Nuffnang

Jumaat, 23 Disember 2011

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> & AC Mizal @ AIM 18 (lawak ipad) « My Video Kelako

Posted: 18 Dec 2011 12:18 AM PST

Uploaded with Free Video Converter from Freemake www.freemake.com
Video Rating: 4 / 5

Video Rating: 4 / 5

Tags: , , , ,

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar | Farah Lee Adik Angkat <b>Zizan Razak</b> | RentakArtis.com

Posted: 14 Sep 2011 04:37 AM PDT

Rupanya tidak asing manalah gadis manis Farah Lee dengan dunia selebriti. Dia ni sebenarnya adik angkat kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak. Kepada yang tak dapat tangkap siapa Farah Lee, kami pernah mengeluarkan artikel mengenai desas-desus Farah dirisik oleh pengacara terkenal, Ally Iskandar.

Pengakuan tersebut dapat dibaca dalam laman Facebook Farah bersama gambar beraya mereka berdua yang dimuatkan di situ. Zizan merupakan anak angkat kepada keluarga Farah Lee semenjak Farah masih bersekolah lagi. Comel je kan!

Full content generated by Get Full RSS.

REVIEW HANTU BONCENG 2011 LAKONAN <b>ZIZAN RAZAK</b> <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 08:27 AM PDT

Dunia rempit pastinya tidak dapat dipisahkan dari bohsia. Namun, apa yang akan berlaku apabila bohsia yang dimenangi dalam perlumbaan haram, terlibat dalam kemalangan dan rohnya senantiasa menghantui hidup anda? 

Itulah yang terjadi kepada Amran, lakonan Zizan Razak dalam filem aksi komedi, 'Hantu Bonceng' yang akan ditayangkan pada Aidilfitri ini di 80 panggung serentak di Malaysia, Brunei dan Singapura. 

Secara keseluruhan, sentuhan pengarah Ahmad Idham untuk 'Hantu Bonceng' ini masih 'menjadi.' Dengan latar cerita berkisar mengenai kehidupan rempit, ianya mungkin bakal mengulangi kejayaan filem arahannya terdahulu iaitu Adnan Sempit. 

Naratif mudah Hantu Bonceng dibahagikan kepada dua bahagian yang saling berkaitan. Bahagian pertama mengenai penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Amran diganggu oleh roh Maya, bohsia yang dimenangi dalam perlumbaan motorsikal haram dan bahagian kedua pula mengenai kehadiran Ayu (Jue Aziz), dalam perhubungan Amran dengan Halimaton (Jue Aziz), kekasihnya. 

Dari sudut lakonan pula, Zizan tetap Zizan dengan gaya lawak bersahaja yang pastinya mampu menawan hati penonton terutamanya peminatnya sendiri. Namun bagi pelakon baru Tai, yang memegang watak Kunyit, kemunculannya dalam 'Hantu Bonceng' mampu mencuri perhatian. Dia mampu menjadi pasangan hero yang baik. 

Selain itu lakonan Jue Aziz dan Juliana Evans juga tidak menghampakan. Cuma GUA rasa Juliana Evans kurang penghayatan ketika membawakan watak baik. 

Pendapat sesetengah pihak, filem bukanlah sebuah medium untuk berdakwah. Namun, 'Hantu Bonceng' masih mempunyai unsur pengajaran. Isu rempit masih berlegar dalam masyarakat begitu juga dengan amalan ilmu hitam, semuanya digarap dengan penuh teliti dan mampu menyampaikan pesanan baik buat penonton. 

Secara keseluruhan, GUA berpendapat 'Hantu Bonceng' adalah sebuah filem komedi ringan yang cukup sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Secara ringkas, 'Hantu Bonceng' mengisahkan tentang Amran seorang budak penghantar pizza yang gemar berlumba motor secara haram. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati di tempat kejadian. 

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran menyempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karibnya, Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri. 

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan Maya itu. Daripada berjumpa bomoh sehinggalah menemui seorang ustaz. Masalahnya akhirnya selesai apabila teman wanitanya, Halimahton membantu mencari waris mangsa. Namun, masalah lain pula timbul apabila adik kembar Maya, iaitu Ayu ingin membalas dendam terhadap Amran. – gua.com.my

sinopsis filem hantu bonceng :

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

video trailer filem hantu bonceng sila klik

tun tak tahan nak gelak tengok trailer ni bila tengok bomoh dia.hehe.niwey, filem ni wajib tengok.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan