Nuffnang

Isnin, 27 Februari 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Kini Tauke &#39;Binatang R Us&#39; | buahmulut.com

Posted: 18 Feb 2012 05:20 PM PST

Mengakui hubungan komunikasi yang baik sebelum ini menerusi beberapa drama di antaranya Nur Kasih memudahkan lakonanya di samping Tiz Zaqyah didalam Cinta Kura-Kura. Perkara ini disampaikan sendiri oleh tuan empunya badan kepada crew kami semasa Gala Nite baru baru ini.

Memegang watak sebagai tauke kedai Binatang R Us, lakonan Fizz Fairuz menerusi filem ini memang tiada pertikaian kerana watak yang disampaikanya melalui peribadi Fazly begitu baik sekali. Fizz yang kini sibuk menjalani pengambaran berkata akan muncul 2 buah filem lagi hasil lakonan beliau dengan Kru Studios. Ikuti Rakaman Video bersama Fizz Fairuz yang kami sediakan khas untuk anda.


Random Posts

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


&#39;Haq&#39; Movie Review | Film In Asian

Posted: 27 Feb 2012 12:35 AM PST

Malaysian movie starring Raja Farah, Nanu Baharudin, Zul Huzaimy, Adi Putra and directed by Jumaatun Azmi and C.L. Hor. A film about two brothers Haq (Zul Huzaimy) and Bad (Adi Putra), both gifted with special powers. Bad, however grew within him jealousy and hatred for Haq. He nurtures this power to turn it against Haq. It is up to Haq to defend and stop Bad in bringing harm to his love ones.

An action packed film with a pinch of drama involving family values and relationships. With jealousy as the root cause, later on turning into hate, Bad succumbs into the evil side to bring destruction to Haq.
Bad blamed Haq's father of not helping his father when the latter suffered a heart attack which caused his demise. No amount of explanation could break his stubbornness, instead he blames Haq for all the rights he thought of being deprived of him.

With Bad leaving his family at a very young age, the story jumps into showing him as an adult, makes me wonder how he survived, moreover getting well known in the drug industry. Well, that perfectly explains his new found wealth and power. The actions scenes were well executed, not exactly flawless but well choreographed, however some question still arises. It was told that Haq got his power as a gift, as for Bad, nobody knows where he got his. In addition, there were scenes of Bad having nightmares and an encounter with a devilish voice, but it was just left at that. Actually the only clue as to what power they have is, it is often seen when they engage into fight scenes, some kind of light energy emerges from their hands, forcing the enemies to be thrown miles away, super strength? That's basically it. Well, when they were but young boys, Haq demonstrated that he can control the leaves floating in the air. It's rather kind of confusing though.

Introjections of the glowing balls into the scene were not appropriate as to what it symbolizes. Some sort of marking for every evil deed done? If the movies intention is to bring an ultimate action film, it certainly did not succeed based on the final fight scene, as it lacked impact and climax an action buff is waiting for. Providing the effects on their so called "powers" did not suffice for the much awaited battle.

Acting wise, the actors lacked the proper motivation of how action stars should be portrayed. Bad as the villain thought he could get away with the "evil laugh", the womanizing effect and that all black outfit. The women however fared better than the lead stars in terms of acting.


Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> mahu kahwin Mr R

Posted: 02 Feb 2012 04:56 PM PST

Penyanyi Farawahida merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka misteri yang hanya dikenali sebagai Mr. R pada penghujung tahun ini. Pasangan ini dilaporkan menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu.

"Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R .

"Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari.

"Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun.


"Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri.

"Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta.

Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan.

"Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah.

"Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin.

"InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga.

"Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Yusry <b>KRU</b> Sedia Timang Anak

Posted: 24 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Cahayafotografik

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2012: Setelah lima tahun menduda, akhirnya pengarah filem, Yusry Abdul Halim, 38, bertemu jodoh buat kali kedua bersama pelakon, Lisa Surihani, 26, dan mereka telah disatukan semalam di Hotel Marriot, di sini.

Meskipun sebelum ini terlintas untuk tidak menerima cinta lagi, namun anggota kumpulan KRU, itu mengaku bahawa Lisa Surihani merupakan satu-satunya wanita yang berjaya membuka hatinya untuk berumah tangga lagi.

"Saya pernah beritahu dengan seseorang bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta sejak beberapa tahun yang lalu.

"Tetapi tak sangka pula, kehadiran Lisa dalam hidup saya telah membuka hati untuk menerima cinta kembali.

"Hati saya kini mekar dengan perasaan cinta semula. Malah saya dapat rasakan saya seperti baru mula bercinta seperti waktu remaja," katanya selepas majlis akad nikah tersebut.

Menjalin cinta lebih kurang setahun, Lisa Surihani pula berkata dia bersyukur kerana Yusry merupakan satu-satunya lelaki yang boleh menjadikan dirinya lebih baik.

"Selepas mengenali Yusry, saya dapat rasakan dialah lelaki yang tepat untuk bersama saya hingga ke akhir hayat.

"Malah, selepas saling cinta mencintai, saya dapat rasakan kami bukan hanya suka-suka untuk terjebak dalam hubungan cinta ini, iaitu hanya untuk cuba-cuba sebaliknya mahu ianya bersatu dengan satu ikatan yang sah.

"Biasanya, bila bersama orang yang kita sayang, kita mahu jadi diri sendiri. Tetapi berbeza pula bila saya bersama Yusry kerana saya rasa mahu menjadi seorang yang lebih baik lagi," luahnya sambil diperhatikan oleh Yusry.

Bercakap soal anak, Yusry bagaimanapun sudah bersedia dan teruja untuk menimang cahaya mata bersama isteri tersayang.

"Kami tidak merancang. Malah saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama Lisa.

"Namun apa-apa pun kami berserah kepada rezeki yang Tuhan berikan," jelasnya lagi.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini

Pasangan itu bakal terbang ke Switzerland tidak lama lagi untuk destinasi berbulan madu.

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Tolak Aksi Ranjang, Berkemban – Perak Today

Posted: 26 Jan 2012 01:53 PM PST

AKTRES Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

"Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.

"Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

"Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya," ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

"Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius," jelasnya

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul "Bukan Hanya Sedetik" terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.

Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

"Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu," katanya.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Gambar <b>Fouziah Gous</b> & Iqram Dinzly di AJL26 | Sensasi Selebriti

Posted: 29 Jan 2012 05:44 AM PST

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2011 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.3.1

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Kisrak Dvds @ Libbyqn的部落格:: 痞客邦PIXNET ::

Posted:

Starring : Shahir AF8 Shera Aiyob Along Eyzendy Kilafairy Download Karak Movie | Watch Karak Movie Online | Watch Karak Online Download Karak movie or Watch Karak online in just few second with HD/DVD/ipod/divX quality. Find movie ...