Elfira Loy - Google Blog Search |
<b>Elfira Loy</b> Bukan Lagi Artis Eksklusif Astro – Perak Today Posted: 03 Oct 2013 04:22 PM PDT Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 19, berkata, dia telah bernaung di bawah stesen itu sejak dua tahun lalu dan merasakan sudah tiba masanya untuk berdikari dengan menguruskan kerjaya sendiri. "Saya dah nak masuk umur 20 tahun dan sudah tiba masanya saya menguruskan kerjaya sendiri. "Lagipun kontrak saya sudah tamat pada hujung tahun lalu di mana pihak Astro memberikan saya buat pilihan sama ada mahu sambung atau tidak," katanya kepada mStar Online. Elfira ditemui pada majlis pelancaran produk syampu anti kelemumur terbaharu jenama Sunsilk Hair Fall Solution di Sunway Piramid di sini pada Khamis. Tambah Elfira, dia juga bersyukur, walaupun tidak menyambung kontrak dengan Astro, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran drama daripada stesen berkenaan. Sementara itu, Elfira menghadiri majlis pelancaran Sunsilk itu sebagai tanda sokongan terhadap produk terbabit. Lebih-lebih lagi kata Elfira, dia seorang penggemar produk berkenaan sejak dulu kerana ia dapat mengatasi masalah keguguran rambut. "Saya seorang yang sangat peka berkaitan kecantikan diri terutamanya rambut. Sebelum ini saya sering mengamalkan penjagaan rambut cara tradisional dengan menggunakan santan dan bunga raya. "Bagaimanapun, apabila dah dewasa dan sibuk dengan kerja-kerja lakonan, saya akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut sekurang-kurangnya sekali salam tiga hari dan selebihnya saya menggunakan syampu Sunsilk di rumah," tuturnya. Selain Elfira, aktres Liyana Jasmay turut hadir ke palancaran produk syampu berkenaan. Dalam pada itu, pengurus jenama Sunsilk iaitu Phoenix Ho berkata, pihaknya turut mengadakan peraduan buat pengguna jenama itu dengan menghantar sekeping gambar bersama kapsyen yang menarik ke laman sosial 'Facebook Sunsilk Malaysia'. "Seramai 25 orang akan dipilih melalui sistem undian di Facebook untuk memenangi sebuah Ipad Mini serta menghadiri parti akhir tahun Sunsilk. "Peraduan akan bermula pada Oktober dan saya percaya di zaman teknologi ini, pelbagai gambar dan kapsyen menarik boleh dilakukan dan semestinya saingan pasti akan sengit," kata Phoenix. - mStar |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan