ramlah ram - Google Blog Search |
<b>Ramlah Ram</b> Bela 'Anak Ikan'? | OHBULAN! Posted: 28 Dec 2011 08:45 PM PST Lebih 20 tahun pembabitannya sebagai anak seni belum ada lagi mana-mana cerita kontroversi mahupun gosip panas menghimpitnya. Meski dulu dia dilabel 'artis kampung', sedikitpun persepsi 'sinis' masyarakat itu tidak dibiarkan menjadi kudis dalam diri. Namun bila pelantun lagu hits, 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' ini dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pengurusnya peribadinya yang berusia 20-an atau lebih senang bela 'anak ikan', terjentik juga sedikit amarah Ramlah Ram atau mesra disapa Kak Melah. Berkesempatan bertemu empat mata dengan Ramlah sewaktu sidang media Mentor musim keenam semalam, penyanyi berusia 46 tahun ini nyata terkejut dengan laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pengurus peribadinya, Hafiz. Malah dia turut menyifatkan dakwaan liar ini sebagai gosip 'busuk' dan secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi bersih sepanjang lebih 20 tahun dia berada dalam industri hiburan.
Jelasnya lagi, memang benar Hafiz sudah dua tahun bekerja untuknya sebagai pengurus peribadi dan mereka bekerja secara profesional tidak langsung menjalin hubungan istimewa seperti yang didakwa.
"Saya tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah ini. Cuma tidak pasti dan bagaimana dan apa puncanya cerita tersebut boleh tiba-tiba muncul. Barangkali orang tersebut tidak berpuas hati dengan saya dari soal kerja. Walaubagaimanapun saya tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal ini lagi," jelasnya lagi. "Perkara ini memang memalukan. Cukup-cukuplah. Tolong hentikan fitnah ini. Penulis itu pun telah meminta maaf. Cuma sebagai manusia kita ini tidak sesempurna mana, memang kita sudah memaafkan tapi dalam hati saya masih rasa geram lagi," ujarnya yang juga merupakan salah seorang mentor untuk program realiti Mentor musim keenam. Full content generated by Get Full RSS. |
Ella, Faizal Tahir, Ogy, <b>Ramlah Ram</b>, Ferhad Dan Adam AF Bakal <b>...</b> Posted: 28 Dec 2011 05:02 AM PST Fuh. Memang nama-nama besar semuanya. Abang Nara teruja melihat nama seperti Faizal Tahir dan Ella yang bakal menggalas tugas menjadi mentor untuk program Mentor 6 tidak lama lagi. Namun keterujaan itu agak berkurangan apabila melihat nama Adam AF. Apakah Adam layak menjadi mentor? Ogy, Ramlah Ram dan Ferhad sememangnya layak kerana mereka memang sudah lama dan banyak pengalaman. Ikhlas dari hati Abang Nara, tak nampak di mana sesuainya Adam AF menggalas tugas seorang mentor. Menurut pihak penerbit program Mentor 6, mereka mahukan seorang mentor yang kuat dari segi pop dance(ala-ala Kpop la nie) untuk memeriahkan lagi Mentor 6 kali ini.
Apa pun sama-sama kita nantikan program Mentor 6 yang akan ke udara di TV3 tahun hadapan. Kredit gambar dan berita pada portal GUA. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan