Didie Alias - Google Blog Search |
<b>Didie Alias</b> Hamil Pada Usia 40-an - Cerita Semasa Posted: 15 Jan 2014 07:23 AM PST Tahniah, diucapkan kepada pelawak serta pelakon popular Didie Alias, atas berita kehamilannya.
Memetik laporan akhbar tempatan, Didie berkata, dia dan suami berasa begitu gembira apabila mengetahui dirinya hamil. "Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya. "Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham. Mengulas lanjut, Didie menambah, dia dan suami enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya kepada rezeki yang diberikan Tuhan. "Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh ALLAH kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya. Anda mungkin juga Meminati |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan