Pada: Sabtu, 12 Oktober 2013 Ni adalah gambar terbaru Alyah ketika ditemui baru-baru ini ketika dia hadir untuk pelancaran single terbaru berjudul Pengakuan.
Dalam diam dah siap sebuah album. Hebat dan bagus sungguh kerjaya Alyah ni. Dalam perkembangan lain juga dia ada butik tudung muslimahnya tersendiri. Nama butik tu adalah Eliya Butik. Tak tahu apa laman website dia pula. Hehe. -gambar Budiey
AOA release the MV stills of the last three members YuNa, ChanMi and JiMin.
In the photos, YuNa is looking gloomy inside a car, whereas maknae Chanmi is smiling brightly. Lastly, Jimin sports bob-cut hair while having a sexy look.
Their full MV for 'Miniskirt' will be released at 12PM KST today. Be sure to watch out for it.
Tahniah, diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular Didie Alias, atas berita kehamilannya.
Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali dilaporkan hamil tiga bulan pada usia 40-an hasil perkahwinan keduanya dengan Norisham Ismail.
Memetik laporan akhbar tempatan, Didie berkata, dia dan suami berasa begitu gembira apabila mengetahui dirinya hamil.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.
"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.
Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya kepada rezeki yang diberikan Tuhan.
"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh ALLAH kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya.
Ladylike kumpulan pertama KRU lebar sayap ke peringkat global
LANGKAH KRU untuk mengembangkan perniagaannya nampaknya tidak terhenti setakat di peringkat Asia semata-semata.
Selepas melancarkan KRU Studios di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Hong Kong, empayar perniagaan yang diasaskan oleh trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry ini terus mengorak langkah dengan menembusi pasaran Eropah menerusi syarikat KRU Europe Ltd yang ditubuhkan pada 7 April 2008 di London, England.
Berfungsi sebagai ibu pejabat operasi KRU di Eropah, KRU Europe Ltd juga turut menguruskan hal ehwal pemasaran filem dan muzik khususnya produk dalam bahasa Inggeris. Di negara ini, syarikat KRU diketuai oleh Robert Bromley - seorang yang pernah berkhidmat di sebuah agensi berita, Reuters dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi, Nortel di benua Eropah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios Sdn Bhd, Norman Abdul Halim berharap perlantikan Robert itu mampu merealisasikan impian mereka untuk terus bertapak di negara ini.
"Pengalaman dan rangkaian perniagaan Robert sememangnya akan banyak membantu operasi KRU di benua berkenaan.
"Sebagai langkah pertama KRU Europe, pihak kami sudah pun mengadakan sesi uji bakat di seluruh negara berkenaan seperti Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland sejak Jun tahun lalu untuk mendapatkan anggota kumpulan gadis pertama di bawah KRU," kata Norman dalam satu kenyataannya kepada Hip.
Ternyata, sesi uji bakat itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 600 peserta hadir untuk menyertai acara yang diadakan di Cosmos Studios itu. Cosmos Studio adalah sebuah studio di Stockholm yang pernah digunakan artis terkenal antarabangsa seperti ABBA dan juga Roxette.
Selepas melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya empat orang peserta berjaya di pilih untuk disatukan menjadi sebuah kumpulan gadis pertama KRU Europe. Mereka yang dianggotai Miranda Hortland, Valerie Wigardt, Louise Tomassino dan Isabel Billing menggelarkan diri mereka sebagai Ladylike.
Berkonsepkan pop rock, Ladylike dijadualkan akan turun ke ibu negara bagi memulakan rakaman album pertama mereka yang diterbitkan Edry pada Jun ini. Kesemua lagu sudah pun dikumpulkan dan hanya menunggu kehadiran anggota kumpulan ini untuk sesi rakaman vokal.
Di peringkat awal, album ini hanya akan diedarkan di peringkat Asia dan Eropah. Sekiranya mencapai kejayaan yang diharapkan, KRU tidak teragak-agak untuk mencuba memasarkannya di Amerika Syarikat.
KRU berharap dengan langkah pertama ini, bukan saja dapat membantu KRU mengeksport produk terbitan Malaysia dan mencapai kejayaan malah ia juga sekali gus mengharumkan nama negara di persada seni antarabangsa.
Dalam bulan Mac 1998, kumpulan Elite telah mengeluarkan album kedua mereka yang berjudul Tamparan. Terdapat beberapa lagu popular dalam album tersebut, antaranya ialah Tamparan Wanita, Sesuatu Di Dalam Dirimu & Trauma. Kumpulan KRU sebagai pencipta lagu-lagu kumpulan Elite turut menghasilkan sebuah lagu yang menyentuh isu gay.
Lagu yang diberi judul Dirinya Dirimu Diriku itu berkisarkan tentang konflik percintaan seorang wanita apabila dia mendapat tahu rahsia bahawa teman lelakinya turut mempunyai hubungan percintaan dengan seorang lelaki lain. Senikata lagu itu menyarankan bahawa teman lelaki si wanita itu sekadar berpura-pura mencintai si wanita demi untuk mengaburi mata orang ramai daripada mengetahui bahawa dia sebenarnya adalah gay. Baris akhir senikata itu menyimpulkan bahawa motif penipuan si lelaki itu ialah kerana untuk menjaga statusnya yang berkemungkinan merupakan seorang yang ternama.
DIRINYA DIRIMU DIRIKU (pencipta lagu & penulis senikata: KRU - Norman, Yusry & Edry)
Desas desus ku diberitahu Apa berlaku di belakangku Memang percaya memangnya benar Tiada angin pohon tak bergoyang
Kini terjadi tidak dinafi Mata sendiri menjadi saksi Jangan kau tentang yang jelas terang Cinta kau songsang hina dan curang
Dirinya dirimu diriku Katakan padaku betapa malu Dirinya dirimu diriku Katakan saja rahsia dirimu (Katakan saja rahsia hidupmu)
Apakah kau sangka ku boneka Diam memejam mata Maaf salah masa salah wanita untuk kau dusta Kau bukan lelaki sebenar
Cukuplah sudah segala helah Aku perintah berpaling arah Tidak ku mahu lagi bertemu Diriku malu apa berlaku
Cuba sedarlah cinta kau dosa Dan sampai bila tidak ke mana Guna wanita untuk mengabur mata Berpura-pura status dijaga
Nota tambahan:
Suatu kebetulan yang menarik ialah, apabila album kumpulan Elite, Tamparan, dikeluarkan dalam bulan Mac 1998, pada bulan itu jugalah keluarnya album To'ki yang mengandungi lagu Joget Menyanyi yang senikatanya juga turut menyentuh isu gay.
Lebih kurang sebulan selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite telah dilanda masalah apabila salah seorang anggotanya, Abby Elite, telah digantung keahlian kerana "masalah disiplin" (menurut kenyataan pihak pengurusan kumpulan Elite). Setelah digantung keahlian sehingga Jun 1998, Abby Elite & pihak pengurusan kumpulan Elite masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menyebabkan Abby Elite terpaksa disingkirkan. Abby yang tidak lagi dibenarkan menggunakan nama gelaran Elite selepas itu telah menukarkan namanya kepada Abby Abadi.
Setahun selepas keluarnya album Tamparan, kumpulan Elite dilanda kontroversi apabila gambar lucah Linda Elite (yang dikatakan palsu) telah tersebar dalam internet pada Mac 1999, manakala pada lewat tahun yang sama Watie Elite telah mengaku bersalah di mahkamah atas dakwaan memandu kereta dalam keadaan mabuk. Sebagai hukuman tambahan, lagu-lagu kumpulan Elite kemudiannya telah diharamkan siarannya oleh stesen penyiaran RTM (rujuk entri-entri akan datang).
Setelah kita melihat Super Spontan musim pertama dimenangi oleh Zizan Razak, kini program realiti bercorak permainan komedi, Super Spontan kembali untuk musim kedua.
Pada Super Spontan 2 ini ada banyak muka baru yang ditampilkan iaitu Along Raja Lawak, Yus Jambu, Nabil Raja Lawak, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu, Eko SayWho, Munir, Jep Sepatu serta dua peserta wanita Almy Nadia dan Noorkhiriah dan mereka mengekalkan Tauke Jambu, Rahim R2 dan Suhaimi Yusof dari musim lalu….
Yeah~~~ Makin mudahlah peminat-peminat pasangan suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle menatap wajah comel hasil perkahwinan mereka, Muhammad. Mana tidaknya, Muhammad kini sudah ada akaun Instagramnya sendiri. Memang makin cute dan makin besar anak Farid Kamil dan Diana Danielle ini. Sekali pandang seperti ikut muka emaknya.
Comel kan? Geram sangat tengok. Rasa nak cubit-cubit dan cium-cium je. Sementara itu, Diana Danielle kini tampil dengan potongan rambut baru yang menyerlahkan lagi kecantikannya. Secara jujur, sejak bergelar ibu ini, Diana Danielle tampak lebih "hot". Lebih terserlah aura kecantikannya. Tak gitu?
Lagi beberapa gambar Muhammad dan Diana Danielle dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Ikuti Instagram Muhammad dan Instagram Diana Danielle untuk lebih banyak gambar lagi.
SHAH ALAM - Berita baik buat peminat lagu Bunga Padang Pasir, Anak Liar dan Hati Syaitan - kumpulan yang mempopularkan ketiga-tiga lagu berkenaan, Sofea akan membuat penampilan kembali pada 13 Mac ini.
Kumpulan yang juga dikenali dengan nama SYJ itu akan berganding dengan kumpulan Jinbara dan Bunkface untuk membuat persembahan dalam Konsert Di Hatiku yang akan diadakan di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA UiTM, Shah Alam pada tarikh tersebut.
Konsert yang merupakan projek akhir pelajar Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM tersebut merupakan satu usaha menggabungkan bakat dari tiga era berlainan bagi memenuhi selera peminat muzik tanahair.
Menurut pegawai publisiti penganjur konsert, Nur Syahirah Abd. Majid, apa yang menarik ialah ketiga-tiga kumpulan berkenaan dipilih untuk membuat persembahan berdasarkan pungutan suara yang dilakukan ke atas lebih 100 pelajar fakulti tersebut.
"Kami cuba untuk membuat kelainan dengan mengadakan satu konsert mengikut citarasa penonton dan ketiga-tiga kumpulan inilah yang mendapat pilihan paling tinggi dalam pungutan suara yang kami lakukan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurut Syahirah, setakat ini sebanyak 400 daripada 1,500 tiket-tiket konsert bernilai RM25 dan RM50 telah terjual sejak tiket-tiket berkenaan mula dijual dua hari lepas.
Katanya, bagi mereka yang berminat, tiket-tiket konsert tersebut masih boleh diperolehi di UiTM Shah Alam, I-City Shah Alam, Space U8, Plaza Masalam, Giant Shah Alam, dan disekitar Lembah Klang.
Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai konsert tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Publisiti, Konsert Di Hatiku di talian 013-7089805. - KOSMO! Online
Home » Jinbara » PHOTO TERKINI KUMPULAN JINBARA-LATIHAN MUZIK
Tuesday, 3 July 2012 Posted by Oren SKA
Jinbara -Kumpulan ini sedang mengadakan latihan untuk persembahan di Kuala Lumpur beberapa hari lagi,Antara yang hadir semasa sesi latihan ,Anjang,Hakim.Atan,Chepot,Manakala Tiar penyayi kumpulan ini tidak dapat hadir kerana ada urusan,
Peralatan muzik disediakan oleh pertubuhan bukan Kerajaan "Persatuan Kebajikan Shah Alam" syabas Jinbara dan "Persatuan Kebajikan Shah Alam"
Media Shah Alam sempat merakam beberapa foto untuk tatapan para peminat Jinbara,,,,,,,
1. Tak taulah berapa ramai yang kenal dengan kugiran metal / hard rock yang berasal dari Pulau Singa ni. Zaman kegemilangan diorang, walaupun telah berlalu, tetapi tetap meninggalkan seribu kenangan manis kepada mereka yang pernah membesar dengan kumpulan ROCKERS.
2. Kumpulan ROCKERS, ramai yang tak kenal. Tapi bagi mereka yang kenal, pasti tak dapat nak lupakan sebab diorang ada "attitude". Zaman kegemilangan irama Rock dulu sekitar hujung tahun 80-an dan awal 90-an, memang ada ramai kugiran tapi tak ramai yang ada "attitude" macam kumpulan ROCKERS.
3. Aku ingat lagi, masa aku sekolah rendah sekitar darjah 6 tahun 1988, aku selalu dengar lagu "Memori", "Kekejaman", "Zaileha" dan "Kenangan Cinta Pertama" dari radio Singapura 94.2 FM. Aku zaman kecik-kecik dulu duduk kat Batu Pahat, Johor, memang selalu sangat layan radio dan tv Singapura.
4. Saat anak-anak muda lain yang seangkatan dengan aku mengalunkan bait-bait lirik dari "Intanku… Kesepian" oleh Wings, aku lebih suka menjerit "KEKEJAMAN! Manusia… Ooo… Ooo… Ooo… Ooo…" Memang aku kejam masa tuh! Wahahahaha!
5. Aku membesar dengan lagu-lagu kumpulan ROCKERS. Baik lagu yang meleleh… Mahupun yang keras… Album pertama diorang "Kekejaman" yang dirilis sekitar tahun 1988, memang sarat dengan lagu-lagu yang sukar ditandingi kekuatannya sampai sekarang. Susunan melodi, permainan instrumen muzik yang mantap, lirik yang mendatangkan kesan, dan tak lupa, variasi vokal Brader Joe aka Johan yang aku tabik sangat sampai sekarang. Vokal dia memang fleksibel. Boleh jadi lembut dan mendayu-dayu kalau bawak lagu jiwang, dan boleh jadi kasar dan bersemangat kalau bawak lagu ganaz! Solo gitar? Tak payah cakap laaa… Memang membunuh habis dalam album ni. Lagu yang paling unik ialah lagu "Zaileha". Lama sebelum kumpulan JINBARA bawak lagu-lagu rock melayu berunsurkan muzik padang pasir, kumpulan ROCKERS dah masukkan melodi padang pasir dalam lagu rock "Zaileha" diorang wooo…
6. Tahun 1989, kumpulan ROCKERS terus mengganaz dengan album kedua diorang bertajuk "Harakah". Nah… album kali ini lebih keras dan lebih pejal batunya (rock). Sudah mula ada lebih banyak unsur-unsur pengaruh Iron Maiden, Loudness dan kugiran-kugiran metal serta hard rock dunia lain di dalam bait-bait lagu ROCKERS dan ini menguatkan lagi landasan yang diorang buat. Lagu-lagu yang menjadi siulan macam "Harakah", "Kesedaran", "Terguris Kelukaan" dan "Rayuan Syaitan". Produksi yang dimasukkan dalam album "Harakah" agak berbeza berbanding album "Kekejaman". Bunyi yang keluar dari album "Harakah" agak lebih mentah (raw) dan menonjolkan jati rock yang sebenar! Zaman tu memang tak sah nak dengar lagu tanpa dengar album ni dulu. Aku ingat lagi aku sanggup pergi bandar Batu Pahat naik bas semata-mata nak beli keset tape original album "Harakah"… Hahaha!!! Seperti biasa, gabungan permainan instrumen muzik yang menonjolkan kepakaran masing-masing serta vokal unik Brader Joe membuatkan album "Harakah" sebagai salah sebuah album "hard-rock" melayu yang paling keras aku pernah dengar.
7. Tahun 1990. ROCKERS meneruskan serangan dengan sebuah album yang aku anggap adalah Magnum Opus diorang. Album ni boleh aku katakan sebagai masterpiece kumpulan ROCKERS sebab terlalu banyak pencapaian yang diorang buat. Susunan lagu bertambah matang, skil permainan instrumen muzik diorang dah sampai ketahap dewa. Vokal Brader Joe dah sukar untuk ditandingi… Dan paling penting, pada pendapat aku, produksi yang mantap. Betul beb!!! Kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh album ini memang payah nak ditandingi oleh mana-mana kugiran rock/metal Melayu baik dari Malaysia, Singapura, mahupun Indonesia. Aku anggap ini adalah satu pencapaian paling membanggakan untuk sebuah kugiran rock / heavy metal Melayu yang boleh mengeluarkan sebuah album berkualiti sebegini. Kematangan susunan lagu, serta penulisan lirik yang menyentuh isu-isu yang bertaraf global, serta kejituan halatuju album ni, memang gerek… Semua lagu dalam album ni memiliki kekuatan yang tersendiri dan seolah-olah menjadi bahagian-bahagian penting untuk membentuk satu album yang mantap. Dan dizaman kegemilangan album ini jugak kumpulan ROCKERS semakin dikenali sampaikan pernah memasuki TV3 menerusi rancangan Muzik-muzik, mempertandingkan lagu "Ilusi Mimpi". Inilah sebuah album "Heavy Metal" melayu paling berat aku pernah dengar. Inilah "Andalusia"…
8. ROCKERS tukar nama jadi ROCKERZ pada tahun 1991 disebabkan krisis yang melanda. Sempat melahirkan satu album berjudul "Dukun" tetapi dengan vokalis berbeza. Kualiti produksi amat menyedihkan… Walaupun lagu-lagu yang dirakamkan memiliki ciri-ciri rock kental yang menjadi identiti ROCKERS, tapi mereka tidak mampu untuk menahan zaman kejatuhan diorang. Biarlah kisah-kisah itu terkubur dan menjadi kenangan buat mereka yang pernah merasainya.
9. Memanglah banyak kugiran-kugiran melayu rock yang muncul zaman tu terutamanya dari Malaysia dan Singapura. Tapi yang bestnya, kugiran dari Singapura mesti secara keseluruhannya, boleh dikatakan, lebih berkualiti dari kugiran-kugiran yang berasal dari Malaysia. Cuba tengok Sweet Charity, tengok Black Dog Bone, Rusty Blade, dan ROCKERS. Kan?
10. Inilah antara kugiran Melayu aku paling minat dan tabik. R.O.K.E.R… ROCKERS!!!