero Remaja 2007/2008 dan juga seorang pelakon. Di antaranya lakonannya di dalam drama dan filem  Puteri Salju, Gadis Merah Jambu, Dendam, Keliru, Bisikan Subuh, Bio-Nik, La Dolce Amira, Matahari, Cinta Sempurna dan juga filem Kongsi.

Fizo yang merupakan kacukan Melayu, Siam dan Arab ini sedang dilanda masalah. Namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat percetakan di Damansara. Menurutnya, dia pernah menjadi rakan kongsi dan merupakan lembaga pengarah syarikat berkenaan pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk bidang lakonannya, dia telah menarik diri dari syarikat tersebut.

Fizo ini adik tiri kepada pelakon Noniswara diibaratkan seperti dimakan kawan sendiri apabila terpaksa menanggung hutang lebih RM2.5 juta sedangkan dia tidak tahu menahu tentang pinjaman berkenaan. Dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman. Setelah setahun tidak berjaya berusaha sendiri untuk membersihkan namanya, semalam dia telah mendapatkan bantuan di SukaGuam untuk mendapatkan bantuan perundangan.

Fizo yang baru menyambut kepulangan ibunya dari Mekah Sabtu lalu, meminta peminat mendoakannya serta dia tahu yang dia harus terus tabah dan kuat. Kepada Fizo Semuga kes ini berpihak kepadanya. Apapun, kami suka memberitahu peminat Fizo, yang Fizo ni pandai memasak. Dapatkan buku hasil masakkannya 'Air Tangan Fizo' dengan harga RM19.90 sahaja di pasaran

OH ARTIS : SEKSI TAU LELAKI YANG SUKA MEMASAK NI….. KACAK PULAK TU. WELL !

Full content generated by Get Full RSS.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Seronok raya di bandar – <b>Sazzy Falak</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2010 10:00 AM PDT

KALAU orang lain mempunyai kampung halaman untuk pulang meraikan lebaran, Sazzy Falak pula hanya mengenali Kuala Lumpur sebagai kampung halamannya. Sejak 29 tahun lalu, di situlah tempat dia dan keluarganya berkumpul untuk meraikan hari mulai itu.

Walaupun tidak pernah melalui kehidupan suasana desa, Sazzy tidak terkilan. Kehadiran ibu bapa dan sana saudara sudah cukup memeriahkan sambutan Aidilfitri. Setiap tahun, menjadi kewajipan wanita itu berkumpul bersama sanak saudara di rumah datuk dan neneknya di Kampung Melayu Ampang.

Di situlah dia dan ahli keluarganya berkumpul. Setiap kali berkumpul, pelbagai aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama. Sebagai sepupu yang paling besar, dia umpama ketua yang perlu melayan kerenah sepupu lain yang lebih muda.

"Keluarga saya sangat 'gila'. Apabila kami berkumpul di rumah datuk dan nenek, memang kecoh jadinya. Ada saja aktiviti yang akan kami lakukan, termasuklah ibu bapa kami. Mereka pun biasanya akan turut serta. Malah ada ketikanya, orang dewasa akan lebih kecoh daripada kanak-kanak.

"Biasanya aktiviti kami adalah bermain bunga api bersama. Sementara itu yang wanita pula akan sibuk di dapur tetapi sejak dulu lagi saya memang 'diharamkan' daripada masuk dapur oleh nenek kerana saya kurang mahir dengan kerja dapur.

"Jadi tugas saya setiap kali kami berkumpul adalah mengemas rumah saja," katanya yang akan pulang ke rumah suaminya, Nazril Idrus di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari raya pertama nanti.
Kata Sazzy, tahun ini giliran pulang ke kampung suaminya tetapi mereka hanya akan pulang ke sana pada pagi raya dan berada sehari suntuk di sana. Biasanya mereka tidak bermalam di sana kerana rumah keluarga Nazril dipenuhi sanak saudara.

Sepanjang empat tahun melayari bahtera rumah tangga, pernah juga terlintas dalam fikiran pasangan itu untuk menginap di hotel saja. Namun bila memikirkan ia membazir sedangkan perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur bukannya jauh, pasangan itu mengambil keputusan untuk pulang saja pada hari sama.

Mengenai persiapan raya, Sazzy berkata dia hanya membuat persiapan ala kadar saja. Seperti biasa, dia akan menyediakan kuih-muih sementara baju raya pula hanya sekitar dua pasang saja. Mujur suaminya mempunyai banyak koleksi baju Melayu, justeru, Sazzy tidak perlu pening kepala mencari baju raya untuk suaminya. Kebetulan setiap warna baju dimiliki suaminya, jadi dia tidak perlu untuk tampil sedondon.

Selepas empat tahun mengikat janji sehidup semati, nampaknya masih belum ada sebarang petanda pasangan itu akan menimang cahaya mata. Seperti pasangan yang lain, Sazzy dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata tetapi sehingga ke saat ini, mereka masih belum dikurniakan rezeki.

"Kami sudah bersedia untuk memiliki anak, tetapi nampaknya sehingga kini kami masih belum ada rezeki. Lagi pun kami masing-masing sibuk, jadi mungkin belum waktunya untuk kami memikirkan mengenai anak lagi," katanya yang memegang watak Jane di dalam filem 4 Madu.

Tidak letakkan sebarang kelas

Ternyata gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 sememangnya layak menjadi miliknya apabila wanita itu berjaya menghidupkan watak Jane dengan cukup baik.

Watak Jane dibawakan dengan cukup bersahaja oleh Sazzy, malah boleh dikatakan wataknya serta dua lagi pelakon iaitu Bienda dan Rosnah Mat Aris paling menyerlah.

Sazzy berkata, dia sendiri tidak percaya mampu membawakan watak komedi. Bagi menghayati watak Jane yang gemar bertutur dengan slanga orang putih, Sazzy hanya menjadikan rakan-rakannya sebagai rujukan. Katanya, mujur dia banyak menggunakan perkataan Inggeris di dalam filem berkenaan, justeru dia lebih lancar untuk berbuat lawak berbanding bahasa Melayu.

Ditanya apa pula yang membuatkan dia terpanggil untuk berlakon di bawah arahan A Razak Mohaiden sedangkan dia lebih dikenali sebagai pelakon kelas urban.
Kata Sazzy, dia tidak pernah melabelkan dirinya pada kelas mana tetapi apa yang membuatkannya mahu mencuba kerana tawaran dari Razak sendiri.

"Saya tak kisah bekerja dengan sesiapa pun. Bagi saya setiap karya yang dihasilkan perlu saya hargai. Saya juga tak pernah meletakkan diri saya di tahap mana, saya adalah artis Malaysia. Jadi saya bebas menerima tawaran daripada sesiapa.

"Sebelum berlakon dengan prof, saya tak tahu pun kemampuan melakonkan watak komedi. Kalau boleh saya tak mahu lagi bawakan watak yang sama tetapi sekiranya peminat masih mahu melihat saya berlakon watak komedi, saya akan cuba tunaikan kehendak mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Wednesday Wiki : <b>Awanband</b> Rilis Album Pertama, Hidupkan Indie <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2011 05:43 PM PST

Sekitar 3-4 tahun lepas, genre indie sangat hangat dan mempunyai fans yang tersendiri di seluruh tanah air. Namun, sejak akhir-akhir ini kebanyakan band-band seperti Laila's Lounge, Bittersweet, dan juga beberapa nama lain yang popular sudah mula mendiamkan diri.

Namun tidak bagi kumpulan Awanband yang dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Ully (gitaris utama), Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis). Ditubuhkan pada tahun 2007, mereka cuba membawakan konsep yang tersendiri dan memuatkan album pertama mereka dengan 6 buah lagu yang dikompos dengan pelbagai mood.

Album ini turut mempersembahkan vokal yang mantap dari Faris serta memberikan kelainan dari segi kreativiti penggubahan lagu. Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya mampu menepati citarasa golongan muda. Buktinya, walaupun baru mengeluarkan album pertama mereka, Awanband telah mengumpul hampir 10,000 peminat terutama golongan muda di laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik, dan juga Roda Khayalan. OHBULAN! pasti single pertama mereka iaitu 'Kartita' mampu memikat halwa telinga anda. Percayalah! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan album mereka yang sudah berada di pasaran sekarang.

OHBULAN! sudah jatuh cinta dengan lagu ini. Anda bila lagi? Layankan lagu 'Kartita' sekarang! Oh Kartitaaa, Oh Kartitaaaaaa!

Full content generated by Get Full RSS.

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erul af</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Dec 2011 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: Activate your Email Subscription to: <b>Erul af</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2011 11:52 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Hello there,. You recently requested an email subscription to Erul af - Google Blog Search. We can't wait to send the updates you want via email, so please click the following link to activate your subscription immediately: ...
Full content generated by Get Full RSS.