Iqram Dinzly - Google Blog Search |
<b>Iqram Dinzly</b> berhabis demi kereta - N9Kini Posted: 08 Jul 2012 10:14 PM PDT KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta. Tidak mahu ketinggalan di dalam merasai kegilaan itu adalah artis yang mengisi ruangan selebriti minggu ini, Iqram Dinzly. Menurut Iqram, serasi dengan jiwanya yang sudah meminati dunia pemotoran sejak kecil, dia juga banyak menghabiskan wang untuk memberikan 'wajah baru' kepada kereta kesayangannya. "Saya memang berminat dengan dunia kereta sejak daripada kecil lagi. Bagaimanapun tumpuan saya bukan kepada perlumbaan tetapi penambahan aksesori sahaja. "Setakat ini saya sudah menghabiskan sejumlah wang untuk kereta saya. Bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar memberi kepuasan kepada diri sendiri sahaja," katanya ketika ditemui di Litar Sepang, Selangor, baru-baru ini. Berkongsi pengalaman dengannya, Iqram memberitahu pendedahan yang diberikan keluarga juga sedikit sebanyak menyebabkan minat dengan dunia kereta diteruskan. "Minat ini sudah lama bertapak di dalam keluarga saya, malah ayah juga banyak memberi idea untuk pengubahsuaian kereta saya. "Selalunya bahagian kereta yang banyak saya beri perhatian adalah pada ekzos, rim dan cermin gelap. Setiap bahagian kereta mempunyai kepentingan tersendiri kepada pemandu. Oleh itu nasihat saya untuk mereka di luar sana adalah mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian," katanya. Mendapat lesen kereta seawal usia 17 tahun, pengacara baru program Jalan-Jalan Cari Makan itu menambah, sepanjang bergelar pemandu dia pernah berhadapan dengan empat kemalangan bahaya. Walaupun tidak mengalami kecederaan serius, setiap kemalangan yang berlaku itu menjadikan dia seorang pemandu yang lebih baik. "Saya sudah belajar membawa kereta sejak berusia 14 tahun. Sebenarnya, jika diikutkan sudah lapan kali saya mengalami kemalangan namun hanya empat yang teruk. "Walaupun itu merupakan antara pengalaman ngeri sewaktu memandu, itu tidak pernah menyebabkan saya serik untuk terus memandu. Cumanya setiap kemalangan yang berlaku untuk membuatkan saya lebih berhati-hati," katanya. |
You are subscribed to email updates from Iqram Dinzly - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan