Sekali tengok memang tak kenal. Dua kali tengok pun tak kenal jugak. 3 kali tengok, Abang Nara dah putus harapan nak tahu siapakah yang menghiasi muka depan majalah E&F isu 5 ini. Nasib baik ada tertera nama Alyah dan Siti Saleha. Kalau tak memang kempunan nak tahu siapakah awek 2 orang yang bergaya ala filem Avatar ini.
Memang ini adalah antara cover yang paling unik Abang Nara pernah tengok untuk majalah. Lain daripada yang lain. Kagum pun ada, pelik pun ada, misteri pun ada. Kira perasaan bercampur-baur la. Namun Abang Nara tabik kepada kreativiti editor majalah E&F ini kerana berani membuat pembaharuan.
BUKAN sekali dua suaminya terkena gosip liar dan kontroversi. Sekali lagi rumah tangga pelakon terkenal Lisdawati, 32, dan suaminya, Fauzi Nawawi, 38, berdepan dengan ujian getir apabila tersebar gosip di Internet suaminya dikatakan ada kekasih gelap, baru-baru ini.
Namun, pasangan suami isteri ini lebih suka bersikap matang dan tidak ingin cepat melatah. Mereka percaya gosip nakal terbabit hanya ingin menguji kebahagiaan rumah tangga mereka. Apapun yang terjadi, Lisda akan mempertahankan suaminya itu.
Hakikatnya, rumah tangga Lisdawati dan Fauzi yang dibina empat tahun lalu tetap bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Nur Aini Farhana, tiga tahun setengah dan Nur Aina Fazneesya, dua tahun dua bulan. Kasih mereka tambah kukuh dan persefahaman semakin menebal.
Bagi Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, dia hanya mahu menjadi isteri yang taat. Itulah bukti cinta seorang isteri terhadap suaminya yang juga ayah kepada anak-anaknya. Dalam Islam juga, seorang isteri memang dituntut untuk menjaga aib dan nama baik suaminya.
Bukan saja sentiasa berdiri teguh di belakang suami, Lisdawati cukup mengagumi bakat besar suaminya sebagai pengarah dan pelakon lagak ngeri untuk pelbagai drama dan filem. Dia juga mahu menjadi pelakon yang lasak cuma tidak mendapat peluang.
Selain itu, Lisdawati ingin mendalami ilmu lagak ngeri (stunts) yang memang sudah sebati dalam diri Fauzi, sejak dulu lagi. Fauzi sedang mengarahkan filem pertamanya berjudul Pak Pong.
"Apabila mendapat tawaran berlakon filem Pak Pong, saya berazam untuk buat dengan bersungguh-sungguh agar lakonan saya hidup. Saya sudah lama kenal Fauzi iaitu sejak dia menjadi pelakon lagak ngeri lagi. Dia memang selalu melakukan aksi berbahaya.
"Insya-Allah, saya akan buktikan kepada semua peminat, saya tidaklah 'selembut' yang mereka sangkakan selama ini. Bagi meningkatkan stamina, saya juga kerap ke gimnasium untuk bersenam demi menjayakan babak lagak ngeri dalam filem," katanya.
Berkongsi pengalamannya berlakon dalam karya sulung sentuhan suaminya itu, kata Lisdawati, dia menimba ilmu baru sepanjang penggambaran filem itu, baru-baru ini.
"Saya baru selesai menjayakan babak dalam filem Pak Pong yang membabitkan tempoh lima hari saja. Saya pegang watak jahat sebagai jin tanah dan hanya buat dua babak saja termasuk pertarungan dengan orang bunian.
"Watak saya kecil saja tapi ia tetap memainkan peranan penting dalam filem ini.
Saya juga perlu berlatih buat lagak ngeri untuk menjiwai watak berkenaan.
"Pada masa sama, saya juga ingin buktikan kepada orang, di sebalik imej lemah lembut ini, saya sebenarnya wanita lasak dan setanding dengan lelaki. Saya juga jadikan pelakon filem Underworld, Kate Beckinsale sebagai idola saya dalam lakonan," katanya.
Lisdawati juga menghadapi cabaran besar dalam menjiwai watak diserahkan dalam filem itu.
"Saya akui ia memang sukar kerana watak jin tanah itu sungguh lasak. Saya pernah terjatuh dan terhentak kepala ketika asyik belajar buat babak lagak ngeri dengan sepasukan lagak ngeri yang diketuai Fauzi selama tiga minggu.
"Saya sanggup belajar buat lagak ngeri kerana ingin nampak kuat apabila wujudnya babak pergaduhan. Ia juga percubaan pertama dan saya tak gayat apabila tergantung menggunakan kabel. Selain itu, saya juga berlatih dalam air untuk membuat salah satu aksi untuk watak jin tanah itu," jelasnya.
Mungkin ramai yang tak percaya, sekalipun Fauzi bergelar pengarah, Lisdawati tidak mendapat layanan istimewa daripada suaminya dalam filem Pak Pong.
"Suami layan sama rata semua pelakon dan kru dalam filem ini. Saya juga dimarahi Fauzi jika tidak dapat menjiwai watak jin tanah seperti dikehendakinya.
"Sebagai pengarah, Fauzi lebih tahu apa yang diperlukannya dalam filem itu. Pada masa sama, kami juga tidak ada masa nak 'berkepit' sepanjang di lokasi penggambaran filem ini kerana Fauzi sibuk bekerja menyiapkan semua babak penggambaran," katanya.
Tambah Lisdawati lagi, jika di lokasi, Fauzi adalah pengarah dan hubungan suami isteri hanya wujud di rumah saja.
"Ini kali pertama kali Fauzi mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif daripada seluruh tenaga produksi yang suka bekerja di bawah arahannya. Fauzi tidak garang tapi kelakar di lokasi. Apabila bekerja, dia sangat fokus," ujarnya.
Sementara itu, Lisdawati teruja apabila dia dan suaminya terbabit dalam segmen pembukaan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), 8 April nanti.
Kata Lisdawati, dia akan menari bersama Fauzi, Ezlynn, Maria Farida dan ramai lagi.
"Sebagai pelakon, saya anggap peluang buat persembahan pada malam kemuncak ABPBH2011 nanti satu penghargaan dalam karier seni. Maklumlah, selama ini hanya penyanyi yang selalu mendapat peluang itu.
"Kami masih berbincang mengenai konsep persembahan kami nanti," katanya yang bakal menggayakan rekaan Shila Mohamad untuk menyemarakkan lagi acara berprestij itu.
Dalam perkembangan lain, Lisdawati bakal terbabit dengan penggambaran telemovie, Ibu Tiri untuk TV3. Antara lakonannya sebelum ini adalah drama bersiri, Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima untuk TV9.
Trivia Lisdawati
Kali terakhir anda menangis? Ketika menjiwai watak dalam lakonan pada Januari lalu
Sajian kegemaran suami? Sambal tumis udang dan masak ketam
Hadiah harijadi paling mahal dihadiahkan suami? Rantai emas
Aset atau harta yang nak dibeli? Rumah banglo 10 bilik
Sifat lelaki yang paling dibenci? Penipu, pengotor dan pukul perempuan
Kalau nak diikutkan, suasana ABPBH 2011 dah lama berlalu, namun tempiasnya kadang-kadang masih lagi menyengat. Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe.
GAMBANG: 10 Mac – Lebih 3,000 penonton membanjiri Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, di sini, malam tadi.
AKSI Daing Nasir ketika mempersembahkan puisi pada Malam Puisi Riong BH-UMP 2012 di Gambang, Kuantan, malam tadi.
Acara bertema 'Menjana Minda Mentransformasi Belia: Suara Hati Generasi Muda' itu menampilkan persembahan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dengan puisi Wasiat Perjuangan dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar dengan puisi Wajah Pemuda.
Pentas Malam Puisi Riong BH-UMP dibuka dengan persembahan oleh penggiat seni Pahang, Roslan Madun, menerusi sebuah lagu puisi berjudul Inong-inong sebelum pelawak terkenal tanah air, Sabri Yunus, mengambil alih pentas sebagai pengacara majlis seterusnya menggamatkan suasana dengan mendeklamasikan puisi humor berjudul Mat Three Four.
Pentas seterusnya menyaksikan persembahan syair oleh penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004, Dr Zurinah Hassan berjudul Selamatkan Anak-anak Kita; gurindam oleh Penerima Anugerah SEA Write 2005, Abdul Ghaffar Ibrahim (Gurindam Negara Bijak) dan Teromba oleh Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Mohd Rosli Saludin (Wahai Anak Muda).
Acara dihangatkan dengan persembahan Juara Akademi Fantasia 2011, Hazama dan vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia disusuli persembahan juara rancangan realiti Imam Muda Musim Kedua, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, yang menyampaikan persembahan monolog selain persembahan penulis dan penyanyi lagu puisi, Wani Ardi.
Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi dalam acara itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMP (Akademik), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz; Penolong Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan, Prof Dr Yuserrie Zainudin dan wakil Majlis Belia Malaysia (MBM), Ifhamuddin Mohamed.
Acara yang turut mendapat kerjasama MBM dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) itu turut dianjurkan sebagai sebahagian program pengisian sambutan ulang tahun ke-10 UMP yang disambut pada tahun ini.
KUALA LUMPUR: Juara One In A Million (OIAM) musim pertama, Low Sook Wee (Suki), 21, bakal muncul menerusi drama Taiwan berjudul The Gift.
Drama yang turut menampilkan pelakon tempatan iaitu Nicholas Teo dan pelakon wanita Taiwan, Cynthia Wang itu dijadual akan disiarkan di saluran Astro pada 21 Disember ini.
Buat pertama kalinya, dia menceburi bidang lakonan di luar dari Malaysia. Suki atau menjalani penggambaran di Taiwan selama empat bulan lalu.
"Drama ini mengisahkan tentang empat orang adik-beradik perempuan. Saya melakonkan watak seorang adik perempuan bernama Ruo Yu.
"Saya hanya mencuba untuk berlakon dalam drama ini setelah mendapat tawaran daripada syarikat produksi di sana," kata Suki.
Tambahnya: "Kini, saya dapat mengembangkan prospek kerjaya saya yang tidak terikat sebagai penyanyi dan komposer sahaja tetapi saya juga sudah bergelar pelakon."
Menyentuh tentang nyanyian, penyanyi lagu Ku Teruskan dan Never Say ini sedang merancang menghasilkan album terbaru.
Buat permulaannya, dia mahu memfokuskan kepada single berbahasa Melayu.
Selain itu, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini akan menjayakan sebuah persembahan muzikal Cina di Genting Highland dalam masa terdekat ini.
Pelajar Brooklyn College ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik secara berperingkat. Bagi memudahkan pembelajaran, Suki lebih mudah belajar secara dalam talian.
[unable to retrieve full-text content]TERLALU MENCINTAIMU - <b>SUKI OIAM</b> - ku CoRetkAn Kata yAng <b>...</b>. Posted: 25 Mar 2012 09:45 AM PDT. Sakit, perih, menusuk hatiku. Saat kamu ucap kata itu. Ku hanya bisa meneteskan air mata ...
#anyway, kiteorg gi Laman Santai last week awww... tp x de mood nk update blog :) Now baru aku nk citer kaannn ... huhu (n_n)
Seperti biasa, setiap hari sabtu kiteorg akn pergi Laman Santai .. Alaaa saje2 nk lepak annn ..
Tapi malam nie meriah sikit sbb bnyk artis2 baru yg dtg... alaaa yg dtg cume Suki OIAM , Klangit ,
Zahid and Mohammad.. tp ade jgak pelakon yg menyelit dtg .. hihi :) ala pelakon yg dtg just Man Raja 5 Lawak and Anita Baharom :) Okay.. now krg tgk gmbr jee la ae ?? mls plak nk bercerite !! hehe
Me and Suki OIAM :)
Me and Anita Baharom !!!
#adik tuh pun nk snap gmbr sama2 jugak .. hihi (n_n)
Adik and Man Raja Lawak 5 :)
#before snap gmbr.. adik aku akn bace doa ..
kbaaiiiii :) jumpe next time ye artis2 Malaysia ... hihi !!!
Filem Bunohan berlatarkan sebuah kampung di Kelantan. Bunohan mengisahkan tiga adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit.
Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.
Pelakon Utama Bunohan: Faizal Hussein, Zahiril Adzim
Trailer Bunohan
Sinopsis filem Bunohan lakonan Faizal Hussein, Zahiril Adzim @ Lirikami