Nuffnang

Sabtu, 31 Disember 2011

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> Pun Difitnah Bela &#39;Anak Ikan&#39;

Posted: 29 Dec 2011 03:31 AM PST

Selama ini hampir tidak ada kontroversi melampau melibatkan Ramlah Ram.

Namun di usia 46 tahun, dia difitnah membela 'anak ikan'!

Alo bro….berpada-padalah sikit kalau nak bawak mulut pun kan.

Kisah hubungan dengan budak muda yang juag pengurus peribadinya itu, Hafiz dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ramlah Ram.

"Semua itu fitnah. Sebenarnya saya malas nak ulas gosip ini panjang kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar," ujarnya kepada pihak media.

Penafian Ramlah itu disiarkan oleh portal hiburan terkenal, OhBulan!

Jelasnya lagi, memang benar Hafiz sudah dua tahun bekerja untuknya sebagai pengurus peribadi dan mereka bekerja secara profesional tidak langsung menjalin hubungan istimewa seperti yang didakwa.

"Lagipun usia saya semakin meningkat, malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada masyarakat umum," katanya.

Menurut Ramlah yang terkenal dengan lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu', dia tahu siapa dalang disebalik penyebaran cerita berkenaan namun tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan.

"Perkara ini memang memalukan. Cukup-cukuplah. Tolong hentikan fitnah ini. Penulis itu pun telah meminta maaf. Cuma sebagai manusia kita ini tidak sesempurna mana, memang kita sudah memaafkan tapi dalam hati saya masih rasa geram lagi," ujarnya yang juga merupakan salah seorang mentor untuk program realiti Mentor musim keenam.

(Sumber: OhBUlan!)

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan