Faizal Tahir - Google Blog Search |
GUA - BERITA ARTIS - <b>Faizal Tahir</b> Enggan Jadi Mentor? Posted: 28 Dec 2011 08:00 AM PST Ketika nama penyanyi popular, Faizal Tahir diumumkan sebagai salah seorang Mentor bagi musim ke-6 pada majlis pengumuman yang berlangsung di Sri Pentas TV3, petang semalam, Faizal telah mengejutkan hadirin yang datang apabila memberitahu yang dia masih cuba untuk mempertimbangkan mengenai tawaran yang diberikan. Malah, ketika ditemubual oleh pengerusi majlis, Ally Iskandar, Faizal juga memberitahu yang dia tidak mahu menjadi mentor dan mahu menjadi juri. Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya adakah Faizal berseloroh dengan kata-katanya itu. Selesai saja majlis pengumuman, GUA telah mendapatkan Faizal untuk memgetahui kebenaran di sebalik kenyataannya itu. "Mereka dah tawar lama kepada saya, tapi saya tidak menerima kerana sibuk dengan perkara lain. Sebenarnya, saya tak nak buat, tapi saya tak nak lah cakap yang saya terpaksa buat program ini. Saya tak setuju untuk buat Mentor ini sebab saya rasa saya masih lagi bertatih dalam industri ini," ujar Faizal membuka bicara. "Secara jujur, tak ada siapa yang tahu saya akan buat Mentor. Saya sendiri pun tak tahu saya akan buat sehinggalah nama saya diumumkan oleh pengerusi majlis. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak fikir apa-apa lagi, kalau boleh saya nak kena bertenang dulu. "Kepala saya banyak dengan perancangan seperti pembikinan album dan sebagainya. Saya tak nak jadikan ia sebagai alasan untuk saya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Saya nak pikul amanah ini dan menang atau kalah, itu bukan isu untuk saya kerana saya nak didik protege saya supaya dia boleh pergi jauh dalam industri selepas ini," jelas Faizal sambil mengakui risau untuk mencari protegenya. "Bagi saya, benda yang paling saya risau ialah nak cari protege yang sesuai. Saya tak tahu saya boleh jumpa atau tidak protege saya ini. Lagipun, saya sendiri susah dengan diri saya. Ini kerana saya meletakkan tahap yang tinggi untuk diri saya. Saya juga senang kecewa dengan diri saya jika tidak bagi yang terbaik. Jadi macam mana pula saya nak ada protege sendiri yang saya nak kena bawa dalam industri ini. Walau bagaimanapun, InsyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik." Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Faizal Tahir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan