Nuffnang

Ahad, 22 Januari 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Gambar Bersama <b>Aliff Aziz</b> | Pen Merah

Posted: 21 Jan 2012 06:41 AM PST

assalamualaikum6 Gambar Bersama Aliff Aziz

Waachaa..

IMG 9723 Gambar Bersama Aliff Aziz

Aku update gambar artis lagi tapi kali ni aku rasa artis yang susah nak jumpa Aliff Aziz. Baidewey, dari pagi sampai petang aku berkampung di party budiey kat zouk kl. First time pergi zouk tapi siang – siang hari mana ada lampu lip lap cuma mata aku aje yang lip lap lip lap mencari artis untuk snap gambar. Dua tiga hari ni blog aku dah penuh dengan gambar artis aje kan mesti korang muak asyik – asyik up entri hiburan. Wuwuwuuu.

IMG 9722 Gambar Bersama Aliff Aziz

Sebenarnya kitaorang nak buat bentuk love tapi tak jadik. Gelakkan kat diri sendiri sebab eksited lebih bila jumpa Aliff Aziz. Ensem woaaahhhh sampai dua kali aku pergi snap tak segan – segan. Gambar memula tak jadi sebab dia tinggi sangat nampak aku pendek yang amat jadi aku mintak untuk second round but kali ni aku nak posing duduk. Over sungguhhh! Nasib dia sporting. Haaa kan sama tinggi  baru gambar nampak cantik? Tapi love bulat? Huii bulat pon boleeeee! Kahkahkah!

P/s: Gambar first tu kononnya nak buat bentuk love penuh jari tapi tak jadik jugak. Kemain aku senyum melebar bila Aliff Aziz suruh pegang jari dia tapi love pulak tak jadi. Muahahahaaa. Takpe, janji aku dapat borak dengan bergambar pun dah memadai. Ecehhh, sejukkan hati sendiri. Nak layan lagu dia laaa kejappp. Wuwuwuuuu.

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Aliff Aziz</b> Sudah &#39;Berpindah&#39; Ke KL

Posted: 22 Jan 2012 12:09 AM PST

KUALA LUMPUR – Setelah melihat dirinya berjaya menempa nama di Malaysia, penyanyi, Mohammad Aliff Aziz atau Aliff Aziz, 20, membuat keputusan untuk berpindah dan menetap di Kuala Lumpur supaya dapat memberikan lebih tumpuan dalam melebarkan kerjaya seninya di sini.

Penyanyi yang berasal dari Singapura, sebelum ini pernah menyatakan hasrat dan rancangannya untuk berpindah ke KL tetapi terpaksa ditunda berikutan terikat dengan program khidmat negara di negara kelahirannya selama dua tahun.

"Sejak muncul dengan album pertama, saya banyak melakukan aktiviti seni di Malaysia dan rasanya adalah lebih baik untuk saya berpindah agar segala urusan berjalan dengan mudah.

"Bagaimanapun, saya tetap akan berulang alik ke Singapura kerana keluarga masih di sana. Apabila kerjaya sudah stabil, saya akan membawa mak dan ayah pula untuk menetap di sini," kata Aliff Aziz.

Tidak menolak yang tuahnya lebih 'bersinar' di Malaysia, Aliff Aziz gembira apabila kehadirannya diterima baik oleh peminat-peminat dari Malaysia yang sentiasa menyokong karier seninya.

Menurut laporan dari mStar, penyanyi muda itu bakal muncul dengan album ketiga  dan bakal dilancarkan pada Mac ini di Malaysia.

"Dari mula lagi saya sebagai penyanyi, peminat-peminat di Malaysia telah banyak menyokong karier saya. Bagaimanapun ini tidak bermakna saya lupakan terus tentang industri muzik di Singapura.

"Cuma di sini, industrinya lebih luas lagi berbanding di Singapura. Justeru itu, saya dan syarikat rakaman Warner Music, akan melancarkan album baru saya itu di KL," ujarnya.

Album terbaru Aliff Aziz itu bakal memuatkan tujuh buah lagu yang dihasilkan oleh komposer-komposer terkenal seperti Panji, Jimi (Sofaz) dan Azlan Abu Hassan dan akan membuat rakaman dalam masa terdekat ini.

Dengan harapan tidak mahu mengecewakan peminat-peminatnya, Aliff Aziz masih mengekalkan genre pop di dalam albumnya dan lagu-lagu yang bakal dibawakan lebih ke arah konsep 'easy listening' dan lebih matang dari album sebelum ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Sayang-Sayang' dan 'Kalau Cinta' itu juga tidak keberatan untuk mencuba nasib sebagai seorang pelakon dan sememangnya dunia lakonan adalah bidang yang amat dia minati.

Malah, Aliff Aziz sudah pun memulakan lakonan pertamanya menerusi drama berjudul 'Antara Kita' yang akan ditayangkan di saluran TV2 tidak lama lagi.

Semoga Aliff Aziz akan terus kekal dan berjaya menaikkan namanya di dalam industri seni Malaysia.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan