Nuffnang

Khamis, 14 Mac 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Enggan Ungkit Kisah Silam Bersama Remy Ishak <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 05:45 PM PST

tiz

Semua sedia maklum pelakon berbakat, Tiz Zaqyah kini sudah pun menemui pengganti Remy Ishak dan jejaka yang dimaksudkan itu adalah rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Danial Haziq.

Sewaktu bertemu di acara tayangan perdana drama bersiri "Cinta Jangan Pergi," Tiz Zaqyah akui kini dirinya semakin bahagia bersama jejaka tersebut dan meminta agar pihak media tidak bertanya lagi kisah silamnya bersama bekas kekasih.

"Ya. Sekarang saya sedang bahagia. Doakan sahaja kebahagiaan ini dan jangan pusing-pusing belakang lagi."

Dalam pada itu, Tiz turut menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya Danial Haziq adalah punca keretakan hubungannya bersama Remy Ishak.

"Eh taklah. Saya tak pernah keluar atau jumpa dengan dia sepanjang saya bersama Remy Ishak. Sewaktu berpisah dengan Remy, berbulan juga saya ambil masa untuk memulakan hubungan bersama kekasih yang baru ini.

"Buat masa sekarang saya memang tak ada sebarang perancangan untuk berkahwin sebab nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Lagipun saya muda lagi, Oktober ini baru masuk 25 tahun," ujar Tiz sambil tergelak.

Ketika diajukan soalan apakah perasaan Tiz apabila melihat foto-foto Remy bersama Maya Karin, aktres ini hanya mampu tersenyum dan merasa gembira dengan perkabaran tersebut.

Selain itu, aktres ini turut akui merasa sukar untuk berlakon bersama Remy Ishak kerana sewaktu penggambaran drama "Cinta Jangan Pergi" hubungan mereka baru sahaja berakhir.

"Semuanya OK. Sebab kerja, jadi saya bersikap profesional sahaja. Tapi saya akui memang susah nak berlakon dalam drama ini sebab hubungan kami pada ketika itu baru sahaja berakhir. Tipulah kalau saya cakap tak susah," komen Tiz mengenai lakonannya bersama Remy.

Untuk makluman, Tiz bakal muncul dengan drama terbarunya bersama Remy Ishak berjudul "Cinta Jangan Pergi." Drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 mulai 6 April ini pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam. Sekiranya anda ingat melihat sejauh manakah sikap profesional Tiz dan Remy, jangan lupa saksikan drama bersiri ini.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan