Nuffnang

Khamis, 10 Oktober 2013

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Pernah Menangis Bimbang Botak – Perak Today

Posted: 07 Oct 2013 07:58 AM PDT

Liyana-JasmayPelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu.

Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.

"Saya seorang yang sangat sensitif berkaitan dengan rambut. Apabila rambut saya gugur teruk pada tiga tahun lalu, saya menangis dan telefon ayah memberitahu tentang masalah saya.

"Rasa macam kelakar juga, tetapi waktu itu mujurlah Fazura (pelakon) mencadangkan saya untuk berjumpa seorang doktor dan membuat rawatan kulit sehinggalah ia kembali pulih," katanya.

Tambah Liyana, melihatkan ibunya juga sering mengalami masalah sama, dia semakin bimbang akan mengalami keguguran rambut yang lebih teruk apabila meningkat tua nanti.

Kata pelakon drama NY Cinta itu lagi, walaupun ia kedengaran remeh tetapi sebagai wanita dia harus menjaga rambutnya yang dianggap sebagai mahkota wanita.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan sekarang mula mengamalkan pengambilan produk rambut yang bersesuaian mengikut nasihat doktor.

"Sejak rambut saya semakin sihat, saya juga tidak lagi mengamalkan penggunaan penyembur rambut melainkan benar-benar perlu dalam kerja saya, tidak macam dulu lagi.

"Dan jika saya mempunyai masa terluang, saya akan memotong sebiji limau purut dan sentalkan pada kepala," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem Papadom 2 pada hujung tahun ini.

- mStar

<b>Liyana Jasmay</b> tampil memukau dengan legging pants

Posted: 16 Sep 2013 10:27 PM PDT

Liyana Jasmay tampil memukau dengan legging pants - Jarang kita dengar tentang kontroversi liar yang mengaitkan Liyana Jasmay sejak dia berkahwin dengan Fathudin Mazlan pada Februari lalu.

Khabarnya, pelakon itu semakin matang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kerana sering ditegur suaminya. Ianya diakui sendiri Liyana ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian semalam.

"Sejak berkahwin, saya banyak berubah. Ini kerana ada orang menegur. Suami banyak beri nasihat supaya mengawal percakapan, saya ini memang jenis banyak bercakap."

"Dulu, saya tak boleh terima apa yang orang cakap pasal saya. Tetapi selepas berkahwin, saya sudah boleh menerima terutama teguran suami. Dia adalah anugerah yang sangat bermakna kerana sering menyokong saya."


Suami Ubah <b>Liyana Jasmay</b> Jadi Lebih Matang – Perak Today

Posted: 16 Sep 2013 05:30 PM PDT

Liyana-Jasmay

Pelakon Liyana Jasmay mengakui suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, banyak mengajar dia menjadi seorang wanita yang lebih matang.

Liyana, 25, berkata, teguran suaminya itu membuatkan dia banyak berubah memandangkan sebelum ini pelakon filem Papadom itu seorang yang tidak boleh ditegur orang.

"Kalau nak tahu sebelum ini saya rasa nak marah kalau orang tegur saya melakukan sesuatu tetapi tidak pula dengan suami. Dia segera memberitahu perkara yang dirasakannya tidak patut saya lakukan.

"Sebagai contoh, jika saya memuatkan foto di laman sosial yang boleh mengecilkan hati pihak lain, dia segera menegur saya dengan baik. Tapi pernah pun jerit-jerit. Itu yang membuatkan saya senang menerima teguran dia," katanya.

Tambah Liyana, teguran suaminya juga sekaligus membuatkan dia lebih memahami erti sesebuah perkahwinan yang masih dalam proses memahami antara satu sama lain.

Malah, pergaduhan kecil yang timbul di antara mereka membuatkan ikatan cinta pasangan itu lebih kukuh.

Sementara itu, Liyana bakal muncul menerusi supertelefilem berjudul NY Cinta yang disiarkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 12 September 2013.

Supertelefilem terbitan syarikat produksi Liyana dan kakaknya, Adriana Jasmay iaitu Mermaid Studios itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti bront Palarae, Juliana Evans dan Tom Ward.

"Ini merupakan produk terbitan Mermaid Studios yang keempat dan saya harap ia menerima respons yang positif daripada penonton.

"Sebenarnya saya pun tidak sangka apabila pihak Astro memberi ruang pada kami menayangkan NY Cinta di Astro First Eksklusif kerana banyak kriteria penting yang perlu ada untuk menyangkan sesebuah karya di saluran berkenaan.

"Ia perlu menyerupai karya berbentuk filem. Kami pun tidak meletakkan sebarang harapan ketika itu," tuturnya.

Selain itu, antara telefilem lain yang pernah diterbitkan Mermaid Studios adalah Tudung Tweet, Cik Paris Masuk Kampung dan Basikal Pixie.

-mStar

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Debaran <b>Diana Amir</b>… – Perak Today

Posted: 16 Aug 2013 05:30 AM PDT

DA

Umum mengetahui, pelakon filem Sekali Lagi ini telah bergelar tunangan orang sejak September tahun lalu.

Memilih pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Habib Bullah A Rahman, sebagai pasangan hidupnya, akui Diana, detik bahagia itu akan tiba tidak lama lagi.

Sebelum ini, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, pernah memberitahu bahawa mereka bersedia untuk diijabkabulkan selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Namun sehingga kini, baik Diana mahupun tunangnya, masing-masing belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk disatukan.

"Memang betul, kami pernah berbincang dan bercadang untuk bertunang setahun dan kemudiannya mendirikan rumah tangga.

"Namun, sehingga kini kami masih belum ada tarikh yang sesuai, memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

"Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Mungkin dalam masa terdekat ini, kami akan berbincang mengenainya.

"Saya sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya, Insya-ALLAH, kalau dah ada tarikh, kami akan uar-uarkan kepada semua," katanya.

Elak berjumpa

Tidak seperti pasangan yang lain, Diana lebih selesa untuk mengelak daripada berjumpa terlalu kerap.

Katanya, ikatan itu bukanlah 'tiket' untuk dicanang sebagai pasangan sehingga memudaratkan hubungan yang bakal dibina.

"Kami memang jarang berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Kalau berjumpa pun, hanya atas urusan kerja sahaja.

"Lagipun, kami masih bukan muhrim dan batas-batas pergaulan harus dijaga," katanya.

Menurut Diana, walaupun dirinya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri, namun dia tidak terlalu mendesak untuk ke arah itu.

Kata pelakon drama Adam Maya ini, bukan sahaja dirinya, malah tunang juga masih sibuk dengan urusan kerja dan pengajian.

"Sebenarnya, tunang saya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Selain itu, dia juga turut membantu saya dalam urusan perniagaan kerana ada masanya saya juga sibuk dengan usrah, latihan motivasi dan pengacaraan.

"Jadi, kami sama-sama sibuk dan tiada sebab untuk saya mendesaknya. Saya sangat memahami urusan kerjanya dan begitu juga dengan dia," katanya yang kini sibuk dengan perniagaan pakaian Muslimah di bawah label, Diana Amir Exclusive.

Selain itu, Diana juga turut mendapatkan kerjasama daripada pereka fesyen, Melinda Looi dalam rekaan tudung sebanyak 12 koleksi label, Emel.

Buku pertama laris

Sedang berjinak-jinak dalam penghasilan buku, Diana juga turut tampil dengan buku pertamanya, Titian Mahabbah yang dihasilkan bersama penulis, Ibnu Rijal.

Walaupun bukunya itu baru sahaja diperkenalkan selama sebulan, sambutan yang diterima daripada pembaca amat menggalakkan.

Malah, buku yang menceritakan mengenai penghijrahan serta kisah-kisah peribadinya itu turut tersenarai sebagai buku Bahasa Melayu terlaris di MPH Bookstore.

"Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan penerimaan dan sokongan daripada peminat dan pembaca.

"Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca nukilan hati kecil saya. Syarikat penerbitan ada menawarkan saya untuk menghasilkan Titian Mahabbah 2, tapi buat masa ini, saya perlu fokus mempromosikan buku pertama dahulu.

"Malah, ramai di kalangan pembaca yang mahukan buku kedua dihasilkan lebih tebal berbanding buku pertama.

"Insya-ALLAH, kini saya dalam proses mengumpul material untuk buku kedua," katanya yang turut dilantik sebagai duta minuman kesihatan, Blinq Beauty Drink.

Dalam perkembangan seni pula, akui Diana, tawaran lakonan semakin kurang dan skrip yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan imejnya.

"Ada yang menawarkan saya untuk melakonkan watak bertudung tetapi tidak sepenuhnya. Jadi, ia tidak sesuai dengan pendirian saya.

"Saya akui, saya perlu lebih selektif dalam pemilihan skrip dan watak. Memang saya kurang dalam lakonan filem, namun untuk drama, masih lagi ada.

"Mungkin sekarang bukan rezeki saya lagi. Insya-ALLAH, kalau ada tawaran filem bercorak Islamik, saya akan kembali berlakon," katanya mengakhiri perbualan.

-SINAR HARIAN

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Inikah gambar kekasih baru <b>Awi Rafael</b>? - Cerita Kosong Ku

Posted: 30 Sep 2013 06:33 AM PDT


Inikah gambar kekasih baru Awi Rafael - Nampaknya, kisah cinta antara Awi Rafael dan Hanez Suraya yang putus di tengah jalan semakin dilupakan manakala gosip liar mengaitkan dirinya dengan Shila Amzah juga turut tidak kedengaran lagi.

Masa terus berlalu tanpa berita tup-tup nama penyanyi Awi Rafael kembali menjadi sebutan apabila sekeping gambar mesranya dengan seorang wanita jelita telah tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger aiskosong.

Admin cukup teruja dan terkejut, cepat benar aktor kacak ini menemui pengganti. Apapun, jika benarlah wanita itu adalah kekasihnya, admin ucapkan tahniah. Bukan susah pun nak cari pengganti yang lebih jelita dan bukan dari golongan artis.

Khabarnya, wanita dalam gambar itu dikenali dengan nama Sarah Anne. Menerusi laman sosial Awi, ramai peminat memuji kecantikan Sarah.

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Kes Dadah 2010, Nasib <b>Saiful Apek</b>...... - Gossip Artis Malaysia

Posted: 30 Sep 2013 11:00 PM PDT

Pada: Selasa, 1 Oktober 2013 Akhirnya episod dadah yang sering kali menghantui pelawak, Saiful Apek diketahui kelmarin. Apek dan 3 pekerjanya dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memasukan kanabis (dadah) ke dalam badan pada tahun 2010 yang lalu.

Memetik daripada MediaHiburan itu lagi, Saiful bersama rakannya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Konsert <b>Ning Baizura</b> Ditunda - Gua.com.my

Posted: 16 Sep 2013 10:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Konsert Ning Baizura, 'Konsert Pelangi Untukmu' yang dijadualkan pada 21hb. September ini terpaksa ditunda ke 16 November 2013 hadapan atas sebab-sebah yang tidak boleh dielakkan.

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Di sebalik skandal <b>Adi Putra</b> – Perak Today

Posted: 07 Sep 2013 11:07 AM PDT

skandalSIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang
dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.

Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.

Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.

'Saya mahu dia keluar Malaysia!'

Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.

Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.

Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.

Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.

Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.

Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja….
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.

Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.

Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN: Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.

Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.

Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya ada semua bukti: Aida

Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.

Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.

"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.

"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.

"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.

"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.

"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.

- SINAR HARIAN

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


Sambutan Luar Biasa hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2013 12:00 AM PDT

Sekali lagi pada tahun ini, radio hitz.fm meraikan ulangtahun mereka 'hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert' pada Sabtu lalu , 28 September bertempat di Taylor's University Lakeside Campus, Subang Jaya.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert'

Acara yang telah pun berlangsung pada malam tersebut di buka secara percuma kepada semua warga Malaysia juga terutamanya pendengar setia hitz.fm! Kemeriahan sambutan ulangtahun hitz.fm pada hari Sabtu lalu , di anggap sebagai sebuah konsert yang luar biasa kerana penglibatan artis artis popular tanahair mahupun antarabangsa.

Acara yang bermula seawal jam 6 petang itu dibintangi sensasi antarabangsa di YouTube, Chester See dan artis-artis tempatan seperti Estranged, Mizz Nina, K-Town-Clan, James Baum, Pop Shuvit & Projek EAR, Joe Flizzow dan ramai lagi.

Pesta malam itu turut di meriahkan oleh penyampai hitz.fm seperti Ean, Jinny Boy, Natalie , Arnold , RD, Ryan dan Denise.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert'

Menurut Brian selaku Pengurus Rangkaian Saluran hitz.fm , "Pada malam ini kita bukan sahaja menyajikan barisan artis – artis yang membuat persembahan yang mantap seperti Mizz Nina, Joe Flizzow, Project EAR, James Baum, Estraged dan ramai lagi. Malah kami juga ingin merapatkan lagi hubungan pendengar setia kami bersama penyampai – penyampai radio hitz.fm. Nampaknya, ternyatalah bahawa acara pada malam ini juga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Persembahan pada malam itu di mulakan dengan kumpulan The Biggest Lies dan di sertai nyanyian mantap dari kumpulan Estranged sebanyak 3 buah lagu. Selepas itu, suasana meriah konsert di teruskan dengan persembahan seorang artis penuh berbakat, James Baum.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert'

Orang ramai di hiburkan pula dengan penampilan khas 3 watak Minons yang melakukan pelbagai aksi lucu di atas pentas.Seterusnya, persembahan di teruskan lagi dengan nyanyian They Will Kill Us Al dan selepas itu, Joe Flizzow menyanyikan 3 buah lagu termasuklah lagu barunya. Paling menarik, Noh memberikan sepenuh tenaga semasa persembahannya bersama kumpulan Da Vagabonds dan di ikuti persembahan dari kumpulan K Town Clan. Sepanjang malam konsert tersebut, penonton tidak henti – henti memberikan sorakan gemuruh tanda sokongan mereka kepada artis- artis yang terlibat.

Selepas persembahan dari Mizz Nina, Chester See, penyanyi, penulis yang bergelar artis Youtube, Chester See, antara satu – satunya artis artis antarabangsa yang turut dibawakan khas dari untuk memeriahkan lagi 'hitz.fm Birthday Invasion LIVE telah pun menyanyikan sebanyak 4 buah lagu pada malam tersebut dengan mempersembahkan lagu-lagu asalnya yang berunsurkan kisah cinta , peminatnya langsung tidak ketinggalan meyaksikan persembahan artis kesayangan mereka dengan penuh bersemangat seperti Nice Guy, Who Am I To Stand In Your Way, Where Are You Now dan God Damn Your Beautiful.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert'

Ternyata, populariti Chester See di Malaysia ini membuatkan dia di gilai oleh peminat dikalangan remaja mahupun pelajar – pelajar. Sebagai penutup persembahan, orang ramai di hiburkan oleh nyanyian bertenaga dari Project EAR & Pop Shuvit, Jakeman & Skeletor.

Pihak hitz.fm mengucapkan jutaan terima kasih kepada pendengar yang tidak henti – henti memberikan sambutan yang luar biasa pada malam itu. Juga, terima kasih di ucapkan kepada pihak media yang sentiasa menyokong stesen radio ini yang sudah hampir 16 tahun bertapak di dalam industri.


hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert'

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!