Nuffnang

Rabu, 28 Disember 2011

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


Seksi <b>Wan Sharmila</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2011 08:36 PM PDT

PADA hujung talian, terselit sedikit nada ragu malah sempat Wan Sharmila bertanya mengenai topik yang bakal diajukan sebelum bibirnya melontarkan kata persetujuan untuk menjayakan sesi fotografi bersama B*POP. Hadir tepat pada waktu dijanjikan, masih terkesan sisa kebimbangan pada raut wajahnya.

Berkali-kali dia menagih kepastian, memohon diberi teguran jika gaya diberikan melampaui batas.
Wan Sharmila begitu berhati-hati pada sesi fotografi kali ini, tidak seperti selalu di mana dia ceria dan mudah memberikan gaya yang dituntut jurugambar.
Semua itu impak daripada penampilannya pada acara Music, Art, Style International Festival (MASiF) 2011, baru-baru ini.

Gara-gara gaun pendek yang mendedahkan bahagian belakang badannya, Wan Sharmila dikritik hebat terutama menerusi laman sesawang yang mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Akur keterlanjuran yang berlaku tidak boleh ditarik semula, anak kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun ini selesa mengalah tanpa berbahas panjang untuk membela diri. Enggan isu yang hangat menjadi mainan di laman maya itu terus diperbesarkan, Wan Sharmila menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atas sikap tidak sensitifnya itu.

Wan Sharmila juga tidak mahu meletakkan kekhilafan itu di bahu sesiapa, biarpun jauh di sudut hati, dia terguris dipalit pelbagai kecaman menyakitkan. Sesekali bibirnya meluahkan perkataan kesal, terutama apabila statusnya sebagai seorang janda dijadikan alibi oleh segelintir pihak untuk 'menghalalkan' penampilan seksinya itu.
"Itu hanya pandangan segelintir pihak dan saya tidak menyalahkan mereka jika masih belum mengenali siapa Wan Sharmila yang sebenar," luahnya perlahan.

Tidak memohon simpati atau berharap masyarakat akan segera menyebelahinya, Wan Sharmila cuma mendambakan peminat industri hiburan bersikap adil dan tidak pantas menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

Wan Sharmila juga menyeru masyarakat supaya mengambil sedikit masa untuk mengenali dan mengkaji peribadinya sebelum menjatuhkan hukuman kepadanya.

"Salah saya juga kerana mengambil ringan semua perkara. Saya jenis menyarung apa saja pakaian yang saya rasa selesa. Begitu juga apabila diusulkan untuk menggayakan rekaan itu. Saya menerimanya tanpa banyak soal jawab.

"Langsung tidak terlintas di fikiran gaun itu boleh mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Percayalah bukan niat saya untuk merosakkan nama baik penggiat seni, sebaliknya saya cuma melunaskan apa yang saya fikirkan betul untuk diri saya," katanya.

Menerima teguran itu sebagai pembuka mata supaya dia lebih peka dalam penampilan, Wan Sharmila berkata, apa yang dilihat peminat itulah dirinya yang sebenar.

Dia tidak perlu hipokrit semata-mata untuk menjaga hati orang lain, sedangkan dalam dirinya bergolak pelbagai rasa kerana terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat.

"Maaf jika saya tidak mampu menjadi seperti yang dimahukan peminat. Usah terlalu memaksa saya untuk berubah kerana saya cuma menjadi diri sendiri. Saya sedar sebagai artis banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi saya juga ingin mencari keselesaan dalam diri, jadi saya berharap niat saya ini tidak disalahertikan.

"Janganlah kerana berstatus janda, ada yang menganggap saya mendapat lesen untuk bergaya seksi. Saya tetap sama seperti dulu, cuma mungkin apabila dikenali sedikit orang mula menilai penampilan saya," katanya.

Dilihat sebagai seorang artis yang menjauhi publisiti, Wan Sharmila yang baru muncul dalam filem Raya Tak Jadi berkata, hal itu tidak pernah berlaku.

Akur publisiti penting untuk membantu memacu kerjayanya, Wan Sharmila berkata, dia memahami tuntutan media yang mencari isu sensasi dan panas sebagai pelaris penerbitan.

"Mungkin saya tidak memenuhi kriteria yang dicari. Saya juga tidak seperti segelintir artis lain yang dikurniakan paras yang cantik, barangkali kerana itu saya jarang mendapat tempat di media cetak. Bukan tidak terasa tetapi kesibukan dengan penggambaran membuatkan saya jarang memikirkan soal itu. Saya tidak mahu cuma gah di sana sini tetapi langsung tidak memberi sumbangan kepada industri.

"Biarlah saya cari kepuasan dengan bekerja kerana percaya dari situ, lambat laun orang akan mencari dan ingin lebih mengenali siapa saya sebagai seorang pelakon," katanya.

Hati belum terbuka

SUDAH dua tahun, Wan Sharmila melayari hidup sendirian selepas bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama penerbit, Fazli Bahrom menemui noktah.

Luka yang dulunya berdarah sudah lama terubat namun entah mengapa, hingga saat ini Wan Sharmila masih betah hidup sendirian tanpa ditemani lelaki sebagai kekasih.

Bukan tidak pernah memikirkan soal pengganti tetapi kata Wan Sharmila, hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki sebagai pengganti kasih yang hilang.

"Bohong jika saya tidak rasa sunyi atau langsung tidak memikirkan soal jodoh. Saya bukan muda lagi, sudah 30 tahun. Selepas berdepan kegagalan, saya mengakui agak selektif mencari pengganti kerana enggan terluka lagi. Memang rumah tangga itu satu perjudian namun saya harus mencari yang terbaik dalam hidup.

"Setakat ini saya belum menemui jejaka yang membuat hati saya bersedia menerima cinta baru. Biarlah dulu, lagi pun saya baru dua tahun sendiri dan saya selesa begini," katanya.

Wan Sharmila akui, dia percaya kepada jodoh yang ditakdirkan Allah tetapi enggan terlalu mengejar kerana waktu untuk dirinya mengecap bahagian akan tiba juga nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan