Nuffnang

Rabu, 29 Januari 2014

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


Foto : <b>Liyana Jasmay</b> Tayang Baby Bump | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 28 Jan 2014 04:00 PM PST

Foto : Liyana Jasmay Tayang Baby Bump

Sewaktu Liyana Jasmay ditemui ketika kandungannya berusia empat bulan sekitar November lalu, pelakon kecil molek ini masih lagi kelihatan seperti anak dara kerana susuk tubuhnya yang kurus tidak banyak berubah.

Namun sejak kebelakangan ini, baby bump Liyana sudah mula kelihatan walaupun perutnya masih lagi kecil berbanding ibu mengandung yang lain.

Biarpun tidak ketara, masih ada juga yang perasan dengan beberapa perubahan Liyana seperti pipinya yang semakin tembam dan badan sedikit berisi.

Foto : Liyana Jasmay Tayang Baby Bump

Para peminat Liyana pula menganggap ianya sebagai sesuatu yang baik. Malah kebanyakan mereka turut memuji pelakon itu semakin cantik dan berseri setiap hari.

Dalam masa yang sama, bakal ibu ini juga sudah mula sibuk mencari barang-barang bayi bagi menyambut kelahiran anak sulungnya yang dipanggil Baby S pada bulan Mei akan datang.

Bagi yang merindui kemunculan Liyana Jasmay, jom layan foto-foto terbarunya dengan baby bump yang comel di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Liyana Jasmay

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Terapi <b>Jue Aziz</b> Dalam Menangani Stress - Cerita Semasa

Posted: 02 Jan 2014 08:38 AM PST

Figura ini mula dikenali ketika terlibat dalam program realiti, Malaysia's Most Beautiful sekitar tujuh tahun lalu. Lantaran lakonan yang berkesan dalam drama Dua Hati, nama Jue Aziz terus meniti di bibir peminat di Malaysia. Malah, Jue juga sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit semenjak dari itu.

terapi cara jue aziz dalam menangani stress
Namun bukan kisah kariernya yang ingin Zass kongsikan di sini, tetapi rahsia kecantikan dan awet muda yang berjaya dikekalkan Jue hingga kini. Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress.

Apa erti kegembiraan bagi anda?

Bagi Jue, bila Jue bersama keluarga dan orang-orang yang menyayangi Jue, itulah kegembiraan yang tidak dapat Jue gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula sekarang Jue sibuk menjaga anak angkat, Darwish Naufal. Dialah pertama hati Jue. Automatik Jue boleh menjadi gembira. Kunci kegembiraan adalah bahagia dengan persekitaran kita.

Bagaimana pula cara anda terapi diri dan menangani stress?

Jue seorang yang suka duduk di rumah dan habiskan masa di rumah. Jue lebih selesa dan tenang apabila berada di rumah, memang itulah terapi Jue untuk mengembalikan tenaga dan hilang dek sibuk bekerja. Jangan tak tahu, Jue suka memasak, bila tiada apa yang di buat, Jue suka mencipta resipi baru. Jue boleh masak, masakan kampung dan juga bakar kek.

Apa pengertian cantik buat anda?

Jue rasa kecantikan itu datangnya dari dalam. Cantik luar adalah satu bonus, tetapi cantik dalam adalah yang sebetulnya. Bila kita sentiasa cantik dalaman, ia akan terpancar sendiri. Jika petua lama pula, Jue amalkan jamu yang diminum bersama madu.

Jamu yang dihasilkan sendiri oleh arwah nenek Jue, tetapi Jue sudah berhenti mengamalkannya bila sudah mendapat bentuk tubuh yang diinginkan. Jue berterima kasih kepada ibu Jue sebab dialah yang banyak mengajar cara hidup sihat.

Bagaimana pula cara anda menjaga kecantikan?

Jue amalkan air kosong, untuk kulit sentiasa lembab dan cantik.

Apa pula pendapat anda mengenai kesihatan?

Jue tidak mengamalkan sebarang suplemen atau vitamin. Tambahan pula, sekarang terlalu banyak pilihan. Jadi tidak tahu mana yang sesuai dengan tubuh kita. Jue lebih selesa mengekalkan kesihatan secara alami seperti mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.

Jue juga kena cukup makan, kalau tak mudah letih. Pengambilan suplemen hanyalah apabila betul-betul diperlukan iaitu jadual kerja sangat padat.

Adakah anda amalkan sebarang diet?

Tidak. Jue sangat suka makan. Syukur kerana bentuk badan Jue sudah cukup elok. Berat Jue mudah naik dan turun. Jue makan untuk dapatkan tenaga. Jue kawal atas tujuan kesihatan. Jue tidak mengamalkan sebarang diet ketat.

Ada buat senaman?

Memandangkan Jue dulu olahragawati sekolah, Jue memang aktif kerana dulu main bola jaring dan hoki. Jue mempunyai tubuh yang mudah berotot. Jadi Jue kurang ke gimnasium. Jue lebih suka berenang kerana ia mudah.

Macam mana sibuk sekali pun, Jue akan curi masa berbasikal menggunakan mesin di rumah. Itulah senaman paling mudah di rumah untuk Jue kekal cergas.

Bagaimana dengan penampilan anda di luar?

Jue seorang yang ringkas. Biasanya pakai kasual dan tidak keterlaluan. Jue sukakan cermin mata dan Jue jarang bersolek kerana sukakan wajah polos.

Siapa idola anda?

Sudah tentu ibu Jue. Dia seorang yang kuat semangat dan bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dialah penguat semangat Jue dan semua perkara tentang diri Jue.

5 perkara mengenai Jue Aziz:
1. Lasak
2. Seronok
3. Aktif
4. Penyayang
5. Berdikari

Anda mungkin juga Meminati

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Jue Aziz</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 03:23 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Jue Aziz</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 03:06 AM PST


sensasi: Terapi <b>Jue Aziz</b>, memasak hilangkan stress

Posted: 01 Jan 2014 03:48 PM PST

[unable to retrieve full-text content][unable to retrieve full-text content]Apatah lagi, dalam usia yang menjangkau 30 tahun, Jue masih lagi kelihatan cantik persis kehadirannya dalam dunia hiburan sebelum ini. Jom ikuti rahsia Jue Aziz dalam menjaga kecantikan dan juga terapinya dalam menangani stress.

<b>Jue Aziz</b> Dah Ada Anak? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 11 Sep 2013 05:00 PM PDT

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Rasanya agak lama juga berita mengenai perkembangan terbaru pelakon berbakat, Jue Aziz tidak keluar di mana-mana akhbar tempatan kan? Ke mana agaknya pelakon tersebut menghilang ya?

Bagi peminat yang ingin tahu, baru-baru ini pelakon tersebut dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto comelnya bersama seorang bayi lelaki yang dipanggil sebagai Darwish.

Apa yang menghairankan OHBULAN! di sini, bila agaknya Jue Aziz berkahwin? Adakah Jue telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak media atau bayi lelaki tersebut sekadar anak angkatnya?

Melalui foto-foto yang dikongsikan, ramai juga yang ingin tahu siapakah suami pelakon tersebut?

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Jue mengaku jadi ibu susuan Darwish

Setelah meneliti setiap komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial tersebut, barulah OHBULAN! dapat jawapan yang sebenar.

Rupa-rupanya bayi comel tersebut merupakan anak angkat Jue dan pelakon itu turut mengaku telah menjadi ibu susuan Darwish.

Jue Aziz Dah Ada Anak?

Apa pun, bagi peminat yang masih belum melihat foto Darwish, jom layan beberapa foto serta video comel Jue dan anaknya selepas ini.

Kredit Foto & Video : Instagram Jue Aziz

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


myartis.com : HAFIZ, HYPER ACT, <b>AWI RAFAEL</b> UNGGULI AJL KE-28

Posted: 26 Jan 2014 01:08 PM PST

Seperti yang dijangka, Lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz, ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjaya muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28). Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.

Lagu tersebut telah berjaya mengalahkan 11 buah lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Antara yang turut mempertaruhkan nasib ialah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah), dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).

Naib juara AJL 28 menjadi milik lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act sekali gus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Selanjutnya, pemenang tempat ketiga dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K, Audi Mok dan Altimet nyanyian Awi Rafael dan Altimet.

Sementara Jaclyn Victor pula berjaya memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya selama tiga tahun berturut-turut. Jaclyn telah berjaya memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.

Meskipun terlepas vokal terbaik, namun Hafiz menebus kehampaan dengan memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. Dia telah menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Untuk makluman, hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. AJL ke-28 kali ini telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam (Ahad).

Baca juga:

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


JumieSamsudin.Com: <b>Ning Baizura</b> - Bukan Wanita Sempurna

Posted: 20 Jan 2014 04:00 PM PST

Hello u olls,
Terketar-ketar kita mendownload sebuah petikan video dalam wassap yang dihantar oleh anak ayam kita.  
"Mak ayam............sila tengok video ni cepat.  From Ning Baizuraa.........mesti u sukaaa,"  kata anak ayam itu.
Setelah menontonnya dengan penuh rasa keterujaan terlampau bercampur dengan rasa hiba,  eksaited,  seram sejuk dan terperanjat saya pun bertanya kepada anak ayam saya;
"Awat u antar petikan video je?  Takdak kat YouTube ke?"

"Entahla mak ayam.  I download ni siap siap.  Tadi i cari kat Youtube balik tapi tak jumpa..."

"Mesti kena banned ni.....video ni meletopss sangat noks,"

Nak tau video tu meletops tahap mana? Sila click bawah
Bukan Wanita Sempurna - Ning Baizura 
Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu
Hati makin curiga
 
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya
Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
 
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati
Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada




Haa dah tengok? What say u?

First of all,  saya amatlah bangga dengan penerbitan video muzik ini.  Melalui kata-kata lirik dalam lagu ini,  menceritakan penderitaan seorang wanita apabila pasangannya telah mengecewakannya.  Dia akui dia bukan wanita sempurna.  Walaupun dia tidak pernah cuba untuk mencari cinta lain tapi dia amat sedih apabila pasangannya menduakannya.

Clichenya,  lirik lagu ini adalah seperti lirik lirik lagu balada yang lain.  Sedih,  kekecewaan,  cinta tidak sampai,  cinta yang dipermainkan,  cinta yang dimungkiri.  Tapi bila dicernakan dalam sebuah seni video,  ada PLOT TWIST yang betul betul menggoyahkan hati hati kita yang menontonnya.  Si dia yang berada di hati suami kita ialah seorang lelaki.

Mengapa saya bangga dengan penerbitan video ini?

Untuk orang seperti saya yang selalu merapatkan diri saya dengan isu-isu wanita,  saya amat sinonim dengan kes-kes ini.  Acapkali saya menulis tentang hati-hati wanita yang terguris dan keliru apabila mereka mendapat cinta dari seorang lelaki yang biseksual atau lebih menyedihkan homoseksual.  Saya juga kerap dapat personal message yang meluahkan hati hati wanita yang ditiadakan oleh insan bernama lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Berikut antara artikel yang pernah saya tulis dalam kategori isu yang saya perkatakan  :

Saya mohon maaf kalau ada kalanya mesej kalian terpaksa saya letakkan di tepi kerana saya sudah terlalu penat untuk menjawab persoalan-persoalan itu.  Kerana ada kalanya soalan kalian seperti "Haruskah saya teruskan hubungan ini?" amat menyesak hati saya.  
Sebab itu saya bangga dengan penerbitan video ini.  Ning Baizura memang seorang wanita (MAK AYAM DIVA BESAR) yang pernah mencetuskan huru hara dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keterbukaannya dalam isu seksualiti.  Tapi kali ini,  keterbukaan ini dilakukan dengan amat baik.  I LIKE 384734368 juta kali.
Isu ini bukan hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam dilema ini,  bukan juga hanya untuk lelaki lelaki yang mentiadakan hati hati wanita yang setia kepada mereka,  tapi mesej dalam video ini juga harus ditujukan untuk hati ibu-ibu yang mempunyai anak homoseksual.  Oh mothers!!   Please do not tell me the only untuk insafkan anak-anak 'patah' mu ini adalah dengan mengahwinkan mereka dengan seorang wanita.  Tidak kah kalian fikirkan masa depan wanita itu?  Kalian juga seorang wanita kan?
Pembikinan video ini juga kemas dan tidak serabut.  Walaupun hasil solekan untuk diva kita tidak memberikan keadilan kepada kecantikan semulajadi Ning Baizura but its okay,  mungkin sesuatu yang perlu difokuskan oleh pengarah video ini,  make up HD adalah amat penting dalam pembikinan video HD.  Baju Ning juga ada yang agak merapu.  I think a simple dress with dark colours will make her look more serious and kita (penonton) boleh lebih fokus kepada nyanyian,  muzik dan lirik lagu dan bukan kepada rambut,  mekap dan bajunya. Lakonan Ning seperti biasa....meletops.  She can act (dia dah berlakon banyak filem kot).
Akhir kata,  please please please saya harap pihak pihak berwajib tidak melarang tayangan video ini.  
ps/  lirik yang i suka dalam lagu ini  " Aku merasa ditiadakan  Aku sakit hati  Sakitnya setengah mati"
Jumie Samsudin
Sapa yang Youtube kena banned kat opis,  ini screen shot yang akak rakam untuk u olls.







Selasa, 28 Januari 2014

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Nafi Sorok Isteri | ROTIKAYA

Posted: 27 Jan 2014 04:21 AM PST

Sebelum ini pelakon dan hero filem Sejoli, Bront Palarae telah dikatakan menyorokkan isteri daripada umum. Pertemuan dengan jejaka tinggi lampai itu, di majlis tayangan filem Sejoli di UiTM Shah Alam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia menafikan perkara tersebut.

"Saya tak pernah sorokkan isteri saya tetapi dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya di belakang tabir tetapi sekiranya dia mahu mengikuti saya ke acara-acara rasmi atau tidak saya tidak pernah menghalangnya sama sekali," katanya.

Turut menjelaskan bahawa dia teringin mempunyai seorang cahaya mata tetapi mereka belum berkesempatan disebabkan oleh komitmen kerja yang semakin hari semakin banyak.

"Saya teringin hendak mendapatkan seorang anak dan masih dalam berusaha. Siapa tidak mahu anak, cuma saya perlu fokus dan banyak berdoa," katanya.

Sementara itu, Bront akan muncul dalam filem Sejoli bersama-sama dengan pelakon Maya Karin, Remy Ishak dan Izara Aishah pada Februari ini. (rtky/hfz)


Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Peminat dakwa <b>Sara Ali</b> semakin seksi dan sombong | CERITA <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 03:05 AM PST


Peminat dakwa Sara Ali semakin seksi dan sombong - Bergelar anak seni di Malaysia memang amat sukar kerana perlu berdepan dengan sikap masyarakat di sekeliling yang terlalu sensitif dan mudah memandang serong.

Tidak seperti di industri Hollywood dan Bollywood, kebanyakkan peminat di Malaysia mudah melemparkan kritikan dan tomahan terhadap seseorang artis itu jika tampil dengan pakaian menjolok mata dan seksi, atau bersikap sombong kepada media.

Situasi sama kini sedang dilalui seorang pelakon comel, Sara Ali. Beliau dikatakan peminat tampil semakin kencang dan seksi malah mula bersikap sombong dengan peminat dan wartawan.

Kata salah seorang wartawan di Harian Metro dikenali Sha, dia memberitahu ada terdengar keluhan beberapa kenalannya berkenaan sikap Sara yang tidak mesra media dan sering bersikap sinikal ketika menjawab pertanyaan media.

Menurut Sha, pencapaian Sara Ali belum ada yang boleh dibanggakan setakat ini namun berasa pelik bagaimana pelakon itu tidak belajar untuk membina hubungan baik dengan pihak media.

"Sikap itu secara tidak langsung mewujudkan jurang antaranya dengan media. Walhal dalam industri hiburan, artis dan wartawan saling membantu dan memerlukan. Kata mereka, Sara patut belajar daripada mereka yang terlebih dulu menempa nama."

"Bakat saja tidak cukup, perlu ada hubungan baik sesama rakan artis, media dan peminat. Itu antara rahsia kejayaan mereka. Lihat Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi artis gred A, mereka pandai bawa diri dan ada hubungan baik dengan orang sekeliling. Banyak kebaikan jika kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk."

<b>Sara Ali</b> Kini Bercinta Dengan Amirul Ariff? - MyNewsHub.My <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 12:51 AM PST


JIKA kami katakan pelakon Sara Ali sudah mempunyai 'teman istimewa' iaitu pelakon Amirul Ariff, pasti anda mengerutkan dahi seketika.

Ha, siapa yang tak tahu tu, bermakna anda belum pernah menonton filem Kolumpo lakonan jejaka itu.

Pernah mendapat pujian kerana lakonan menarik yang ditampilkannya, Amirul juga dikatakan mempunyai wajah seiras Johan As'ari.

Sara Ali Kini Bercinta Dengan Amirul Ariff?

Biarpun tidak bercerita secara telus, namun ramai yang boleh mengagak bahawa kedua-duanya memang bercinta berdasarkan kenyataan Sara menerusi Harian Metro:

"Sebenarnya saya mula berkawan dengan dia dua tahun lalu sejak dia buat (kerja) belakang tabir lagi. Iyalah Kami bermula sebagai kelompok kawan.

"Mungkin saya boleh cakap kami jadi lebih serius pada tahun lalu. Tapi saya tak minat nak cakap benda (hubungan) ini bercinta atau apa. Faham-faham sendirilah.

"Memang kami rapat. Kliselah soalan nak kena jawab kami rapat atau tak? Senang cerita (seperti) apa yang anda lihat kami memang serius. Kalau cakap tak serius benda (hubungan) itu macam budak pula. Benda itu zaman sekolah kita sekarang sudah besar kot, pandailah lihat sendiri."

Jika benar bercinta, kami harapkan hubungan kedua-duanya berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Oleh: ELZA

Sara Ali Kini Bercinta Dengan Amirul Ariff?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/IMG_2567.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/IMG_2567-150x150.jpgAuthor MNH myArtisTerkini,,

JIKA kami katakan pelakon Sara Ali sudah mempunyai 'teman istimewa' iaitu pelakon Amirul Ariff, pasti anda mengerutkan dahi seketika. Ha, siapa yang tak tahu tu, bermakna anda belum pernah menonton filem Kolumpo lakonan jejaka itu. Pernah mendapat pujian kerana lakonan menarik yang ditampilkannya, Amirul juga dikatakan mempunyai wajah seiras Johan As'ari. Biarpun...

JIKA kami katakan pelakon Sara Ali sudah mempunyai 'teman istimewa' iaitu pelakon Amirul Ariff, pasti anda mengerutkan dahi seketika. Ha, siapa yang tak tahu tu, bermakna anda belum pernah menonton filem Kolumpo lakonan jejaka itu. Pernah mendapat pujian kerana lakonan menarik yang ditampilkannya, Amirul juga dikatakan mempunyai wajah seiras Johan As'ari. <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/AMIRUL-ARIFF.jpg"><img class="alignnone size-medium wp-image-230283 aligncenter" alt="Sara Ali Kini Bercinta Dengan Amirul Ariff?" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/AMIRUL-ARIFF-300x225.jpg" width="300" height="225" /></a> Biarpun tidak bercerita secara telus, namun ramai yang boleh mengagak bahawa kedua-duanya memang bercinta berdasarkan kenyataan Sara menerusi Harian Metro: <strong>"Sebenarnya saya mula berkawan dengan dia dua tahun lalu sejak dia buat (kerja) belakang tabir lagi. Iyalah Kami bermula sebagai kelompok kawan.</strong> <strong>"Mungkin saya boleh cakap kami jadi lebih serius pada tahun lalu. Tapi saya tak minat nak cakap benda (hubungan) ini bercinta atau apa. Faham-faham sendirilah.</strong> <strong>"Memang kami rapat. Kliselah soalan nak kena jawab kami rapat atau tak? Senang cerita (seperti) apa yang anda lihat kami memang serius. Kalau cakap tak serius benda (hubungan) itu macam budak pula. Benda itu zaman sekolah kita sekarang sudah besar kot, pandailah lihat sendiri."</strong> Jika benar bercinta, kami harapkan hubungan kedua-duanya berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Oleh: <strong>ELZA</strong>