Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Lancar Koleksi Bukan Denim — Levi&#39;s Pilihan <b>Fizo Omar</b> Sejak <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 07:53 AM PST

Rasanya bukan Fizo Omar seorang sahaja yang mengidamkan untuk menyarung jeans Levi's® ketika zaman muda remaja — ianya satu jenama idaman semua orang.

Bercakap dalam satu majlis memperkenalkan koleksi bukan denim pertama Levis® 501® di Bangsar baru baru ini, Fizo Omar mengakui yang beliau mengenakan jeans Levi's® sejak di bangku sekolah lagi.

"Selain selesa untuk di'pakai, saya sukakan jeans Levi's® kerana ia mudah di'gayakan untuk apa apa situasi sekali pun"

Jenama Levi's® akan menyambut ulangtahun ke 140 menjelang musim Bunga/Panas 2013 ini untuk jeans ikonik 501® dengan memperkenalkan koleksi Levi's® 501® bukan denim buat julung kalinya.

Walaupun berganjak daripada tradisi denim, koleksi bukan denim Levi's® 501® ini masih mengekalkan identiti produk & boleh di'dapati dalam rona true chino, chalk blue dan mineral red.

#01 Levi's Jadi Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja - ROTIKAYA

Dalam majlis yang sama, Fizo Omar turut memberikan beberapa cadangan fesyen peribadi yang beliau rasakan sesuai di'kenakan oleh lelaki masa kini termasuk berani untuk bereksperimen dengan warna.

"Lelaki sekarang lebih berani untuk bermain dengan warna lembut sebagai contoh merah jambu & saya sendiri suka untuk gayakan rona tersebut untuk tampil lebih yakin"

Sesuai dengan apa yang di'perkatakan oleh Fizo Omar, rekaan terkini Levi's® 501® kerap beransur ubah dan diadaptasikan mengikuti perubahan setiap generasi baru tanpa menjejaskan identiti warisannya yang tersendiri.

#02 Levi's Jadi Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja - ROTIKAYA

Rekaan moden pada koleksi bukan denim Levi's® 501® kelihatan dengan elemen menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk memuatkan telefon pintar terkini — elemen yang penting di zaman sekarang ini.

Koleksi bukan denim Levi's® 501® boleh didapati di kedai-kedai bermula Februari 2013 pada harga antara RM299 hingga RM399. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi's®.

Gambar Kekasih <b>Fizo Omar</b>, Cantik!

Posted: 03 Feb 2013 05:30 PM PST

Jeng-jeng. Jangan menangis gadis yang meminati pelakon kacak, Fizo Omar. Dia kini dikhabarkan melalui portal mStar semalam sudah menemui kekasih hati berasal dari Kedah. Walaupun dalam proses berkenalan hati budi rasanya mereka berdua memang sesuai dan sama padan. Nama wanita itu adalah, Haas Jaafar berusia 25 tahun dan masih lagi menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan). Dulu Fizao dengan Haas hanya lah rakan biasa selama bertahun-tahun namun kini bercinta sejak 3 bulan yang lalu.

Berita lain adalah Fizo kini merupakan seorang ahli perniagaan makanan segera, Hot Burger, dan sudah mempunyai 30 buah gerai cawangan kurang dari setahun, tahniah untuk kedua-dua berita baik ini.

Tag: , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin

Posted: 03 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Pelakon Intan Ladyana menafikan gosip yang mengatakan bahawa hubungannya dengan Yana Samsudin kini sedang dingin sehingga dia menolak tawaran untuk digandingkan bersama dengan aktres tersebut dalam sebuah drama.

Malah Intan Ladyana berkata, hubungannya dengan pelakon filem Adnan Sempit itu memang tidak pernah rapat dan dia masih lagi mengekalkan hubungan seperti itu dengan Yana Samsudin sehingga kini.

"Saya terkejut dengar cerita ini sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah setakat ini. Jadi, bagaimana cerita begini boleh timbul? Memang selepas drama Bini Bini Ku Perkasa saya telah diminta untuk berlakon di bawah drama syarikat produksi lain oleh syarikat produksi naungan saya iaitu Metrowealth (MIG).

"Saya tidak tahu pula kalau ada produser yang mahu kami berganding bersama selepas Bini Bini Ku Perkasa. Apa yang saya tahu sekarang ini saya sedang terikat dengan drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk RTM.

"Saya rasa tidak wujud apa-apa masalah di antara kami kerana saya dengan Yana bukan tidak mahu menjalinkan hubungan yang baik tetapi memang kami tidak pernah rapat. Malah bukan dengan dia sahaja tetapi dengan artis lain juga begitu kerana saya tiada masa untuk melepak bersama mereka," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan hubungan mereka berdua renggang dan wujud perselisihan faham apabila kedua-duanya mengelak untuk digandingkan bersama dalam sebuah drama setelah selesai penggambaran drama Bini Bini Ku Gangster

Intan yang kini sedang menjalani penggambaran drama Mencintaimu sebanyak 26 episod itu bakal muncul dalam sebuah filem terbitan MIG berjudul Pada Suatu Ketika Dahulu pada 21 Februari depan.

<b>Intan Ladyana</b>: Malam Preview Filem Pada Suatu Cinta Dahulu

Posted: 26 Feb 2013 11:06 PM PST

Sekitar malam Preview Filem Pada Suatu Cinta Dahulu pada 18Feb lepas..
terima kasoih banyak pada yang sudi hadir dan sentiase menyokong kerjaya
kite selama ini..kite sangat terharu..
semoga selepas ini kite semua dapat berkumpul lagi :))













Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Sedia Hilang Peminat Demi Kelainan - Gua.com.my

Posted: 28 Feb 2013 09:01 PM PST

Berani tampil dengan genre yang berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia bersedia kehilangan segelintir peminat jika ada yang tidak menyukai konsep rock elektronik yang ditonjolkan.

"Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ketiga ini. Kalau boleh memang saya berharap dapat mengekalkan peminat sedia ada, tapi apabila kita buat sesuatu yang baru, tidak semua akan gemarkannya. Bagaimanapun, saya mungkin mendapat peminat baru yang sukakan genre ini," ujar Faizal Tahir ketika ditemui pada program boot camp bersama peminat baru-baru ini.

Berkerjasama dengan Audi Mok,Omar K dan Mike Chan, menurut Faizal album ketiganya itu sangat berisiko tinggi untuk dipasarkan. Namun, penyanyi ini percaya setiap perkara yang berisiko tinggi pasti mempunyai pulangan yang setimpal.

Mengulas tentang program 'Boot Camp – The Edge and The New Marketing Strategy of Promoting the Album' yang diadakan baru-baru ini, Faizal menjelaskan program itu diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea-idea kreatif bagi memantapkan strategi pemasaran albumnya itu.

Program yang memperlihatkan pelajar-pelajar universiti seluruh negara berkongsi idea-idea kreatif ini dianggap berjaya kerana mereka hanya diberi waktu yang sangat singkat untuk membuat persediaan.

"Kebanyakan pelajar-pelajar ini membentangkan idea-idea yang umum. Namun,saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Saya sedar, sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam industri muzik, saya harus meluangkan lebih banyak masa dengan mereka untuk menerangkan situasi sebenar industri muzik sekarang ini," ujar Faizal yang turut menyatakan bahawa idea untuk mengadakan program ini hanya datang beberapa minggu sebelum program ini dijalankan.

Tambah Faizal, dia suka dengan idea daripada satu kumpulan yang menyarankan Faizal agar mempromosikan albumnya ke seluruh negara.

"Sesi jelajah bagi mempromosikan album telah lama hilang dalam industri. Ia merupakan perkara asas tetapi tidak mudah dilaksanakan. Kebelakangan ini hanya Yuna dan kumpulan Hujan yang saya lihat telah menggunakan pendekatan ini untuk mempromosikan album mereka", ujar Faizal lagi.

Faizal turut percaya bahawa setiap idea yang baik harus sejajar dengan bajet bagi melaksanakan idea tersebut dengan jayanya.

Untuk makluman, album ketiga Faizal dijangka berada di pasaran sekitar bulan Mac ini.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Vote : <b>Elfira Loy</b> VS Julia Perez, Siapa Pilihan Anda? | OHBULAN!

Posted: 11 Dec 2012 04:05 PM PST

Mungkin agak keterlaluan apabila kami membandingkan kedua selebriti ini. Tapi, adakah anda perasan bahawa Elfira Loy, 18, dan Julia Perez, 32, mempunyai paras wajah yang hampir serupa?

Melalui pemerhatian OHBULAN!, bulu kening dan juga potongan rambut kedua selebriti ini hampir sama. Jika dilihat dari bentuk senyuman mereka, memang saling tak tumpah. Cuma, perkara yang memang dan mungkin tidak akan serupa ialah potongan badan mereka berdua. Ya, yang itu.

Bagi OHBULAN!, walaupun kedua mereka mempunyai paras wajah yang hampir serupa, namun wajah Elfira lebih lembut dan tenang bila dipandang. Ini cuma pendapat OHBULAN!, tak tahu pula bagaimana dengan anda.

Terbaru, Elfira Loy bakal muncul dalam rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan disiarkan penghujung Disember 2012. Manakala, Julia Perez pula melalui sebuah blog hiburan tempatan dilaporkan bakal muncul dalam filem arahan Murali Abdullah berjudul 'Sumpahan Malam Pertama'.

Lupakan sebentar segala gosip mengenai kedua pelakon ini. Jika disuruh pilih, siapakah yang akan menjadi pilihan anda? Dan apa pula komen anda sebagai pembaca?

P/s : Bukan senang nak cari gambar Jupe yang senonoh.

Tags: , , , , , ,

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Cerita Artis: <b>Ramlah Ram</b> Tidak Rasa Susah Bawa Gelaran Janda

Posted: 19 Feb 2013 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak terganggu dengan status janda yang digalasnya selama hampir tiga tahun. Sebaliknya, Ramlah, 47, berkata, kehidupan itu membolehkan dia memberikan tumpuan penuh pada kerjaya dan keluarga. "Saya tidak rasa susah pun (bergelar janda). Saya reda dengan apa yang sudah terjadi (perceraian) dan lalui kehidupan seperti biasa. "Kerjaya saya sibuk jadi tidaklah berasa sunyi sangat. Lagipun saya banyak isi masa bersama ibu dan keluarga," katanya kepada mStar Online. Ramlah ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Aspirasi Hati bertempat di Neway Karaoke Box di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di sini, petang Selasa. Pada majlis sama, kelab peminat Ramlah Ram Group (RRG) turut meraikan sambutan hari lahir ke-47 penyanyi dari Muar, Johor itu yang jatuh pada Selasa. Ramlah dan bekas suami Kamal Roslim, seorang Penerbit Sukan RTM bercerai pada 20 Mei 2010. Mereka berkahwin pada 3 November 2000 di Muar, Johor. Diusik mengenai pengganti, Ramlah berkata, pada usia mencecah lewat 40-an dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. "Bukan kata sudah serik (kahwin semula) cuma saya tak nak fikirkan. Kalau ada, adalah. "Siapa kita untuk kata tidak kalau esok lusa ada jodoh baharu pula," luahnya yang mengakui lebih berhati-hati dalam mengenali lelaki susulan keretakan rumah tangga lalu. Beralih pada album, Ramlah berkata, dia berasa sebak dan terharu dengan usaha kelab peminatnya yang bersungguh-sungguh menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000 itu. "Ini (album) adalah hasil usaha peminat yang bersungguh-sungguh dan ikhlas menyiapkan segala-galanya. "Saya terharu dan sebak dengan hasrat mereka yang mahu saya mengeluarkan album selepas tiga tahun. "Saya tidak ambil keuntungan album ini nanti tetapi dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang," terangnya. Album yang memuatkan 12 trek lagu itu dipasarkan sejak November tahun lalu edaran FMC. Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang menampilkan kumpulan SleeQ, Takdir Cinta duet bersama protegenya Ana Syuhada, Seandainya dan 5:00 Minit menampilkan penyanyi rap Caprice yang sedang popular di corong-corong radio.

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Blog Gadis Kampung: <b>FIDA IBRAHIM</b> MENJAUHKAN DIRI DARI <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 10:20 PM PST

Sebelum ini hangat mengatakan zalif bercinta dengan Fida penyanyi "apo kena eh jang"..GK tengok fida nie bagus la..dia memilih pakwe bukan kerana rupa tapi Fida lebih selesa memilih lelaki yang kelakar...sebelum ini mamat sepah sekarang nie mat saja pulak(watak dalam bini-bini ku gangster)..
Apa-apa pun GK nak ucapakan tahniah semoga berkekalan...

 Tapi adatlah dalam bercinta baru-baru nie GK terbaca kat Ohbulan yang Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 26 telah diserang oleh seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanita Zalif Sidek dan berikutan insiden tersebut, Fida dikatakan telah mula menjauhkan diri serta enggan membalas BBM (mesej BlackBerry) yang dihantar oleh pelakon lelaki tersebut.
Pihak OHBULAN! telah mendapatkan Zalif dan bertanyakan lebih lanjut mengenai status terkini hubungannya dengan Fida.Adakah mereka masih berkawan ataupun sudah membawa haluan masing-masing?"Status saya dengan Fida masih lagi berkawan baik seperti mana saya berkawan dengan orang lain. Walaupun saya tahu sekarang ini dia banyak berdiam diri, tetapi saya tetap akan tegur dia kalau kami terserempak di mana-mana majlis.""Saya tidak akan bermusuh dengan dia. Saya akui setiap orang mempunyai kesilapan dan kami pun masing-masing ada buat salah.""Mungkin kami baru sahaja berkawan, jadi saya belum sempat nak berterus terang dekat dia semua perkara yang pernah saya lalui sebelum ini. Dengan siapa saya berkawan dan dengan siapa saya pernah rapat, semua itu saya belum sempat nak kongsi sebab masing-masing sibuk bekerja.""Mungkin ini adalah pengajaran buat saya untuk tidak terlalu terbuka menceritakan kepada umum mengenai hubungan rapat kami."

(Video) Zalif Sidek & <b>Fida Ibrahim</b> Sudah Berbaik? |

Posted: 27 Dec 2012 05:30 PM PST

Gosip cinta antara Zalif Sidek dan Fida Ibrahim memang menjadi bualan hangat dan tambah panas lagi dengan gosip kononnya Zalif ada perempuan lain selain Fida. Eh kalau tak bercinta mana datangnya istilah orang ketiga tu kan.. Keliru jugak ni. Jom kita tanya Zalif sendiri tentang sejauh mana hubungannya dengan Fida dan juga perempuan misteri tu.. Jeng jengg jenggg…..

PENJELASAN &#39;INAI DIJARI&#39; <b>FIDA IBRAHIM</b> | AMMBOI DOT COM

Posted: 27 Jan 2013 06:00 PM PST

Penjelasan 'Inai Dijari' Fida Ibrahim | Ada yang tertanya-tanya mengenai inai dijari Fida Ibrahim. Ada yang beranggapan pelakon dan penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang versi 2012 itu akan atau bakal melangsungkan perkahwinan. Bagaimanapun Rafidah Ibrahim (Fida) tampil menjelaskan, kewujudan inai di setiap kuku tangannya bukan sebagaimana yang dimaksudkan.

Menerusi akhbar Utusan Malaysia, Fida berkata dia suka melihat wanita memakai pewarna kuku, bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita Muslim. Lalu dia pilih untuk memakai inai di kesemua kuku tangan, selain cantik ia juga mampu menaikkan lagi seri kuku

fida

Sudah mengenakan inai sejak hujung tahun lepas, menurut Fida bagi memastikan inai nampak selalu cantik di kukunya, dia akan memastikan untuk memakainya seminggu sekali.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • apa kono eh jang (1)
  • kuku fida ibrahim (1)
  • gambar fida inai (1)
  • fidah ibrahim malaysia (1)
  • fida satin (1)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 05:45 PM PST

tiz

Semua sedia maklum pelakon berbakat, Tiz Zaqyah kini sudah pun menemui pengganti Remy Ishak dan jejaka yang dimaksudkan itu adalah rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Danial Haziq.

Sewaktu bertemu di acara tayangan perdana drama bersiri "Cinta Jangan Pergi," Tiz Zaqyah akui kini dirinya semakin bahagia bersama jejaka tersebut dan meminta agar pihak media tidak bertanya lagi kisah silamnya bersama bekas kekasih.

"Ya. Sekarang saya sedang bahagia. Doakan sahaja kebahagiaan ini dan jangan pusing-pusing belakang lagi."

Dalam pada itu, Tiz turut menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya Danial Haziq adalah punca keretakan hubungannya bersama Remy Ishak.

"Eh taklah. Saya tak pernah keluar atau jumpa dengan dia sepanjang saya bersama Remy Ishak. Sewaktu berpisah dengan Remy, berbulan juga saya ambil masa untuk memulakan hubungan bersama kekasih yang baru ini.

"Buat masa sekarang saya memang tak ada sebarang perancangan untuk berkahwin sebab nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Lagipun saya muda lagi, Oktober ini baru masuk 25 tahun," ujar Tiz sambil tergelak.

Ketika diajukan soalan apakah perasaan Tiz apabila melihat foto-foto Remy bersama Maya Karin, aktres ini hanya mampu tersenyum dan merasa gembira dengan perkabaran tersebut.

Selain itu, aktres ini turut akui merasa sukar untuk berlakon bersama Remy Ishak kerana sewaktu penggambaran drama "Cinta Jangan Pergi" hubungan mereka baru sahaja berakhir.

"Semuanya OK. Sebab kerja, jadi saya bersikap profesional sahaja. Tapi saya akui memang susah nak berlakon dalam drama ini sebab hubungan kami pada ketika itu baru sahaja berakhir. Tipulah kalau saya cakap tak susah," komen Tiz mengenai lakonannya bersama Remy.

Untuk makluman, Tiz bakal muncul dengan drama terbarunya bersama Remy Ishak berjudul "Cinta Jangan Pergi." Drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam. Sekiranya anda ingat melihat sejauh manakah sikap profesional Tiz dan Remy, jangan lupa saksikan drama bersiri ini.

Tags: , ,