Zizan Razak - Google Blog Search |
<b>Zizan Razak</b>: jangan Ada - adakan cerita ~ Mee String Posted: 28 Mar 2013 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 MAC 2013: Susulan daripada entri Murai Batu mengenai gosip bahawa kononnya Zizan Razak telah ditamatkan kontraknya sebagai duta kepada jenama sukan permotoran M7 dan juga minuman tenaga Drive lebih awal daripada tarikh sepatutnya, portal Murai cuba mendapatkan komen daripada pelawak, pelakon serta pengacara popular ini. Dalam perbualan secara ringkas , Zizan nyata terkejut dan kurang senang dengan cerita sebegitu yang dianggapnya sebagai tidak berasas. Zizan juga turut mengingatkan pihak tersebut supaya tidak mengada-adakan cerita yang boleh merosakkan reputasinya. Malah, dia baru sahaja menyambung kontraknya dengan M7 pada hujung minggu lalu di Johor Bahru. "Jangan nak pandai-pandai kalau mereka sendiri tidak terlibat dan tidak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya agak kecewa bila dengar perkara macam ni, tolonglah ubah persepsi anda,"jawab Zizan dalam nada tegas membicarakan tentang kontraknya bersama jenama M7. Bintang yang dihasilkan daripada rancangan realiti Raja Lawak itu memberitahu bahawa kontraknya dengan M7 baru sahaja diperbaharui selama setahun. Ini merupakan tahun kedua dia menjadi duta dan jurucakap kepada jenama tersebut. "Kepada mereka yang membuat cerita tersebut, saya nak tahu dari mana mereka mendapat sumber itu. Untuk pengetahuan ramai, pihak M7 telah menyambung kontrak mereka dengan saya untuk satu tahun lagi. Murai |
You are subscribed to email updates from Zizan Razak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan