Nuffnang

Ahad, 25 Disember 2011

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


Seronok raya di bandar – <b>Sazzy Falak</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2010 10:00 AM PDT

KALAU orang lain mempunyai kampung halaman untuk pulang meraikan lebaran, Sazzy Falak pula hanya mengenali Kuala Lumpur sebagai kampung halamannya. Sejak 29 tahun lalu, di situlah tempat dia dan keluarganya berkumpul untuk meraikan hari mulai itu.

Walaupun tidak pernah melalui kehidupan suasana desa, Sazzy tidak terkilan. Kehadiran ibu bapa dan sana saudara sudah cukup memeriahkan sambutan Aidilfitri. Setiap tahun, menjadi kewajipan wanita itu berkumpul bersama sanak saudara di rumah datuk dan neneknya di Kampung Melayu Ampang.

Di situlah dia dan ahli keluarganya berkumpul. Setiap kali berkumpul, pelbagai aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama. Sebagai sepupu yang paling besar, dia umpama ketua yang perlu melayan kerenah sepupu lain yang lebih muda.

"Keluarga saya sangat 'gila'. Apabila kami berkumpul di rumah datuk dan nenek, memang kecoh jadinya. Ada saja aktiviti yang akan kami lakukan, termasuklah ibu bapa kami. Mereka pun biasanya akan turut serta. Malah ada ketikanya, orang dewasa akan lebih kecoh daripada kanak-kanak.

"Biasanya aktiviti kami adalah bermain bunga api bersama. Sementara itu yang wanita pula akan sibuk di dapur tetapi sejak dulu lagi saya memang 'diharamkan' daripada masuk dapur oleh nenek kerana saya kurang mahir dengan kerja dapur.

"Jadi tugas saya setiap kali kami berkumpul adalah mengemas rumah saja," katanya yang akan pulang ke rumah suaminya, Nazril Idrus di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari raya pertama nanti.
Kata Sazzy, tahun ini giliran pulang ke kampung suaminya tetapi mereka hanya akan pulang ke sana pada pagi raya dan berada sehari suntuk di sana. Biasanya mereka tidak bermalam di sana kerana rumah keluarga Nazril dipenuhi sanak saudara.

Sepanjang empat tahun melayari bahtera rumah tangga, pernah juga terlintas dalam fikiran pasangan itu untuk menginap di hotel saja. Namun bila memikirkan ia membazir sedangkan perjalanan dari Port Dickson ke Kuala Lumpur bukannya jauh, pasangan itu mengambil keputusan untuk pulang saja pada hari sama.

Mengenai persiapan raya, Sazzy berkata dia hanya membuat persiapan ala kadar saja. Seperti biasa, dia akan menyediakan kuih-muih sementara baju raya pula hanya sekitar dua pasang saja. Mujur suaminya mempunyai banyak koleksi baju Melayu, justeru, Sazzy tidak perlu pening kepala mencari baju raya untuk suaminya. Kebetulan setiap warna baju dimiliki suaminya, jadi dia tidak perlu untuk tampil sedondon.

Selepas empat tahun mengikat janji sehidup semati, nampaknya masih belum ada sebarang petanda pasangan itu akan menimang cahaya mata. Seperti pasangan yang lain, Sazzy dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata tetapi sehingga ke saat ini, mereka masih belum dikurniakan rezeki.

"Kami sudah bersedia untuk memiliki anak, tetapi nampaknya sehingga kini kami masih belum ada rezeki. Lagi pun kami masing-masing sibuk, jadi mungkin belum waktunya untuk kami memikirkan mengenai anak lagi," katanya yang memegang watak Jane di dalam filem 4 Madu.

Tidak letakkan sebarang kelas

Ternyata gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 sememangnya layak menjadi miliknya apabila wanita itu berjaya menghidupkan watak Jane dengan cukup baik.

Watak Jane dibawakan dengan cukup bersahaja oleh Sazzy, malah boleh dikatakan wataknya serta dua lagi pelakon iaitu Bienda dan Rosnah Mat Aris paling menyerlah.

Sazzy berkata, dia sendiri tidak percaya mampu membawakan watak komedi. Bagi menghayati watak Jane yang gemar bertutur dengan slanga orang putih, Sazzy hanya menjadikan rakan-rakannya sebagai rujukan. Katanya, mujur dia banyak menggunakan perkataan Inggeris di dalam filem berkenaan, justeru dia lebih lancar untuk berbuat lawak berbanding bahasa Melayu.

Ditanya apa pula yang membuatkan dia terpanggil untuk berlakon di bawah arahan A Razak Mohaiden sedangkan dia lebih dikenali sebagai pelakon kelas urban.
Kata Sazzy, dia tidak pernah melabelkan dirinya pada kelas mana tetapi apa yang membuatkannya mahu mencuba kerana tawaran dari Razak sendiri.

"Saya tak kisah bekerja dengan sesiapa pun. Bagi saya setiap karya yang dihasilkan perlu saya hargai. Saya juga tak pernah meletakkan diri saya di tahap mana, saya adalah artis Malaysia. Jadi saya bebas menerima tawaran daripada sesiapa.

"Sebelum berlakon dengan prof, saya tak tahu pun kemampuan melakonkan watak komedi. Kalau boleh saya tak mahu lagi bawakan watak yang sama tetapi sekiranya peminat masih mahu melihat saya berlakon watak komedi, saya akan cuba tunaikan kehendak mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan