Nuffnang

Khamis, 20 Mac 2014

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


[MTV] <b>Akim</b> - Menunggu (PARODY) - Boni Kacak

Posted: 12 Feb 2014 05:56 AM PST

Siapa pernah tengok MTV Akim untuk lagu Menunggu? Rasanya macam ramai je yang tengok sebab view dia dah sejuta lebih tu. Mak aih. Kali ni team Production Penyamun Inc. ada buat satu video PARODY untuk MTV Akim ni. 
Memang asalnya video ni kitorang buat dan hantar untuk peraduan parodi Maharajalawak Mega. Dah hantar dah. Tapi sampai ke sekarang senyap je. Tak nampak apa-apa perkembangan pun. Video kitorang tak diupload pun lagi. Tak faham aku. Dua video tak diUpload. Jadi, kitorang buat keputusan untuk Public kan terus video ni. Malas nak tunggu dan peram untuk sesuatu yang tak pasti. Tak apalah. Mungkin tak ada rezeki tu. Jadi, terimalah video Parodi untuk MTV Akim - Menunggu ni. Semoga terhibur.

Ok, kat bawah ni pulak aku sediakan video asal MTV Akim - Menunggu. Sama tak?!! Sama tak?!!



Jadi, semoga terhibur semua. 

Aku sangat perlukan bantuan korang untuk tekan BUTTON SHARE FACEBOOK dan BUTTON G+1 dalam entri YEO'S PILIHANKU (SILA KLIK). Minta tolong ye kawan-kawan. Korang boleh dengar lagu ciptaan aku sendiri untuk YEO'S dalam entri tu. 

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Teruk Kena Bahan, <b>Neelofa</b> Tak Ambil Peduli | Oh! Media - Oh! Artis

Posted: 10 Feb 2014 08:43 PM PST

Berikutan baru yang disarungkan oleh pelakon dan pengacara Neelofa pada malam Anugerah Meletop Era telah mengundang kontroversi dan kritikan hebat, Neelofa telah mengambil pendekatan mengunci mulut tentang isu tersebut.

Pada malam anugerah yang julungkali diadakan itu Neelofa mengenakan tiga persalinan yang agak pelik dan kelihatan tidak sopan. Neelofa menyarung pakaian 'jumsuit' berwarna pink terang yang melekat diseluruh tubuh hingga menampakkan bentuk badanya dengan jelas, manakala pesalinan kedua pula Neelofa mengenakan pakaian yang rekaan yang agak pelik sehingga ada yang menyamakannya dengan karakter animasi.

ohmedia-neelofa-anugerah-meletop-1

AMAR mungkin satu-satunya artis yang memberikan penghargaan istimewa pada setiap page yang pernah menaikkan nama beliau dalam video klip lagu terbaru lagu CINTA HINGGA KE SYURGA ni. Lagu yang best, video klip yang comel dan lebih menarik lagi ianya dirakam menggunakan Galaxy S3 sahaja. Sungguh kreatif. Anyway album terbaru islamik dari beliau boleh dibeli dari page rasminya.

Menurut Neelofa, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang isu baju tersebut kerana melibatkan banyak pihak. Malah aktres yang berasal dari Kelantan itu menyedari penampilannya pada malam itu menjadi bahan sendaan ramai di laman sosial.

ohmedia-neelofa-anugerah-meletop-2

"Keputusan penampilan Lofa pada malam itu membabitkan banyak pihak. Jadi Lofa tak mahu komen lanjut tentang perkara itu kerana banyak hati yang perlu dijaga", katanya.

"Lofa tak baca pun. Tapi Lofa dapat tahu apabila ramai teman menghantar WhatApps menunjukkan baju Lofa disamankan dengan karakter kartun", katanya.

OHMEDIA: SEPATUTNYA NEELOFA LEBIH PEKA TENTANG PEMILIHAN PAKAIAN BUKAN JADI LEMBU YANG DITINDIK HIDUNG MENGIKUT SAHAJA APA YANG DISURUH. TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK KEPADA PEMINAT.

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Alif Satar Tanya <b>Tomok</b> Pengalaman Kahwin Wanita Berusia <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 12:15 AM PDT

alif satar

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar ada meminta pandangan dan nasihat daripada penyanyi Tomok dalam usahanya untuk mengahwini kekasih yang enam tahun lebih tua daripadanya iaitu Shadila, 29.

Alif, 23, berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan seterusnya berada dalam dunia rumah tangga yang lebih mencabar walaupun usianya masih muda.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan tahun depan saya akan  mendirikan rumah tangga.

"Saya ada bertanya dan minta nasihat daripada Tomok tentang kehidupan selepas berkahwin pada usia muda terutamanya dengan isteri yang lebih berusia kerana Tomok telah melalui pengalaman berkahwin dengan wanita yang lima tahun  lebih tua," katanya kepada mStar Online.

Tambah Alif,  keluarganya turut merestui untuk dia menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menganggap ia bukan satu masalah dan halangan dalam mencapai persefahaman.

"Saya tidak merasakan perbezaan usia tersebut. Jarak usia bukanlah penghalang dalam sesuatu hubungan tetapi persefahaman itu yang penting untuk memastikan hubungan cinta akan kekal," katanya

Sementara itu, bercakap soal kerjaya, Alif yang mengendalikan program realiti kanak-kanak Idola Kecil 6 ini mengakui bidang pengacaraan menjadi pilihan keduanya selepas nyanyian.

"Saya sudah lima musim mengendalikan rancangan ini dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan bidang pengacaraan.

"Selain program kanak-kanak ini, saya juga akan muncul dalam program travelog iaitu 24 Jam Bersama Alif Satar yang bakal disiarkan pada Januari depan," katanya.

Dalam pada itu, dia turut akan melancarkan album terbaharu berjudul Definisi pada 20 November ini.

-Mstar online

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


“Tak Main La Nak Tiru Imej Orang” – <b>Arja Lee</b> – Perak Today

Posted: 09 Mar 2014 11:00 AM PDT

Arja Lee Main"Tak main la nak tiru-tiru orang…"! Itulah reaksi spontan pelakon Arja Lee yang tampil mengenakan imej tuksedo semasa pelancaran single pertamanya berjudul Cerita Pada Semua di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukannya apa… Arja dikatakan cuba meniru gaya penyanyi Anuar Zain yang kerap kali muncul bersama imej sedemikian dalam majlis-majlis tertentu.

Oleh itu, timbullah suara-suara 'sumbang' yang antara lain cuba menyindir Arja kononnya dia cuba mencedok imej artis popular lain untuk dipadankan dengan dirinya ketika membuat keputusan untuk bergelar penyanyi.

"Tidak akan ada Anuar Zain kedua dan saya bukan meniru imejnya," katanya kepada mStar Online.

Arja berkata, dia memilih pakaian dari rona hitam rekaan Azura Couture itu kerana ingin memperkenalkan imejnya sebagai penyanyi kepada peminat.

Arja mahu mengekalkan imej tuksedo bagi memperkenalkannya sebagai penyanyi.

"Tuksedo adalah pakaian bersifat universal dan tidak semestinya hanya dihadkan kepada individu tertentu sahaja.

"Saya selesa dengan imej terbaharu ini dan akan mengekalkannya pada masa hadapan," ujarnya.

Pelakon filem …Dalam Botol ini kelihatan segak dan kacak apabila menggayakan imej berkenaan dan sesuai dengan usianya yang kini mencecah 30 tahun.

"Oh! Biasanya saya lebih selesa dengan pakaian kasual seperti t-shirt dan seluar jean sahaja. Tetapi sebagai seorang selebriti saya perlu sentiasa kelihatan kemas supaya tampak profesional," katanya.

Dalam pada itu ada juga orang berkata, walaupun imej berkenaan sesuai dan menyerlahkan lagi kekacakan Arja, tetapi sesuai ke untuk majlis yang dijayakannya itu?

Bukannya apa, sidang media itu diadakan pada waktu petang, ketika negara kita dilanda suhu panas luar biasa dan kebakaran hutan berlaku di sana-sini.Tuksedo biasanya sinonim dengan majlis-majlis makan malam.

Tapi bagi kami, soal cuaca bukanlah ukuran jika majlis berkenaan diadakan di kawasan atau dalam dewan berhawa dingin.

Seandainya Arja muncul dengan imej tersebut di bawah khemah kenduri kahwin… haha… alamatnya dia menempah cercaanlah. Apa-apa pun itu stail Arja, okeylah!

-mStar

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


Artis <b>Stacy AF</b> kini semakin sembuh dari penyakit H1N1 <b>...</b> - Busuk.org

Posted: 10 Feb 2014 07:24 AM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 3,224
Widget Aktif : 3,722
Banner Aktif : 5,175

Domain Dibenarkan: 8,897
Jumlah Artikel : 575,551

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


(TAHNIAH)Andy <b>Estranged</b> Kini Suami Kepada Azline Megat |

Posted: 24 Feb 2014 07:49 PM PST


Jutaan tahniah diucapkan buat Andy, pemain dram kumpulan Estranged yang telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Azline Megat pada hari Sabtu lalu. Majlis pernikahan berlangsung sederhana tetapi meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan rakan-rakan. Kedua-dua mempelai nampak berseri-seri dan sememangnya sama cantik sama padan.
andy estranged kahwin

Tahniah diucapkan buat Andy dan isteri atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin
andy estranged kahwin

Yang Ini Pun Best Jugak:-

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Noh Salleh Enggan Campur Aduk Muzik Dengan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 06:31 PM PDT

Setelah lapan tahun berjuang dengan muzik bersama dengan kumpulan Hujan, Noh Salleh akhirnya mengorak langkah sendiri apabila bakal muncul dengan album solo. Buah tangan pertama Noh itu akan menampilkan lima buah lagu baru yang menyajikan irama serta adunan muzik yang nyata berbeza.

Bagaimanapun, perkembangan terkini ini bukan bermakna Noh tidak lagi bersama-sama Hujan. Jelas Noh setiap anggota Hujan punya projek sendiri.

"Kami masih bersama-sama lagi. Malah hujung bulan ini kami ada undangan persembahan. Hujan sendiri tidak boleh berhenti. Mereka tiada masalah apabila saya keluar dengan album solo. Lagi pun, setiap anggota ada projek mereka sendiri. Album solo ini boleh dikatakan sebagai 'a sweet getaway' untuk saya," ujar Noh ketika ditemui di majlis prebiu single terbarunya berjudul 'Angin Kencang' di Ampang Jaya baru-baru ini.

"Perjalanan saya bersama Hujan sendiri menjadi salah satu inspirasi untuk menghasilkan album solo. Namun begitu, langkah muzik Hujan dan album solo saya sendiri merupakan satu perkara yang berbeza dan sangat berlainan. Saya juga tidak meletakkan apa-apa sasaran daripada peminat kumpulan Hujan sendiri apabila saya tampil solo.

Saya rasakan projek solo saya ini, saya sasarkan kepada semua, tidak hanya kepada kelompok peminat Hujan sahaja. Saya harap semua boleh menerima dan mendengar apa yang saya cuba ketengahkan melalui penampilan solo saya," kata suami kepada Mizz Nina ini.

Setelah sekian lama berjuang dengan kumpulan Hujan semenjak mereka masih dalam jalur muzik indie sehingga ke aliran arus perdana, kenapa baru sekarang jejaka kelahiran Sarawak ini muncul dengan album solo?

"Saya membina keyakinan dengan kumpulan Hujan. Selama hampir lapan tahun, sudah pelbagai perkara yang saya tempuhi bersama mereka. Ini lebih kepada ekspresi secara individu saya sebagai seorang pemuzik. Saya ingin berkongsi hala tuju muzik saya dengan peminat dan ingin lari daripada 'bunyi' Hujan serta mencuba sesuatu yang baru," tutur Noh lagi.

Imej Islamik

Semenjak kebelakangan ini, boleh dilihat Noh dan Mizz Nina mengalami perubahan imej ke arah lebih Islamik. Adakah Noh tidak mempunyai perancangan tampil dengan lagu-lagu ketuhanan dan nasyid?

"Orang sudah 'stereotype' jika berubah ke arah imej Islamik, pastinya akan menyanyikan lagu nasyid. Tapi bagi saya, perubahan saya adalah antara saya dan Allah. Kenapa saya mahu campur aduk muzik saya dengan perubahan saya? Saya ada perjalanan muzik saya sendiri," kata Noh.

"Contoh, saya menunaikan ibadah Haji. Itu merupakan perkara biasa bagi umat Islam. Untuk melibatkan muzik dan agama, saya rasakan perkara tersebut seperti ada di atas satu garisan lurus dan halus. Jadi, saya masih belum berani lagi untuk melibatkan dua perkara tersebut," ujar Noh mengakhiri perbualan.