Nuffnang

Khamis, 20 Mac 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Noh Salleh Enggan Campur Aduk Muzik Dengan <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 06:31 PM PDT

Setelah lapan tahun berjuang dengan muzik bersama dengan kumpulan Hujan, Noh Salleh akhirnya mengorak langkah sendiri apabila bakal muncul dengan album solo. Buah tangan pertama Noh itu akan menampilkan lima buah lagu baru yang menyajikan irama serta adunan muzik yang nyata berbeza.

Bagaimanapun, perkembangan terkini ini bukan bermakna Noh tidak lagi bersama-sama Hujan. Jelas Noh setiap anggota Hujan punya projek sendiri.

"Kami masih bersama-sama lagi. Malah hujung bulan ini kami ada undangan persembahan. Hujan sendiri tidak boleh berhenti. Mereka tiada masalah apabila saya keluar dengan album solo. Lagi pun, setiap anggota ada projek mereka sendiri. Album solo ini boleh dikatakan sebagai 'a sweet getaway' untuk saya," ujar Noh ketika ditemui di majlis prebiu single terbarunya berjudul 'Angin Kencang' di Ampang Jaya baru-baru ini.

"Perjalanan saya bersama Hujan sendiri menjadi salah satu inspirasi untuk menghasilkan album solo. Namun begitu, langkah muzik Hujan dan album solo saya sendiri merupakan satu perkara yang berbeza dan sangat berlainan. Saya juga tidak meletakkan apa-apa sasaran daripada peminat kumpulan Hujan sendiri apabila saya tampil solo.

Saya rasakan projek solo saya ini, saya sasarkan kepada semua, tidak hanya kepada kelompok peminat Hujan sahaja. Saya harap semua boleh menerima dan mendengar apa yang saya cuba ketengahkan melalui penampilan solo saya," kata suami kepada Mizz Nina ini.

Setelah sekian lama berjuang dengan kumpulan Hujan semenjak mereka masih dalam jalur muzik indie sehingga ke aliran arus perdana, kenapa baru sekarang jejaka kelahiran Sarawak ini muncul dengan album solo?

"Saya membina keyakinan dengan kumpulan Hujan. Selama hampir lapan tahun, sudah pelbagai perkara yang saya tempuhi bersama mereka. Ini lebih kepada ekspresi secara individu saya sebagai seorang pemuzik. Saya ingin berkongsi hala tuju muzik saya dengan peminat dan ingin lari daripada 'bunyi' Hujan serta mencuba sesuatu yang baru," tutur Noh lagi.

Imej Islamik

Semenjak kebelakangan ini, boleh dilihat Noh dan Mizz Nina mengalami perubahan imej ke arah lebih Islamik. Adakah Noh tidak mempunyai perancangan tampil dengan lagu-lagu ketuhanan dan nasyid?

"Orang sudah 'stereotype' jika berubah ke arah imej Islamik, pastinya akan menyanyikan lagu nasyid. Tapi bagi saya, perubahan saya adalah antara saya dan Allah. Kenapa saya mahu campur aduk muzik saya dengan perubahan saya? Saya ada perjalanan muzik saya sendiri," kata Noh.

"Contoh, saya menunaikan ibadah Haji. Itu merupakan perkara biasa bagi umat Islam. Untuk melibatkan muzik dan agama, saya rasakan perkara tersebut seperti ada di atas satu garisan lurus dan halus. Jadi, saya masih belum berani lagi untuk melibatkan dua perkara tersebut," ujar Noh mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan