Nuffnang

Jumaat, 14 Mac 2014

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> Pilih 4 Pengarah Sahaja – Perak Today

Posted: 10 Mar 2013 06:00 PM PDT

Pelakon Que Haidar hanya memilih empat pengarah hebat iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid sekiranya ditawarkan berlakon filem.

Que berkata, empat pengarah itu merupakan antara yang digemarinya kerana kreativiti yang dimiliki mereka dalam setiap filem yang dihasilkan.

"Memandangkan pelibatan saya dalam lakonan sangat kurang, jadi saya senang dengan bersikap memilih.

"Tawaran yang diberi hanya akan saya terima jika filem itu diarahkan oleh Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid. Mereka sangat kreatif dalam mengembangkan plot cerita dan watak," katanya.

Tambah Que yang sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara di bidang lakonan, dia kini sedang membuka ruang kepada diri untuk mengeksplorasi watak-watak yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.

"Mungkin ia kedengaran seperti angkuh. Tetapi saya mahu sesebuah watak yang diberi benar-benar memberi kesan terhadap kredibiliti saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangannya yang terbaru, Que kini sibuk dengan pengajaran kelas-kelas lakonan menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan.

Selain itu Que juga banyak membantu isterinya dalam menguruskan kerja-kerja persembahan tarian isterinya, Linda Jasmine.

"Sekarang ini saya dan isteri saling berbahagi kerja. Selain menguruskan studio tarian isteri di Ampang, saya juga mengadakan beberapa bengkel lakonan buat anak-anak muda yang berminat.

"Selain itu, saya juga sibuk menghadiri pelbagai undangan untuk memberi ceramah bagi pelajar-pelajar jurusan seni persembahan.

"Alhamdulillah, kerja-kerja ini sudah menjadi keutamaan saya manakala lakonan pula lebih ke arah hobi," tuturnya.

-mStar

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Keluarga Rakan <b>Hans Isaac</b> Antara Penumpang MH370 | Oh! Artis

Posted: 11 Mar 2014 11:23 PM PDT

ohartis-hans-isaac

Pelakon Hans Isaac sanggup mengambil cuti selama empat hari bagi memberi sokongan moral kepada rakannya di mana isteri dan dua anaknya antara penumpang yang menaiki pesawat menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 43, berkata, dia terkejut dengan berita kehilangan pesawat tersebut dan berasa lebih sedih apabila mendapat tahu keluarga rakan baiknya yang juga seorang usahawan turut berada dalam pesawat itu.

"Susah untuk saya gambarkan kesedihan saya ketika ini apabila mendapat tahu berita kehilangan pesawat MH370. Tetapi apabila keluarga rakan baik turut terbabit dengan kes ini, ia lebih menyayat hati saya.

"Kejadian itu membuatkan saya terlalu sedih sampaikan saya mengambil cuti empat hari (termasuk hari ini) untuk memberi sokongan moral kepada rakan baik saya itu," katanya.

Sementara itu, Hans berkata, dia turut sedih apabila melihat ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas insiden tersebut.

"Saya terkejut dengan komen-komen negatif yang dimuat naik oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab di Twitter. Mereka seperti tidak mempunyai perasaan langsung keatas kejadian ini sehinggakan saya malas mahu membaca komen-komen di Twitter," katanya lagi.


OHMEDIA: SEMOGA SEMUA MANGSA YANG TERLIBAT DALAM KEHILANGAN PESAWAT MH370 KEMBALI DENGAN SELAMAT.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Bukan Lagi Artis Eksklusif Astro – Perak Today

Posted: 03 Oct 2013 04:22 PM PDT

elfira

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri.

"Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri.

"Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak," katanya kepada mStar Online.

Elfira ditemui pada majlis pelancaran produk syampu anti kelemumur terbaharu jenama Sunsilk Hair Fall Solution di Sunway Piramid di sini pada Khamis.

Tambah Elfira, dia juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada stesen berkenaan.

Sementara itu, Elfira menghadiri majlis pelancaran Sunsilk itu sebagai tanda sokongan terhadap produk terbabit.

Lebih-lebih lagi kata Elfira, dia seorang penggemar produk berkenaan sejak dulu kerana ia dapat mengatasi masalah keguguran rambut.

"Saya seorang yang sangat peka berkaitan kecantikan diri terutamanya rambut. Sebelum ini saya sering mengamalkan penjagaan rambut cara tradisional dengan menggunakan santan dan bunga raya.

"Bagaimanapun, apabila dah dewasa dan sibuk dengan kerja-kerja lakonan, saya akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali salam tiga hari dan selebihnya saya menggunakan syampu Sunsilk di rumah," tuturnya.

Selain Elfira, aktres Liyana Jasmay turut hadir ke palancaran produk syampu berkenaan.

Dalam pada itu, pengurus jenama Sunsilk iaitu Phoenix Ho berkata, pihaknya turut mengadakan peraduan buat pengguna jenama itu dengan menghantar sekeping gambar bersama kapsyen yang menarik ke laman sosial 'Facebook Sunsilk Malaysia'.

"Seramai 25 orang akan dipilih melalui sistem undian di Facebook untuk memenangi sebuah Ipad Mini serta menghadiri parti akhir tahun Sunsilk.

"Peraduan akan bermula pada Oktober dan saya percaya di zaman teknologi ini, pelbagai gambar dan kapsyen menarik boleh dilakukan dan semestinya saingan pasti akan sengit," kata Phoenix.

- mStar

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Gambar Dikucup Shah Iskandar Bertebaran, <b>Intan Ladyana</b> Nafi <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 08:03 PM PST


Kadangkala memang sudut memainkan peranan penting di dalam sekeping gambar. Dengan sudut dan "timing" yang terbaik, gambar yang nampak biasa pun boleh menimbulkan kontroversi. Mungkin itu yang terjadi kepada gambar yang sedang bertebaran di laman sosial di mana kelihatan seperti Intan Ladyana  dicium oleh Shah Iskandar di bahagian rambutnya.

intan ladyana dicium kamal adli

Gambar di atas telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para peminat Intan Ladyana yang mengetahui hubungannya dengan Kamal Adli. Iyerlah, risau juga kerana sekeping gambar begini hubungan cinta lebih 8 tahun antara Intan dan Kamal hancur berkecai. Namun Intan Ladyana menganggap ini semua adalah "camera trick" dan menafikan mereka bersentuhan. Kata Intan Ladyana menerusi Harian Metro:-

Shah cium rambut? Tak kena (kepala) dan tak rasa apa-apa punlah. Sebenarnya ketika kami ambil gambar itu, kami tak bersentuhan pun. Bukannya Shah cium kepala dan rambut saya betul-betul pun.

Saya tak rasa apa-apa dan tak kena pun kepala saya. Saya percaya itu helah (trick) kamera ketika gambar diambil. Apabila jadi gambar, orang nampak macam betul-betul cium padahal tak sentuh pun.

Saya terkejut bila jadi isu pula gambar kami padahal semua diambil daripada babak drama itu (Jika Itu Takdirku). Bukan kami berdua pandai-pandai ambil gambar untuk suka-suka dan jadikan simpanan peribadi pun.

Saya berharap penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan mengenai gambar itu

intan ladyana dicium kamal adli

Memang ada logiknya penerangan Intan Ladyna di situ. Semoga semua berpuas hati dengan penerangan tersebut. Apa pun, Abang Nara tertanya-tanya juga bilakah Intan dan Kamal akan menamatkan zaman bujang mereka dengan perkahwinan. Rasanya macam dah lama sangat mereka bercinta. Masing-masing pun bukannya bertambah muda. Rasanya tahun 2014 mungkin sudah sesuai untuk memikirkan masa depan mereka. Tak gitu?

intan ladyana dicium kamal adli

Kalau Abang Nara ada awek secomel dan secantik Intan Ladyana, memang tak fikir 3,4 kali nak masuk meminang. Baiklah dijadikan isteri cepat-cepat sebelum kena ambil dengan orang lain. Dunia ini kadangkala kejam juga. Lagi beberapa gambar si putih melepak Intan Ladyana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Anak pasangan Sweden dakwa dipukul lebih 1000 kali

intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli
intan ladyana dicium kamal adli

intan ladyana dicium kamal adli

Baca Yang Ini Pulak:-

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah) – Perak Today

Posted: 18 Jul 2013 01:56 PM PDT

fidaPelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

- mStar

Lelaki kelakar terapi <b>Fida Ibrahim</b> – Perak Today

Posted: 15 Mar 2013 02:35 AM PDT

Walaupun dikenali dengan imej bertudung dan berperwatakan lemah lembut, namun selebriti cantik, Fida Ibrahim tidak terlepas dari diduga dengan pelbagai kontroversi.

Sedia maklum mengenai hubungannya bersama pelawak, Mamat Sepah, yang sudah berakhir, namun Fida atau nama sebenarnya, Rafidah Ibrahim, 26, tidak mengunci pintu hatinya untuk lelaki lain.

Pun begitu, pilihan Fida masih lagi mengutamakan lelaki dari kalangan pelawak dengan memilih pelakon komedi, Zalif Sidek, sebagai pengganti.

Akui Fida, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang. Malah, mengenali lelaki dalam kalangan itu mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah.

"Lagipun, saya lebih selesa berkawan dengan orang kelakar yang boleh buat saya ketawa. Namun, persamaan antara Mamat dan Zalif, hanyalah kebetulan," katanya yang baru sahaja menganjurkan majlis doa selamat untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

Dimaki kerana Zalif

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

Bukan itu sahaja, malah Fida turut diganggu dan dihambur kata-kata kesat serta maki-hamun berikutan hubungan baru terjalin itu.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja. Masa majlis doa selamat yang saya anjurkan baru-baru ini, Zalif turut menghadirinya.

"Tiada yang istimewa antara kami lagi dan saya tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini" kata pelakon drama bersiri Kasih Alia ini.

Fokus nyanyian

Sejak tampil menerusi lagu duet, Apo Kono Eh Jang bersama, Datuk AC Mizal dan Stellar Band, nama Fida semakin mendapat perhatian.

Malah, populariti lagu yang pernah dipopularkan oleh Ally Nor dan Mastura itu turut membuka pelaung rezeki buat Fida dalam bidang nyanyian.

Terbaru, Fida akan berkolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band menerusi lagu dialek Perak, Wan Lebor.

Selain itu, dua lagi single Fida bersama Qalam Band dan Edri Hashim bakal menyusul tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, atas rezeki dari-Nya. Insya-ALLAH, kemungkinan dalam bulan Ogos atau selepas raya, saya akan tampil dengan album baru. Kini, saya dalam proses untuk mengeluarkan single dan mengumpul material.

"Buat masa ini, saya menolak tawaran lakonan seketika untuk memberi keutamaan kepada nyanyian dan perniagaan minuman kesihatan, misai kucing.

"Selain itu, saya juga terlibat dalam beberapa persembahan dan program belia. Mungkin selepas segalanya selesai, barulah saya mula berlakon balik," katanya mengakhiri perbualan.

- SINAR HARIAN

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Lirik Permaisuri – <b>Faizal Tahir</b> | Adam Roslan

Posted: 13 Jan 2014 05:16 AM PST

Mahu ku mahu terus
Jadi yang satu untukmu
Mahu terus dalammu mengalir
Menjadi merah darahmu
Biar ke mana
Kau tetap bertakhta

Jika benar cinta itu buta
Biar ku buta kerana cinta
Kerna cinta
Ku sempurna

Jika benar cinta itu buta
Biar hati memberi cahaya
Dan kau pasti
Permaisuri

Mahu ku terus selalu
Menjadi indah mimpimu
Mahu terus menjadi jantungmu
Menjadi nadi cintamu
Sampai ku mati
Kau satu di hati

Jika benar cinta itu buta
Biar ku buta kerana cinta
Kerna cinta
Ku sempurna

Jika benar cinta itu buta
Biar hati memberi cahaya
Dan kau pasti
Permaisuri

Permaisuri
Permaisuri
Permaisuri
Permaisuri

Jika benar cinta itu buta
Biar ku buta kerana cinta
Kerna cinta
Ku sempurna

Dan ku selalu
Arjunamu

Dan kau pasti
Permaisuri
Kau tetap permaisuri

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Larang Isteri Berlakon, Hanya Boleh Jadi Pengacara | Oh <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2014 07:03 PM PST

Aktor kacak Fizo Omar yang baru sahaja melangsungkan pada November tahun lalu memgakui memberi galakan kepada isterinya Mawar Abdul Karim menceburi bidang pengacaraan tetapi melarangnya terlibat dalam bidang lakonan.

Menurut Fizo, penglibatan dalam bidang penyiaran secara tidak langsung akan membantu mempromosikan lagi peniagaan tudung yang diusahakan isterinya iaitu jenama Fareeda. Malah Mawar kini sedang mengambil kelas untuk mempelajari bidang pengacaan secara profesional.

"Kami ditawarkan jadi pengacara selepas berkahwin untuk sebuah program kesihatan berjudul Cergas Jelita di RTM yang akan bersiaran tidak lama lagi.

"Saya menggalakkan dia menceburi bidang ini kerana ia satu bonus untuk dia mempromosikan perniagaan tudungnya. Dia juga ada mendapat beberapa tawaran pengacara di sebuah stesen televisyen.

"Kalau jadi pengacara sahaja saya galakkan kerana ada kepentingan tetapi berlakon mungkin tidak.

"Mawar sendiri sibuk dengan perniagaannya dan tidak mempunyai masa untuk berlakon. Dia setuju untuk jadi pengacara pun kerana dipujuk," katanya.

Ditanya perkembangannya setelah berumahtangga, Fizo mengakui sejak bergelar suami hidupnya lebih bahagia dan terurus malah perniagaan mereka juga turut semakin berkembang dengan pembukaan banyak cawangan baru.




OHMEDIA: SEMOGA PASANGAN BAHAGIA INI KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.