Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

Dina nazir - Google Blog Search

Dina nazir - Google Blog Search


Muzikal Cuci Dijangka Lebih Komedi

Posted: 14 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh:zyzamani
Foto Oleh: Farahanim

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2012: Sambutan hangat teater muzikal Cuci The Musical (Muzikal Cuci) yang diterima menerusi dua pementasan terdahulu iaitu pada tahun 2009 dan 2010, membuatkan penerbitnya, Tall Order Productions kembali mementaskannya untuk musim ketiga.

Diberi nama Cuci The Musical Last Kopek , jelas penerbitnya, Hans Isaac, penonton bakal disajikan dengan lawak jenaka yang berbeza serta lebih menghiburkan, memandangkan pementasan tersebut merupakan edisi terakhir.

"Jalan cerita Muzikal Cuci masih dikekalkan, cuma penonton dapat melihat kelainan menerusi lawak jenaka yang akan diketengahkan.

"Para pelakon teater tersebut semuanya kelakar jadi anda pastinya tidak akan kering gusi melayan lawak mereka nanti," katanya bercerita mengenai pementasan teater berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Bakal di pentaskan selama dua minggu bermula 2 Mac ini, kata Hans Isaac, dia berani berjanji edisi akhir Muzikal Cuci berkenaan bakal meninggalkan kenangan indah kepada penonton yang hadir kerana yakin dengan kesemua tenaga produksi yang sedia ada.

"Saya cukup yakin dengan para pelakon sedia ada, serta keseluruhan tenaga produksi kami.Kali ini, para pelakon hanya dibekalkan 10 sehingga 15 peratus skrip sahaja, selebihnya mereka sendiri yang akan membuat skrip jenaka secara spontan.

"Kerana itu, saya berani berjanji dengan anda semua, pementasan kali ini akan meninggalkan kenangan indah buat yang datang menonton,"katanya lagi.

Bakal diarahkan oleh Harith Iskander, Muzikal Cuci edisi terakhir itu, masih mengekalkan teraju utamanya, iaitu Awie, Afdlin Shauki, Nabil, serta Hans Isaac sendiri.

Malah muzikal tersebut turut diserikan dengan penampilan pelakon baru daripada penyanyi dan penyampai radio Era, Dina Nazir yang bakal membawakan watak Farah, Douglas Lim (Wira) serta Harun Salim Bachik (Tan Sri).

"Kita perkenalkan tiga wajah baru iaitu Dina, Douglas serta Harun kerana ketiga-tiga mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan saya yakin mereka mampu berjenaka dan menghiburkan penonton yang hadir kelak,"ucapnya.

Bagi yang berminat bagi menyaksikan Muzikal Cuci, tiket bagi menyaksikannya telah mula dijual pada harga RM53 sehingga RM303 dan boleh dibeli secara online menerusi www.ticket2u.biz atau bolehlah meghubungi di talian 03-41478600.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan