kumpulan KRU - Google Blog Search |
Yusry <b>KRU</b> Sedia Timang Anak Posted: 24 Feb 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com Foto oleh Cahayafotografik PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2012: Setelah lima tahun menduda, akhirnya pengarah filem, Yusry Abdul Halim, 38, bertemu jodoh buat kali kedua bersama pelakon, Lisa Surihani, 26, dan mereka telah disatukan semalam di Hotel Marriot, di sini. Meskipun sebelum ini terlintas untuk tidak menerima cinta lagi, namun anggota kumpulan KRU, itu mengaku bahawa Lisa Surihani merupakan satu-satunya wanita yang berjaya membuka hatinya untuk berumah tangga lagi. "Saya pernah beritahu dengan seseorang bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta sejak beberapa tahun yang lalu. "Tetapi tak sangka pula, kehadiran Lisa dalam hidup saya telah membuka hati untuk menerima cinta kembali. "Hati saya kini mekar dengan perasaan cinta semula. Malah saya dapat rasakan saya seperti baru mula bercinta seperti waktu remaja," katanya selepas majlis akad nikah tersebut. Menjalin cinta lebih kurang setahun, Lisa Surihani pula berkata dia bersyukur kerana Yusry merupakan satu-satunya lelaki yang boleh menjadikan dirinya lebih baik. "Selepas mengenali Yusry, saya dapat rasakan dialah lelaki yang tepat untuk bersama saya hingga ke akhir hayat. "Malah, selepas saling cinta mencintai, saya dapat rasakan kami bukan hanya suka-suka untuk terjebak dalam hubungan cinta ini, iaitu hanya untuk cuba-cuba sebaliknya mahu ianya bersatu dengan satu ikatan yang sah. "Biasanya, bila bersama orang yang kita sayang, kita mahu jadi diri sendiri. Tetapi berbeza pula bila saya bersama Yusry kerana saya rasa mahu menjadi seorang yang lebih baik lagi," luahnya sambil diperhatikan oleh Yusry. Bercakap soal anak, Yusry bagaimanapun sudah bersedia dan teruja untuk menimang cahaya mata bersama isteri tersayang. "Kami tidak merancang. Malah saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama Lisa. "Namun apa-apa pun kami berserah kepada rezeki yang Tuhan berikan," jelasnya lagi. Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini Pasangan itu bakal terbang ke Switzerland tidak lama lagi untuk destinasi berbulan madu. |
You are subscribed to email updates from kumpulan KRU - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan