Wan Sharmila - Google Blog Search |
Tupai - Portal Hiburan Terkini: “<b>Wan Sharmila</b> Masih Mencari Calon <b>...</b> Posted: 21 Dec 2011 10:03 PM PST Pelakon dan pengacara hitam manis, Wan Sharmila Wan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Wan Sharmila sudah tiga tahun kembali hidup membujang selepas mahligai yang dibina bersama penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom musnah selepas mereka bercerai pada 2009. Dipetik dari Harian Metro, sehingga sekarang Wan Sharmila masih tidak menemui pengganti bagi mengisi kekosongan hidupnya yang ditinggalkan bekas suaminya."Saya akui memang mempunyai ramai kawan lelaki tapi masih belum berjumpa calon suami yang sesuai lagi. Insya-Allah jika bertemu jodoh, saya merancang untuk buat majlis yang ringkas saja pada hari bersejarah nanti",ujarnya. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas suami, janda berusia 29 tahun ini memberitahu bahawa hubungan mereka baik dan tiada masalah baginya untuk berkerjasama dengan produksi Radius One milik bekas suaminya itu. "Saya juga berlakon dalam cerita untuk slot Senda Pagi di TV9 terbitan Radius One. Selain itu, saya terbabit dalam alih suara watak Enot dalam program terbitan Radius One itu. Apapun, saya selesa dengan kehidupan solo ketika ini," katanya. Wan dan bekas suaminya yang merupakan penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober 2009. Dan sepanjang tiga tahun melayari bahtera bersama mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Wan Sharmila - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan