Nuffnang

Jumaat, 13 Julai 2012

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


<b>Alif Satar</b> - Lelaki Seperti Aku (2011) | Audio Malaya: Music of <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 12:17 PM PDT

Home » » Alif Satar - Lelaki Seperti Aku (2011)

Artist/ Band: Alif Satar

Album: Lelaki Seperti Aku

Year: 2011

Size: 87.65 Mb

Quality: MPEG-4 Audio File Format (.m4a)

Download Medium: Mediafire.com

Tracklist: 
01. Lelaki Seperti Aku
02. Abdul
03. Pendusta
04. Rapuh
05. Dalam Sunyi
06. There We go
07. Timesless
08. Lelaki Seperti Aku (minus One)
09. Abdul (Minus One)
10. Timeless (Minus One)

 |

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


G A D I S K A R A M E L: COLOURS !

Posted: 23 Jun 2012 10:48 AM PDT

Pernah tengok pelangi? Pernah makan m&m? Pernah guna crayon? Pernah main rubik cube? Pernah nampak parrot? Pernah kena penampar tak Ummi? Banyak pulak soalan kau tanya. heh.
Actually, apa yang aku cuba nak sampaikan is the colour of those things. C.O.L.O.U.R.F.U.L !
Yup ! I do love colourful things. Tapi hari nie bukan nak cerita pasal payung colourful yang orang selalu buat photoshoot. Bukan jugak nak cerita pasal anak ayam colourful yang mana bila besar bertukar warna putih. Tapi tadi tiba tiba terfikir pasal color combination. Random bukan?

Disebabkan aku suka warna warni, makanya aku mempunyai banyak colour combination yang aku suka seperti :

(minat yellow lepas kakak kahwin tema kuning + hitam.)
(want to consider this color for my big day maybe?)
But people nowadays love to wear color blocking combination like
And well yeah. I just love how they play with color and dare to wear it. Me? Yes. I do wearing color blocking when, I'm late and tak sempat nak gosok tudung or baju. Or else, I will just pakai baju yang tak di-iron. Selebet bukan? That's me. :)
credit pictures to : google

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> mengandung 6 minggu | Media Malaya

Posted: 27 Jun 2012 03:30 PM PDT


Ini kami copy paste dari Media Hiburan Online yaw!

Tahniah MH Online ucapkan kepada pelakon popular, Memey Suhaiza yang kini disahkan hamil enam minggu.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.

Pencarian yang dikongsi:

  • abby mengetahui memey mengandung
  • norman hakim and abby
  • mimie suhaiza mengandung
  • mimi suhaiza terkini
  • memey norman mengandung
  • kehamilan 6 bulan
  • gamBAR MEMEY MENGANDUNG
  • gambar di bali
  • benci suami
  • anak norman hakim dengan siapa?

Related posts:

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> berhabis demi kereta - N9Kini

Posted: 08 Jul 2012 10:14 PM PDT

KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta.

Tidak mahu ketinggalan di dalam merasai kegilaan itu adalah artis yang mengisi ruangan selebriti minggu ini, Iqram Dinzly. Menurut Iqram, serasi dengan jiwanya yang sudah meminati dunia pemotoran sejak kecil, dia juga banyak menghabiskan wang untuk memberikan 'wajah baru' kepada kereta kesayangannya.

"Saya memang berminat dengan dunia kereta sejak daripada kecil lagi. Bagaimanapun tumpuan saya bukan kepada perlumbaan tetapi penambahan aksesori sahaja.

"Setakat ini saya sudah menghabiskan sejumlah wang untuk kereta saya. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar memberi kepuasan kepada diri sendiri sahaja," katanya ketika ditemui di Litar Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman dengannya, Iqram memberitahu pendedahan yang diberikan keluarga juga sedikit sebanyak menyebabkan minat dengan dunia kereta diteruskan.

"Minat ini sudah lama bertapak di dalam keluarga saya, malah ayah juga banyak memberi idea untuk pengubahsuaian kereta saya.

"Selalunya bahagian kereta yang banyak saya beri perhatian adalah pada ekzos, rim dan cermin gelap. Setiap bahagian kereta mempunyai kepentingan tersendiri kepada pemandu. Oleh itu nasihat saya untuk mereka di luar sana adalah mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian," katanya.

Mendapat lesen kereta seawal usia 17 tahun, pengacara baru program Jalan-Jalan Cari Makan itu menambah, sepanjang bergelar pemandu dia pernah berhadapan dengan empat kemalangan bahaya. Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, setiap kemalangan yang berlaku itu menjadikan dia seorang pemandu yang lebih baik.

"Saya sudah belajar membawa kereta sejak berusia 14 tahun. Sebenarnya, jika diikutkan sudah lapan kali saya mengalami kemalangan namun hanya empat yang teruk.

"Walaupun itu merupakan antara pengalaman ngeri sewaktu memandu, itu tidak pernah menyebabkan saya serik untuk terus memandu. Cumanya setiap kemalangan yang berlaku untuk membuatkan saya lebih berhati-hati," katanya.

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


<b>Hazama AF</b> juara AF9

Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT

Hazama AF dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, malam Ahad. Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.

Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root. Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu. Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.

Sementara itu, Lena (Lenaber Haidir), 22, yang menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root. Lena mendendangkan lagu Dunia, nyanyian Bunkface dan lagu baru, Sisa Kisah Kita, ciptaan Kucidemak.

Sebagai pemenang tempat ketiga, Fina atau nama sebenarnya ialah Nur Shafinaz Jebat, 18, menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root. Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim dan Satu Harapan , nyanyian Jaclyn Victor. -mStar

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Sang Enemy: Band <b>Hujan</b> Berevolusi | Bro Framestone

Posted: 25 Jun 2012 07:35 PM PDT

Hujan telah bersedia mengambil risiko untuk memperkenalkan Album terbaru mereka, Sang Enemy.

Sesuatu yang berbeza dari album Hujan sebelum ini, dan ini mungkin memberi kesan kepada peminat lagu-lagu Hujan yang terdahulu.

Ini yang dikongsikan sendiri oleh Noh Hujan apabila diajukan soalan dari pihak media mengenai evolusi terhadap lagu yang selama ini menjadi identiti kepada Hujan itu sendiri.

Kiranya macam mengambil "Tindakan Berani Mati".

Banyak soalan telah dijawab oleh Hujan didepan media dan juga peminat mereka semasa majlis Listening Hujan di Black Box, MAP@ Publika, Solaris Dutamas minggu lepas.

Majlis ini bertujuan memberi peminat Hujan mendengar dulu lagu terbaru mereka sebelum ianya dipasarkan tidak lama lagi.

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album Sang Enemy adalah :

  1. Overture
  2. Janji Kita (Feat Jerry Kamit dan Yuna)
  3. Rumah Kita
  4. Mana Mungkin feat Joe The Padangs
  5. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
  6. DBS
  7. Ke Selatan Feat DJ Souljah, DJ 12, Wise & Tarantula (Urbanclise, Teriyaki Boyz, Spontania.
  8. Kembara

Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca di Hye Bro!

Bicara Bro : Rasanya Bro Framestone perlu juga berevolusi.

Jom join contest #HujanSangEnemy anjuran broframestone dan ditaja oleh Warner Music Malaysia. Anda hanya perlu tweet apa yang patut.

Info lanjut di sini (contest dibahagian bawahnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Mohon MyPR Sejak 6 Tahun Yang Lepas |

Posted: 03 Jul 2012 09:41 PM PDT

Selepas Aaron Aziz berjaya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia, seorang lagi pelakon dari Singapura iaitu Adi Putra berharap agar permohonannya sejak 6 tahun lepas dapat diluluskan. Untuk makluman, Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof yang merupakan rakyat Malaysia.

adi putra mypr

Walaupun masih menunggu kelulusan, Adi Putra mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak menghalang perkembangan karier seninya di Malaysia. Kata Adi:-

Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan.

Kalau pelakon hebat seperti Adi Putra dan Aaron Aziz mendapat MyPR, Abang Nara tak ada masalah kerana mereka benar-benar menyumbang dengan banyaknya kepada industri hiburan Malaysia. Namun diharap agar status MyPR ini tidak diberi secara semborongan kepada mana-mana artis yang memohonnya. Kena pastikan mereka benar-benar layak sebelum permohonan diluluskan. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Giliran <b>Adi Putra</b> Mohon PR

Posted: 04 Jul 2012 12:28 AM PDT


Selepas rakan senegaranya iaitu aktor Aaron Aziz yang telah menerima status penduduk tetap (PR) negara baru-baru ini, giliran hero filem "Aku Terima Nikahnya", Adi Putra pula untuk memohon status yang sama.

Memetik kenyataan yang dibuatnya menerusi akhbar Kosmo!, Adi menyatakan telah memohon status PR Malaysia sejak berkahwin dengan isterinya, Aida Yusof, seorang warga tempatan enam tahun lalu.

Menurut Adi, dia tidak menafikan ada membuat permohonan tetapi tidak mahu menghebahkannya kerana baginya ia terlalu peribadi selain ia melibatkan kerajaan Malaysia.

"Saya perlu menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya menantikan kelulusan.

"Sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri seni tempatan, saya mengakui status sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seni saya di negara ini. Namun tetap ada batasnya, seperti majlis anugerah yang khusus untuk warga tempatan," ujar pelakon berusia 31 tahun ini.