Nuffnang

Rabu, 15 Februari 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


G-CLEF MUSICCA: <b>Misha Omar</b> -Bunga-bunga Cinta LIRIK+ KORD <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 09:44 AM PST


CORETAN SEORANG TERUNA: <b>MISHA OMAR</b> FOREVER!!!

Posted: 15 Jan 2012 02:10 AM PST

assalamualaikum & happy Sunday everyone..
ok, post kali ni kalau siapa yang tak suka sila jangan baca.. tak payah nak cakap macam-macam suma bagai.. 
tak suka, please leave this blog straight away.. immediately!!!!!!
ok, berbalik kepada tajuk entry kat atas, aku ni memang kipas-susah-mati (diehard fan) MISHA OMAR..
so, entry kali ni aku dedekasikan kat dia (tak suka jangan baca.. again!!!!) 
pagi tadi aku buka internet dan baca suratkhabar online je (memang hari-hari baca kat internet.. free.. sapa tanak kan?) hahahahahahaha...  selak punya selak, aku jumpa berita ni kat harian metro.. 
straight aku pergi kedai beli harian metro.. 
untuk maklumat anda semua, aku memang pantang kalau ada berita pasal dia.. confirm beli... tak kisah la majalah apa pun.. pernah jadi jugak aku beli majalah wanita sebab dia jadi cover.. ahhhhh.. pedulik apa aku.. 
ok, berbalik kepada artikel dalam Harian Metro tu, aku selaku diehard fan beliau, sangat-sangat teruja sebab MISHA OMAR is recording her 4th album.. i like!!!! which mean, she will come out with latest album soon!!!! 
ok, macam mana aku boleh minat beliau??? ok, jujurnya, dulu masa beliau mula-mula jadi artis, aku tersangat la anti beliau.. aku prefer pada sorang lagi artis yang sama masuk industri dengan dia.. nama tak boleh disebut atas sebab peribadi.. hohohohohoho... tapi aku start minat misha omar ni masa anugerah era tahun bape tah dah tak ingat... dia menang award pertama beliau malam tu.. she was very gorgeous that night wearing retro.. hell, she is gorgeous!!!! then, terus aku minat gila kat dia.. pantang lagu dia keluar radio aku terus melekap kat radio (dulu duduk asrama.. radio bahan seludup!!! hahahahaha.. mp4 pun belum ada lagi).. then, dia terpilih mewakili Malaysia ke Festival Musik Asia kat Shanghai, China.. SHE WON GOLD MEDAL.. GOLD MEDAL!!!!!!!! masa tu pertandingan ni yang paling tinggi artis Malaysia pergi.. banyak nama-nama besar yang menang pertandingan ni..   
lepas tu, dia menang besar jugak kat Anugerah Juara Lagu 2003... tersangatlah aku happy nya masa tu.. 
lepas tu, satu-satu anugerah dia menang... tak hairan dia menang sebab dia memang gifted..
aku tak kisah langsung dia dah kawen ke apa ke... i really don't care.. sebab aku minat bakat dia.. hal peribadi dia biarlah jadi hak dia.. tak kisah gossip apa pun yang datang serang dia, aku tetap minat dia!! Go MISHA!!!
kenapa aku minat MISHA OMAR lagi??? sebab nyanyian dia ada signiture tersendiri.. dia nyanyi ada style sendiri  (semua orang tau kot yang dia artis nyanyi sambil tendang-tendang + lambai-lambai tangan).. serius, sekali aku dengar lagu baru dia kat radio, mesti aku tahu dah yang tu lagu dia walaupun belum diperkenalkan penyanyi lagu tu lagi.. sebab dia ada 'something' yang mudah dikenali.. suara dia ada keunikan tersendiri.. setakat ni, aku tak pernah kecewa dengar dia nyanyi.. bagi lah apa lagu sekali pun, sure dia boleh bawak dengan terbaik.. apa? lagu tradisional? kacang je bagi dia.. rock? celah gigi je.. pop? tak payah cakap la.. semua dia bawak dengan terbaik.. 
bila nyanyi lagu orang lain, dia jadikan lagu tu macam hak dia je.. i like!!!! tak caya, taip je kat youtube, cari kerana (allycats), hitam putih kehidupan (shila majid), bukan cinta biasa (dato siti).. dan paling best lagi medley sharifah aini ngan lagu medley uji rashid.. serius, terus aku minat lagu tok pah ngan uji rashid lepas aku dengar Misha nyanyi... setakat ni, semua video Misha Omar kat Youtube aku dah download!! semua dah convert masuk dalam mp4 (walkman Sony yang aku menang contest Misha omar tu.. hehehehe.. sila jangan jeles ye!)... 
3 buah album misha aku dah menang!!!.. masih tersimpan rapi lagi.. aku tak muak dengar lagu dia... memang terbaik!!!!! aku pernah jumpa dia live ok.. menang contest dia yang Gua Muzik buat.. memang tak sangka... aku antara pemenang hadiah utama lagii.. jumpa dia live, memang sangat gojes!!! sangat... nyanyi pun sangat sedap!! kalah dalam CD.. dia pun sangat peramah.. 
2 teater yang dia berlakon aku dah p tengok (banyak jugak teater yang dia lakonkan aku tak dapat gi tengok.. frust!!!!) iaitu MAK DARA NYONYA dan GAMAT 2.. mak dara nyonya tu aku menang tiket kat Hotfm (tq Hotfm)... 
tapi, sejak akhir-akhir ni aku perasan Misha makin seksi la..kalau misha terbaca blog ni (poyo la ko sham.. takda nya dia nak baca blog ko yang sengkek ni.. hahahaha) Misha, jangan la seksi sangat.. tak manis dipandang... 
by the way, happy belated birthday Misha on last 6th January.. 
p/s: jom beli album baru Misha nanti!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan