Diana Danielle - Google Blog Search |
Tupai - Portal Hiburan Terkini: Farid Kamil & <b>Diana Danielle</b> Bakal <b>...</b> Posted: 21 Dec 2011 08:00 PM PST Tiga tahun mereka menyulam cinta sebagai sepasang kekasih dan hubungan itu pernah terputus seketika pada satu ketika dulu, namum bak kata pepatah, 'kalau dah jodoh tak ke mana', mereka kembali bersama bercinta sekitar bulan Mei lalu apabila Diana sendiri mengesahkan di laman sosial Twitter peribadinya. Dipetik dari portal hiburan Gua.com, menyatakan pasangan ini bukan main romantik lagi apabila datang bersama dengan menaiki satu kereta ketika menghadiri sidang media filem terbaru mereka 'Hantu Gangster' di Taman Pengkalan Batu, Klang baru-baru ini. Pasangan ini yang sedar akan kehadiran media ketika berada di lokasi cuba untuk tidak duduk bersama, malah ketika sesi fotografi beramai-ramai bersama pengarah dan pelakon lain Diana tidak mahu duduk bersebelahan dengan kekasihnya itu. "Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi."ujarnya. Pada masa sama, Diana tidak menafikan bahawa mereka ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. "Setakat ini hubungan kami berdua okay. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu."jelas gadis berusia 20 tahun ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan