Nuffnang

Isnin, 8 April 2013

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 01:44 PM PDT


SOFIA, BUNKFACE, <b>JINBARA</b> KONSERT DI UiTM SHAH ALAM <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 05:30 PM PST

SHAH ALAM 8 Mac - Buat julung kalinya, para peminat muzik tanah air berpeluang untuk melihat persembahan kumpulan rock dari tiga era dalam satu konsert yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam pada 13 Mac ini.
Para peminat akan berpeluang untuk kembali menyaksikan kehebatan persembahan kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia muzik tanahair dengan lagu-lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan iaitu Sofea.
Sofea yang juga dikenali dengan nama SYJ akan berganding dengan kumpulan Jinbara yang popular dengan lagu Resah, Farhana, Patah Pusing, Nilai Cinta,
Jerangkung Bernyawa sekitar tahun 2000-2005
Selain itu, Konsert Di hatiku yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut akan dijayakan oleh kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu Revolusi dan Situasi.
Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah, ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas lebih 100 pelajar fakulti tersebut.
"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket berkenaan mula dijual dua hari lepas.
Jelas beliau, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8, Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.
Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805. - UTUSAN Online

Jika mahu sebar artikel ini sila klik "Blog This" setelah itu artikel terus masuk kedalam blog anda,pastikan blog anda sudah 'Log In'


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 01:26 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2012 01:54 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 01:39 PM PDT


Showcase <b>Kumpulan JINBARA</b> KOLABORASI MENTAL | Sensasi <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 01:18 AM PDT

JINBARA KOLABORASI MENTAL DAN SHOWCASE JULAI INI

Kumpulan yang tidak asing lagi, Jinbara, kini muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul "KOLABORASI MENTAL"! Sebagai kumpulan yang memperjuangkan genre rock klasik, mereka pernah mencatat jumlah muat turun 'ringbacktones' tertinggi dengan angka melebihi 1.5 juta!

Melalui album kali ini, Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini. KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini! Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah dua buah lagu ciptaan Allahyarham Andi Rahman bertajuk "Biru Mata HitamKu" dan "Hilang". Lagu "Biru Mata HitamKu" adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Papa Rock, Ramli Sarip, manakala lagu "Hilang" dinyanyikan secara solo oleh Cepot.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu malar segar yang sangat dikenali, bertajuk "Oh Mama Saya Mahu Kahwin". Lagu ini dinyanyikan oleh Tia, vokalis Jinbara, bersama artis baru yang sangat dikenali dengan lagu "Pulanglah", Awi Rafael.

KOLABORASI MENTAL turut memuatkan sebuah lagu baru bertajuk "Chinta", hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan hit "Kasihnya Laila". Lagu "Chinta" pula adalah hasil kolaborasi Jinbara bersama Cidin, vokalis kumpulan Taxi, sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit musim ke3.

Single pertama Jinbara menerusi album ini adalah sebuah lagu bertema cinta, yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, bertajuk "Milik Siapakah Gadis Ini".

Lagu ini adalah gandingan mantap antara Tia bersama Fiq, di mana kedua-duanya memiliki vokal yang unik dan hebat. Paduan suara yang padu ini bagaikan 'menyuntik' unsur 'rock', lantas memberi kelainan kepada penyampaian lagu ini.

Sejak dirilis Mac lalu, lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" mula mendaki carta radio. Setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari oleh peminat muzik tanah air!

MILIK SIAPAKAH GADIS INI
Senilagu : M. Nasir
Senikata : Siso
Hakcipta Senilagu & Senikata : Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakah kan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam…

Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam KOLABORASI MENTAL:

1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
4. Hilang (Jinbara)
5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Jinbara dan Fiq baru sahaja menjalani sesi penggambaran video muzik "Milik Siapakah Gadis Ini" pada Ahad, 17hb Jun 2012 yang lalu. Sesi pengambaran yang mengambil masa lebih kurang 6 jam ini melibatkan dua lokasi, iaitu bertempat di Dot-Life Studio, Wangsa Walk dan di perkarangan Wangsa Walk. Pengambaran ini bermula dari jam 1 tengah hari dan berakhir pada jam 7 malam.

Pembikinan video muzik ini adalah di bawah arahan Khairul Hazwan, oleh produksi Rotikaya Entertainment. Pakaian yang digunakan sepanjang sesi pengambaran ini pula adalah tajaan Kos Serani Design & Collections.

SHOWCASE JINBARA

Showcase Kumpulan JINBARA KOLABORASI MENTAL

Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara ini juga, sebuah 'showcase' akan diadakan pada tanggal 6hb Julai 2012 ini. Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL, juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan. Selain itu, khas buat para peminat JINBARA, "Milik Siapakah Gadis Ini" akan ditayangkan secara ekslusif pada 'showcase' ini nanti!!

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Media Shah Alam – PHOTO TERKINI <b>KUMPULAN JINBARA</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 08:35 PM PDT

Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan, Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,

See more here:
PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK

Penjenamaan <b>Jinbara</b> › Saluran Selebriti dan Artis Sensasi

Posted: 30 Aug 2012 03:55 PM PDT

Cerita Artis Selebriti Malaysia hari ini,

DIAM bukan bererti menyepi. Diam-diam kumpulan yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara, mereka sebenarnya ligat mempromosikan jenama 'Jinbara' dengan memberi peluang kepada peniaga muda di Kampung Kemensah, Hulu Klang, untuk berniaga melalui bantuan diberikan.

Menurut mereka, inisiatif ini dilakukan sebagai usaha membantu mengangkat nama Kampung Kemensah yang mula terkenal sejak kumpulan terbabit membuka pusat rekreasi iaitu Rimba Jinbara tujuh tahun lalu.

Masing-masing ligat mencari idea bagi mempertahankan Jinbara dengan membuktikan walaupun tanpa kehadiran album baru, mereka masih bergerak aktif.

Bagi pengasas projek, Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, peluang itu dilakukan bukan saja untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, malah ia sebagai bantuan yang diberikan kepada mereka memerlukan selain anak kampung dan juga ibu tunggal.


Katanya, selain bantuan pekerjaan kepada beberapa ibu tunggal yang terpilih sepanjang bulan puasa lalu berniaga di bazar Ramadan, mereka juga sedang berjinak-jinak mengembangkan produk daripada makanan kini menjual aksesori wanita dan bakal menghasilkan pakaian tidak lama lagi.


"Untuk projek ini saya bekerjasama dengan Mohd Nizam Mohd, 36, atau Aqin dan kami baru saja membuka gerai jualan di Uptown Rampai Business Park, Kuala Lumpur. Sebagai permulaan kami menjual aksesori keperluan wanita dan insya-Allah jika berjaya kami akan mengeluarkan pelbagai produk atas nama Jinbara.

"Pastinya semua ini memerlukan modal yang besar dan perniagaan pula dijalankan oleh anak kampung yang terpilih justeru kami berharap segala-galanya berjalan lancar. Mungkin ada beranggapan kami sangat berani memberikan orang lain menguruskan perniagaan, bagi saya sebagai peniaga pastinya ada untung rugi dan segala yang kami berikan atas rasa kepercayaan jika ditakdirkan ditipu oleh mereka yang dibantu, saya anggap itu salah satu risiko yang perlu ditanggung," katanya.

Bukan saja Cepot dan Aqin, Abd Halim Hassan, 43, atau Anjang juga turut ligat melakukan perkara yang sama di mana baru-baru ini dia memberi dana kepada tujuh ibu tunggal di Shah Alam berniaga Nasi Ayam dan Ayam Penyet Jinbara di bazar Ramadan sekitar Shah Alam.

Katanya, minat membantu mereka timbul sejak dia menyertai Sukarelawan Kota Anggerik, Shah Alam di mana banyak masalah kewangan dihadapi beberapa ibu tunggal dan kurang mendapat perhatian pihak tertentu menarik perhatiannya.

"Setiap kami punyai cara masing-masing untuk mempromosikan jenama Jinbara, walaupun tidak tampil dengan lagu baru kami dengan cara yang kami lakukan diharap dapat terus mengekalkan ingatan peminat kepada kami. Walaupun masing-masing punya cara sendiri, matlamat kami tetap sama iaitu membantu mereka yang memerlukan di samping mengukuhkan nama Jinbara. Saya berharap projek membantu ibu tunggal pada Ramadan tahun depan akan lebih terbuka luas dan mencerahkan lagi peluang kami untuk bekerja keras dan sentiasa diingati peminat," katanya.

Selain Cepot, Aqin dan Anjang, Jinbara yang turut dianggotai oleh Shamsul Bakhtiar Zakaria, 42, (Tiar) dan Ahtan Shahrin Sabudin, 34, (Ahtan) sedang sibuk mempromosikan kompilasi lagu duet mereka bersama Fiq Mentor, Milik Siapakah Gadis Ini lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Bagi Tiar dan Ahtan walaupun tidak terbabit secara langsung dalam projek penjenamaan kumpulan Jinbara mereka tetap memantau dan menyokong apa saja aktiviti yang dilakukan.

"Saya menyokong setiap pembabitan dilakukan mereka asalkan ia membawa kebaikan kepada kami semua. Sepanjang Ramadan lalu saya tidak terbabit dengan mana-mana kerja dan hanya menghabiskan masa menguruskan anak-anak yang sedang membesar dan insya-Allah selepas ini kami semua akan sibuk dengan promosi album Kolaborasi Mental yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi," kata Tiar.

Pada Ahtan, semangat menaikkan nama Jinbara adalah peluang baik untuk mereka sama-sama mempertahankan kumpulan ini supaya tidak berkubur. Kewujudan Rimba Jinbara secara tidak langsung menjadikan mereka duta, sekali gus menarik perhatian peminat untuk berkunjung ke pusat riadah berkenaan.

"Sebagai salah seorang ahli kumpulan ini, pastinya saya menyokong penuh apa juga yang dilakukan oleh teman lain asalkan ia membawa kebaikan kepada semua. Mungkin saya tidak mampu menolong daripada segi modal dengan sokongan moral yang diberikan diharap Jinbara akan terus bertahan dan bertakhta di hati peminat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Incinerating Assange - The Liberal Media Go To Work.

Continued here:
Penjenamaan Jinbara

Related Posts with Thumbnails

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


New Video: <b>Bunkface</b> – Prom Queen | The Wknd - Indie music from <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2010 01:45 AM PST

Posted on 18 February 2010 by The Wknd, . Tags: , ,

Having released it as a myspace single in mid 2009, Bunkface recently released their official music video for Prom Queen. Directed by Filipino music video director Raffy Fransisco (also directed some 'special interest' movies).

Watch their performance on The Wknd Sessions here.


Tags: , ,
Category: News
 

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b>: jangan Ada - adakan cerita ~ Mee String

Posted: 28 Mar 2013 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2013: Susulan daripada entri Murai Batu mengenai gosip bahawa kononnya Zizan Razak telah ditamatkan kontraknya sebagai duta kepada jenama sukan permotoran M7 dan juga minuman tenaga Drive lebih awal daripada tarikh sepatutnya, portal Murai cuba mendapatkan komen daripada pelawak, pelakon serta pengacara popular ini.

Dalam perbualan secara ringkas , Zizan nyata terkejut dan kurang senang dengan cerita sebegitu yang dianggapnya sebagai tidak berasas.

Zizan juga turut mengingatkan pihak tersebut supaya tidak mengada-adakan cerita yang boleh merosakkan reputasinya. Malah, dia baru sahaja menyambung kontraknya dengan M7 pada hujung minggu lalu di Johor Bahru.


"Kadang-kadang saya hairan kenapa ada pihak-pihak tertentu cuba mengadakan cerita yang pada saya tidak berasas. Mana mereka tahu kontrak saya ditamatkan. Lagi-lagi yang bercerita pula bukan daripada orang M7 sendiri.

"Jangan nak pandai-pandai kalau mereka sendiri tidak terlibat dan tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya agak kecewa bila dengar perkara macam ni, tolonglah ubah persepsi anda,"jawab Zizan dalam nada tegas membicarakan tentang kontraknya bersama jenama M7.

Bintang yang dihasilkan daripada rancangan realiti Raja Lawak itu memberitahu bahawa kontraknya dengan M7 baru sahaja diperbaharui selama setahun. Ini merupakan tahun kedua dia menjadi duta dan jurucakap kepada jenama tersebut.

"Kepada mereka yang membuat cerita tersebut, saya nak tahu dari mana mereka mendapat sumber itu. Untuk pengetahuan ramai, pihak M7 telah menyambung kontrak mereka dengan saya untuk satu tahun lagi.
"Alhamdulillah masih ada rezeki saya dengan M7 dan kepada mereka-mereka yang bercakap tu saya mintak tolong pastikan cerita mereka tak memberi kesan kepada orang yang mendengar,"tambahnya lagi yang sedang sibuk di set penggambaran filem Abang Long Fadil ketika dihubungi.

Murai

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Konflik "<b>Syamsul Yusof</b>" Berakhir Dgn Drama Air Mata.. | dairishare

Posted: 07 Mar 2013 03:16 PM PST


PETALING JAYA: Penerbit Datuk Yusof Haslam menyifatkan perbalahan yang berlaku diantaranya dengan Syamsul sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa bulan sebelum ini merupakan satu hikmah dan pengajaran yang perlu mereka dua beranak fahami.
Yusof berkata, sebagai seorang ayah, dia sedar bahawa peredaran zaman telah mengubah cara anak-anak muda zaman kini berfikir dan mungkin tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik mahupun menegur mereka.
"Konflik yang berlaku antara saya dan Syamsul baru-baru ini telah menyedarkan saya bahawa zaman telah berubah. Budak-budak remaja berfikir lebih matang berbanding zaman dahulu dan saya kena faham tentang perkara itu.

"Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang ini. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat
kami," katanya.

Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu.

Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepadanya yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahan Syamsul.

Bagaimanapun, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan.
Tambah Yusof, dia juga berharap agar segala masalah antaranya dengan Syamsul dapat dibincangkan dengan baik tanpa memendam perasaan.

"Baik seorang anak atau ayah, jangan pendam perasaan kerana ia akan timbul macam-macam andaian.
"Apabila berbincang, konflik yang besar dengan mudahnya dapat diselesaikan," ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai seorang anak, mereka kena faham bahawa dalam hidup perlu ada disiplin selain hormat.http://mstar.com.my/

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


<b>Mila Jirin</b> Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabangsa | MummyNemo

Posted: 06 Apr 2013 08:30 PM PDT

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

mila jirinDalam pada senyap daripada sebarang publisiti mahupun gosip hangat, Juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin khabarnya telah disunting oleh jenama produk kecantikan antarabangsa.

Khabarnya, Mila baru-baru ini telah menghadiri sesi fotografi dan video eksklusif bagi menjayakan kempen terbaru jenama yang beribu pejabat di Amerika Syarikat itu.

Menurut sumber ,kempen kecantikan yang menggunakan wajah Mila itu akan mula disiarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi bagi menarik lebih ramai wanita menghargai kecantikan wajah.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Menurut sumber, bukan sahaja Mila, malah ada beberapa selebriti popular lain daripada pelbagai bangsa yang telah dipilih bagi menjayakan kempen berkenaan.

Ini bermakna, kehadiran Mila dalam kempen berkenaan adalah untuk menarik peminat berbangsa Melayu dan mereka yang seusia dengan penyanyi Aku Lebih Tahu itu.

Malah portal murai.com.my, perhatikan pemilihan Mila bertepatan sekali kerana dia sememangnya memiliki kulit wajah yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat.

Maka tidak hairanlah jenama antarabangsa berkenaan memilihnya untuk memperkenalkan variasi produk kecantikan terkini untuk kulit wajah wanita Asia masa kini.

Incoming search terms:

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Dunia Kecil: Lirik Lagu Angin Syurga - <b>Misha Omar</b>

Posted: 14 Mar 2013 04:00 PM PDT

Assalamualaikum,

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


<b>Kilafairy</b> Dah Pandai Demand?

Posted: 05 Mar 2013 02:42 AM PST

SATU perkara yang menampakkan kematangan seseorang insan adalah bagaimana dia menghormati manusia dan persekitaran di sekelilingnya. Malang sekali, ada kata-kata kurang enak yang terdengar perihal sikap artis muda yang dikenali sebagai Kilafairy ini apabila dikatakan tidak menghormati profesion pihak media terutama jurufoto profesional sesebuah syarikat penerbitan. 

Semuanya gara-gara aktres baru yang senang disapa Kila ini bertegas mahu menggunakan khidmat jurufoto peribadi ketika diminta untuk mengadakan sesi fotografi. Kila seolah-olah menghantar mesej bahawa dia lebih memandang tinggi hasil kerja jurufoto peribadi pilihannya berbanding jurufoto dalaman sesebuah syarikat penerbitan.
Hal itu telah menyebabkan kalangan jurufoto berasa tersinggung dan terhina dan mempersoalkan tindakan Kila. Memang, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini punya hak menyuarakan kemahuan walau apa jua alasannya. Namun perlu diingat, pihak media yang mengatur temujanji dan mereka juga ada hak untuk melaksanakan tugas tanpa campur tangan pihak lain. Ketika diminta penjelasan, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon filem Karak ini.
"Apa yang saya lakukan tiada lain dan niatnya cuma mahu mencuba dan bereksperimen dengan jurufoto peribadi.
"Sebenarnya tiada niat untuk saya menghina atau merendahkan hasil kerja jurufoto dalaman sesebuah syarikat yang telah lama dalam industri.

"Saya sentiasa percaya karya mereka punya perspektif seni yang bagus. Selama ini saya sudah bekerjasama dengan kebanyakan mereka dan karya masing-masing memang tidak dapat disangkal.

"Cuma kali ini saya mahu cuba sentuhan jurufoto muda. Kebetulan dia kawan saya dan kerjasama ini umpama satu situasi menang-menang. Saya bantu dia mencantikkan lagi profil dirinya manakala dia bantu saya dari segi penghasilan gambar yang lebih segar," katanya.

Petah dalam bicara, Kila juga memohon maaf andai ada pihak tergores hati dengan tindakannya.
"Saya harap semua faham kerana saya juga meminta untuk menggunakan jurufoto lain dengan cara baik. Saya tahu, mungkin ada yang tak boleh terima sebab mereka terasa dengan tindakan saya yang dianggap seolah-olah menghina hasil kerja mereka.

"Tapi saya juga tahu, pasti ramai yang akan faham. Insya-Allah. Saya buat begini bukan kerana mahu ikut cara artis-artis lain yang mungkin buat perkara yang sama.

"Tidak. Ini adalah kehendak saya sendiri. Tapi kalau lepas ini ramai yang tak suka, saya akan berhenti buat begini. Minta maaf sekali lagi," katanya.

Ditaja VIP juga?
Kalau sebelum ini kecoh cerita pelakon Tasha Shilla misalnya yang didakwa hidupnya ditaja oleh VIP bergelar Datuk J, Kila juga khabarnya turut terkait dengan isu yang dianggap tipikal dan klise ini.

Pantas menepis pertanyaan, Kila berani mempertaruhkan kebenaran bahawa dia tidak seperti yang dianggap.

Kata Kila, selama ini apa sahaja yang dilakukan adalah atas usaha kerasnya sebagai seorang anak seni walaupun usia di dalam industri belum pun genap empat tahun.
"Bagi saya isu ini macam sengaja disensasikan kerana jujurnya saya tidak begitu. Datuk mana pula nak taja saya?

"Ini semua cerita tak betul. Saya ini suka duduk rumah. Tidak keluar tak tentu pasal. Macam mana pula ada Datuk nak taja saya?

"Saya juga jenis malas nak melayan orang lebih-lebih lagi kalau ada yang menghubungi atau menghantar mesej yang bukan-bukan. Memang saya tak akan layan.

"Bukan kurang ajar tapi saya memang tak suka. Lagipun saya ada papa yang sangat tegas. Dia pun tak suka saya melayan benda-benda macam ni.

"Cukuplah. Saya lebih selesa berada dalam kawalan papa walau dia tegas," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Tak laku?

Ramai juga yang perasan kelibat Kila tak begitu banyak dalam industri lakonan. Kali terakhir menerusi drama berjudul Saiful Nita.

Dari segi filem, selepas Karak, Kila muncul dalam filem berjudul Hore-Hore. Kemudian, diam menyepi diri.

Maka usah marah kalau ada yang kata Kila bagai tidak ada tuah dalam bidang lakonan dan dilihat tidak laku gara-gara profil lakonannya yang agak malap.

"Sekarang saya punya banyak masa untuk bekerja. Selain sibuk dengan perniagaan butik the Rack, saya dah mula buka diri untuk tawaran lakonan," kata graduan Diploma Lanjutan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, Kuala Lumpur ini.

Dalam pada itu Kila juga sudah mula mengorak langkah untuk bergelar penyanyi seperti yang diimpikan apabila dia bakal muncul dengan single pertama berjudul Pasti.

Kata Kila, memandangkan rezeki lakonan terlebih dahulu datang menerpa maka hasratnya untuk menjadi seperti ibunya terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
"Saya menyanyi bukan sebab nak tutup kelemahan berlakon. Lagipun niat saya ni dah lama. Apa salahnya saya teruskan. Sebelum ini pun orang tahu saya menyanyi lagu Hindustan dan ramai yang dapat mengesan bakat saya menyanyi.

"Papa dan mama saya juga beri sokongan penuh dan taruh kepercayaan pada saya," katanya.

Meletak sepenuh kepercayaan dalam sentuhan Amylea Azizan atau Amylea AF3, Kila yakin perjalanannya sebagai penyanyi mampu diterima baik oleh semua pihak.

"Saya dengan Amylea dah lama berkawan. Jadi bila saya menyuarakan hasrat untuk ada sebuah single, dia terus setuju.

"Dia juga tahu mana yang terbaik untuk saya jadi sebab itu saya katakan saya percaya dengan sentuhan dia.

"Selain Pasti, saya juga turut berkolaborasi dengan band Roman untuk lagu berjudul Roman yang juga merupakan ciptaan Amylea," katanya.

Dalam soal kritikan pula kata Kila, dia juga sedar bahawa perkara itu akan dibangkitkan oleh mana-mana pihak yang mungkin tidak boleh menerima keputusannya untuk bergelar penyanyi.
"Saya tahu, orang akan kata saya tamak, semua benda saya nak buat. Berlakon... menyanyi. Tapi saya tak ambil itu semua untuk melemahkan semangat.

"Lagipun saya dah pernah melalui kritikan dan kutukan orang sebelum ini. Lagipun saya tak boleh paksa semua orang untuk suka dengan lagu dan suara saya.

"Mereka juga ada pilihan. Terpulanglah. Yang penting saya cuba," katanya