Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


G-CLEF MUSICCA: <b>Misha Omar</b> -Bunga-bunga Cinta LIRIK+ KORD <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 09:44 AM PST


CORETAN SEORANG TERUNA: <b>MISHA OMAR</b> FOREVER!!!

Posted: 15 Jan 2012 02:10 AM PST

assalamualaikum & happy Sunday everyone..
ok, post kali ni kalau siapa yang tak suka sila jangan baca.. tak payah nak cakap macam-macam suma bagai.. 
tak suka, please leave this blog straight away.. immediately!!!!!!
ok, berbalik kepada tajuk entry kat atas, aku ni memang kipas-susah-mati (diehard fan) MISHA OMAR..
so, entry kali ni aku dedekasikan kat dia (tak suka jangan baca.. again!!!!) 
pagi tadi aku buka internet dan baca suratkhabar online je (memang hari-hari baca kat internet.. free.. sapa tanak kan?) hahahahahahaha...  selak punya selak, aku jumpa berita ni kat harian metro.. 
straight aku pergi kedai beli harian metro.. 
untuk maklumat anda semua, aku memang pantang kalau ada berita pasal dia.. confirm beli... tak kisah la majalah apa pun.. pernah jadi jugak aku beli majalah wanita sebab dia jadi cover.. ahhhhh.. pedulik apa aku.. 
ok, berbalik kepada artikel dalam Harian Metro tu, aku selaku diehard fan beliau, sangat-sangat teruja sebab MISHA OMAR is recording her 4th album.. i like!!!! which mean, she will come out with latest album soon!!!! 
ok, macam mana aku boleh minat beliau??? ok, jujurnya, dulu masa beliau mula-mula jadi artis, aku tersangat la anti beliau.. aku prefer pada sorang lagi artis yang sama masuk industri dengan dia.. nama tak boleh disebut atas sebab peribadi.. hohohohohoho... tapi aku start minat misha omar ni masa anugerah era tahun bape tah dah tak ingat... dia menang award pertama beliau malam tu.. she was very gorgeous that night wearing retro.. hell, she is gorgeous!!!! then, terus aku minat gila kat dia.. pantang lagu dia keluar radio aku terus melekap kat radio (dulu duduk asrama.. radio bahan seludup!!! hahahahaha.. mp4 pun belum ada lagi).. then, dia terpilih mewakili Malaysia ke Festival Musik Asia kat Shanghai, China.. SHE WON GOLD MEDAL.. GOLD MEDAL!!!!!!!! masa tu pertandingan ni yang paling tinggi artis Malaysia pergi.. banyak nama-nama besar yang menang pertandingan ni..   
lepas tu, dia menang besar jugak kat Anugerah Juara Lagu 2003... tersangatlah aku happy nya masa tu.. 
lepas tu, satu-satu anugerah dia menang... tak hairan dia menang sebab dia memang gifted..
aku tak kisah langsung dia dah kawen ke apa ke... i really don't care.. sebab aku minat bakat dia.. hal peribadi dia biarlah jadi hak dia.. tak kisah gossip apa pun yang datang serang dia, aku tetap minat dia!! Go MISHA!!!
kenapa aku minat MISHA OMAR lagi??? sebab nyanyian dia ada signiture tersendiri.. dia nyanyi ada style sendiri  (semua orang tau kot yang dia artis nyanyi sambil tendang-tendang + lambai-lambai tangan).. serius, sekali aku dengar lagu baru dia kat radio, mesti aku tahu dah yang tu lagu dia walaupun belum diperkenalkan penyanyi lagu tu lagi.. sebab dia ada 'something' yang mudah dikenali.. suara dia ada keunikan tersendiri.. setakat ni, aku tak pernah kecewa dengar dia nyanyi.. bagi lah apa lagu sekali pun, sure dia boleh bawak dengan terbaik.. apa? lagu tradisional? kacang je bagi dia.. rock? celah gigi je.. pop? tak payah cakap la.. semua dia bawak dengan terbaik.. 
bila nyanyi lagu orang lain, dia jadikan lagu tu macam hak dia je.. i like!!!! tak caya, taip je kat youtube, cari kerana (allycats), hitam putih kehidupan (shila majid), bukan cinta biasa (dato siti).. dan paling best lagi medley sharifah aini ngan lagu medley uji rashid.. serius, terus aku minat lagu tok pah ngan uji rashid lepas aku dengar Misha nyanyi... setakat ni, semua video Misha Omar kat Youtube aku dah download!! semua dah convert masuk dalam mp4 (walkman Sony yang aku menang contest Misha omar tu.. hehehehe.. sila jangan jeles ye!)... 
3 buah album misha aku dah menang!!!.. masih tersimpan rapi lagi.. aku tak muak dengar lagu dia... memang terbaik!!!!! aku pernah jumpa dia live ok.. menang contest dia yang Gua Muzik buat.. memang tak sangka... aku antara pemenang hadiah utama lagii.. jumpa dia live, memang sangat gojes!!! sangat... nyanyi pun sangat sedap!! kalah dalam CD.. dia pun sangat peramah.. 
2 teater yang dia berlakon aku dah p tengok (banyak jugak teater yang dia lakonkan aku tak dapat gi tengok.. frust!!!!) iaitu MAK DARA NYONYA dan GAMAT 2.. mak dara nyonya tu aku menang tiket kat Hotfm (tq Hotfm)... 
tapi, sejak akhir-akhir ni aku perasan Misha makin seksi la..kalau misha terbaca blog ni (poyo la ko sham.. takda nya dia nak baca blog ko yang sengkek ni.. hahahaha) Misha, jangan la seksi sangat.. tak manis dipandang... 
by the way, happy belated birthday Misha on last 6th January.. 
p/s: jom beli album baru Misha nanti!!!!

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> jadi duta pertubuhan OKU

Posted: 09 Feb 2012 06:31 PM PST

Maya Karin dilantik sebagai Duta Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Solaris Dutamas baru-baru ini dipetik daripada laman GUA.

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), adalah sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang bergiat aktif membantu golongan kurang upaya (OKU) di negeri Kelantan.

Pembabitan Maya Karin sebagai selebriti terkenal dalam program yang dikenali sebagai "Menaja Pemulihan OKU Kelantan" ini diharap dapat menarik seberapa banyak organisasi dan seberapa ramai individu dalam membantu orang kurang upaya mengubah kualiti hidup.

-Komen yang tidak berkenan admin, akan di BANNED Facebook miliknya daripada terus berkomen. tq.

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Preview Single Terbaru <b>Zizan Razak</b> & kaka - Bawa ku Pergi Mp3 <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 01:29 AM PST

Zizan razak baru saja melancar single terbarunya baru-baru ini, hasil dari kolaborasi bersama gadis comel molek cute miut, siapa lagi kalau bukan Kaka, bukan kaka pemain bola tu ok :D

lagu yang di beri nama Bawa ku pergi hasil dari ciptaan Rappers terkenal Malique Too phat, dan dinyanyikan oleh kaka dan zizan sebagai rappers wahh, setelah percubaan pertama zizan bersama dina mendapat sambutan yang agak memberangsangkan kini tampil dengan satu lagi single duet terbaru, chaiyokk3

tapi kali ini mood lagu ini lebih kepada happening dan santai, ala-ala lagu senyum gitu, berbeza dengan lagu selamat tinggal yang pasti akan menyentuh emosi, apa-apa pun syabas diucapkan kepada zizan yang telah membuktikan beliau adalah artis serba boleh... nak dengar lagu mereka haa klick sini untuk dengar preview nak yang ori beli la ekekeke...

Dina nazir - Google Blog Search

Dina nazir - Google Blog Search


Muzikal Cuci Dijangka Lebih Komedi

Posted: 14 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh:zyzamani
Foto Oleh: Farahanim

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2012: Sambutan hangat teater muzikal Cuci The Musical (Muzikal Cuci) yang diterima menerusi dua pementasan terdahulu iaitu pada tahun 2009 dan 2010, membuatkan penerbitnya, Tall Order Productions kembali mementaskannya untuk musim ketiga.

Diberi nama Cuci The Musical Last Kopek , jelas penerbitnya, Hans Isaac, penonton bakal disajikan dengan lawak jenaka yang berbeza serta lebih menghiburkan, memandangkan pementasan tersebut merupakan edisi terakhir.

"Jalan cerita Muzikal Cuci masih dikekalkan, cuma penonton dapat melihat kelainan menerusi lawak jenaka yang akan diketengahkan.

"Para pelakon teater tersebut semuanya kelakar jadi anda pastinya tidak akan kering gusi melayan lawak mereka nanti," katanya bercerita mengenai pementasan teater berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Bakal di pentaskan selama dua minggu bermula 2 Mac ini, kata Hans Isaac, dia berani berjanji edisi akhir Muzikal Cuci berkenaan bakal meninggalkan kenangan indah kepada penonton yang hadir kerana yakin dengan kesemua tenaga produksi yang sedia ada.

"Saya cukup yakin dengan para pelakon sedia ada, serta keseluruhan tenaga produksi kami.Kali ini, para pelakon hanya dibekalkan 10 sehingga 15 peratus skrip sahaja, selebihnya mereka sendiri yang akan membuat skrip jenaka secara spontan.

"Kerana itu, saya berani berjanji dengan anda semua, pementasan kali ini akan meninggalkan kenangan indah buat yang datang menonton,"katanya lagi.

Bakal diarahkan oleh Harith Iskander, Muzikal Cuci edisi terakhir itu, masih mengekalkan teraju utamanya, iaitu Awie, Afdlin Shauki, Nabil, serta Hans Isaac sendiri.

Malah muzikal tersebut turut diserikan dengan penampilan pelakon baru daripada penyanyi dan penyampai radio Era, Dina Nazir yang bakal membawakan watak Farah, Douglas Lim (Wira) serta Harun Salim Bachik (Tan Sri).

"Kita perkenalkan tiga wajah baru iaitu Dina, Douglas serta Harun kerana ketiga-tiga mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan saya yakin mereka mampu berjenaka dan menghiburkan penonton yang hadir kelak,"ucapnya.

Bagi yang berminat bagi menyaksikan Muzikal Cuci, tiket bagi menyaksikannya telah mula dijual pada harga RM53 sehingga RM303 dan boleh dibeli secara online menerusi www.ticket2u.biz atau bolehlah meghubungi di talian 03-41478600.

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


[Terbakor Hiburan] Gambar <b>Izreen Azminda</b> bertunang | Terbakor !

Posted: 01 Jan 2012 10:41 PM PST

Jan - 2 - 2012

Terbakor Admin

 

Terbakor nak ucapkan tahniah buat pelakon drama Juvana dan Tentang Dhia ini iaitu Izreen Azminda yang telah melangsungkan pertunangan dengan jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin semalam, 1 Januari 2012. Majlis pertunangan mereka berlangsung di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah secara sederhana tetap penuh makna. Bagi Izreen, dia mahu menutup kontroversi yang melandanya sepanjang 2011 dan memulakan hidup baru bersama bakal suami. Tahniah lagi sekali kami ucapkan!

  Jom tengok Spritzer Mini Dispenser yang comel ni!  

  Muzik video terbaru dari  Hot Chelle Rae yang  menjelajah bersama Boys Like Girls!  

   Sape u nak panggil??? Datin Maimun!  

[Terbakor Hiburan] Gambar Izreen Azminda bertunang

Pada majlis itu, Izreen anak kedua daripada tiga beradik kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu rekaan Shanelle Harun.

Majlis bermula dengan perbincangan wakil kedua-dua belah pihak serta persetujuan mengenai jumlah wang hantaran sebanyak RM19,001 dan mas kahwin RM999.

Ibu Muhamad Riza, Zainon Baba, 55, kemudian menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari Izreen sebagai tanda pertunangan pasangan itu.

sumber : Kosmo Online

  Nak satu Samsung Galaxy W? 

  Korang dah join ChurpChurp? Jom join sekarang dan start buat income. Best!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


Tahniah! <b>Mawi</b> Bergelar Bapa February Ini ~ Buletin Artis!

Posted: 04 Feb 2012 01:45 AM PST


04 FEBRUARY 2012: Dalam diam-diam, Mawi mengesahkan isterinya, Ekin bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini. Usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.
"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan. "Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti. "Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.

PROMOSI:

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Gambar: Shila Amzah, <b>Sharnaaz Ahmad</b> Semakin Mesra & Tiada <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 10:50 PM PST

February 10, 2012 by  

Shila Amzah

Mereka merupakan pasangan yang semakin mendapat perhatian peminat hiburan & juga media.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad kini boleh kami katakan sebagai pasangan selebriti terbaru yang masuk dalam senarai Mesti Tahu dek kerana sikap terbuka mereka di'laman sosial.

Malam tadi, pasangan muda ini hadir ke majlis sidang media slot terbaru TV9, 9X & mereka menjadi antara selebriti yang menjadi buruan lensa kamera para media.


Berkaitan ND Lala, dalam satu kenyataan kepada mStar Online baru baru ini, beliau berkata yang tiada halangan dari pihak beliau untuk Shila Amzah berkawan dengan mana mana lelaki & apa yang di'lalui ShilaAmzah itu merupakan satu proses yang normal

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Kredit tanpa prejudis untuk rotikaya.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?