Nuffnang

Jumaat, 14 Mac 2014

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah) – Perak Today

Posted: 18 Jul 2013 01:56 PM PDT

fidaPelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

- mStar

Lelaki kelakar terapi <b>Fida Ibrahim</b> – Perak Today

Posted: 15 Mar 2013 02:35 AM PDT

Walaupun dikenali dengan imej bertudung dan berperwatakan lemah lembut, namun selebriti cantik, Fida Ibrahim tidak terlepas dari diduga dengan pelbagai kontroversi.

Sedia maklum mengenai hubungannya bersama pelawak, Mamat Sepah, yang sudah berakhir, namun Fida atau nama sebenarnya, Rafidah Ibrahim, 26, tidak mengunci pintu hatinya untuk lelaki lain.

Pun begitu, pilihan Fida masih lagi mengutamakan lelaki dari kalangan pelawak dengan memilih pelakon komedi, Zalif Sidek, sebagai pengganti.

Akui Fida, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang. Malah, mengenali lelaki dalam kalangan itu mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

"Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

"Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah.

"Lagipun, saya lebih selesa berkawan dengan orang kelakar yang boleh buat saya ketawa. Namun, persamaan antara Mamat dan Zalif, hanyalah kebetulan," katanya yang baru sahaja menganjurkan majlis doa selamat untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

Dimaki kerana Zalif

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

Bukan itu sahaja, malah Fida turut diganggu dan dihambur kata-kata kesat serta maki-hamun berikutan hubungan baru terjalin itu.

"Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

"Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja. Masa majlis doa selamat yang saya anjurkan baru-baru ini, Zalif turut menghadirinya.

"Tiada yang istimewa antara kami lagi dan saya tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini" kata pelakon drama bersiri Kasih Alia ini.

Fokus nyanyian

Sejak tampil menerusi lagu duet, Apo Kono Eh Jang bersama, Datuk AC Mizal dan Stellar Band, nama Fida semakin mendapat perhatian.

Malah, populariti lagu yang pernah dipopularkan oleh Ally Nor dan Mastura itu turut membuka pelaung rezeki buat Fida dalam bidang nyanyian.

Terbaru, Fida akan berkolaborasi bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band menerusi lagu dialek Perak, Wan Lebor.

Selain itu, dua lagi single Fida bersama Qalam Band dan Edri Hashim bakal menyusul tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, atas rezeki dari-Nya. Insya-ALLAH, kemungkinan dalam bulan Ogos atau selepas raya, saya akan tampil dengan album baru. Kini, saya dalam proses untuk mengeluarkan single dan mengumpul material.

"Buat masa ini, saya menolak tawaran lakonan seketika untuk memberi keutamaan kepada nyanyian dan perniagaan minuman kesihatan, misai kucing.

"Selain itu, saya juga terlibat dalam beberapa persembahan dan program belia. Mungkin selepas segalanya selesai, barulah saya mula berlakon balik," katanya mengakhiri perbualan.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan