Nuffnang

Ahad, 22 Januari 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


“Saya Belum Bersedia Jadi Mentor” – <b>Faizal Tahir</b> | OHBULAN!

Posted: 28 Dec 2011 07:12 PM PST

"Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini adalah untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya sejujurnya belum membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak menyertai Mentor," ujar penyanyi Faizal Tahir yang nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor bagi program relaiti Mentor musim keenam yang bakal berlangsung tahun depan.

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media khas pelantikan enam mentor bagi musim terbaru di Sri Pentas TV3 petang semalam yang turut menyaksikan Ramlah Ram, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Ella, Adam dan Ferhad tampil sebagai mentor baru.

Meskipun pada mulanya enggan menyertai Mentor 6, Faizal akhirnya menerima pemilihan ini dan menegaskan penerimaan tawaran ini bukan terpaksa. Sebaliknya dia berjanji akan buat sebaik mungkin.

Menurut Faizal, dia pada mulanya enggan melibatkan diri dalam program ini kerana mengenangkan dirinya yang kurang berkeyakinan mengajar protege baru selain merasakan, untuk mengasah bakat seseorang bukan satu perkara mudah dan ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi juga perlu ada strategi.

"Tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang agak kurang kerana saya sendiri masih lagi berlatih dalam bidang muzik ini. Saya selalu meletakkan satu tahal yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali membuat persembahan, inikan pula mengasah bakat baru.

"Apa yang saya risaukan ialah bagaimana sekiranya saya tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih dari seorang juara," ujarnya.

Bakal memulakan pencarian di tanah borneo terlebih dahulu, uji bakat Mentor 6 akan bermula di negeri Sabah pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, 15 Januari di Hotel Promenade, Kota kinabalu manakala ujibakat di Sarawak akan diadakan pada 20 Januari di Hotel Imperial, Miri dan 22 Januari di Hotel Merdeka Palace, Kuching.

Uji bakat bersama setiap mentor yang akan diadakan di Sri Pentas TV3 membariskan barisan mentor Fauziah Dato' Ahmad Daud adalah pada 4 Februari, Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF pada 19 Februari.

Full content generated by Get Full RSS.

GUA - BERITA ARTIS - AJL26 - Karma <b>Faizal Tahir</b> Mungkinkah <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 07:05 PM PST

Nama Faizal Tahir bukan lagi suatu yang asing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Bermula pada tahun 2007, di mana lagu nyanyian beliau, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta buat pertama kalinya tercalon sebagai finalis bagi AJL ke-22. Sayangnya, penyanyi yang digelar 'Superman Malaysia' ini tidak dapat beraksi kerana di'gam' gara-gara aksi buka baju  tidak berapa lama dahulu.

Walau bagaimanapun, rasa ralat tidak dapat menyertai AJL ke-22 berjaya ditebus semula apabila Faizal layak ke pentas AJL edisi berikutnya menerusi 2 buah lagu; Sampai Syurga dan Cuba. Lebih manis lagi apabila Faizal memenangi 2 kategori yang dipertandingkan iaitu; Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik untuk lagu Sampai Syurga.

Sejak dari itu, kemunculan Faizal dalam pentas AJL bagaikan suatu kemestian apabila beliau muncul secara berturut-turut pada edisi ke-24, 25 dan 26. Lagu Bencinta berjaya meraih tempat ke-3 pada AJL ke-24, manakala lagu Hanyut memenangi persembahan terbaik di AJL ke-25.

Bagi edisi ke-26 ini, Faizal mempertaruhkan lagu Karma,  hasil ciptaan serta lirik oleh Audi Mok dan Faizal sendiri. Karma ditampilkan dalam bentuk rock yang moden, melodi serta korus yang kuat, manakala liriknya pula sarat dengan mesej yang agak berat.

Kolaborasi antara Faizal dan Audi Mok bukan suatu yang asing. Malah hasil kerja mereka berdua sentiasa mendapat tempat di hati pendengar serta mampu bersaing dalam 5 edisi AJL secara berturut-turut.

Kemunculan Faizal Tahir dalam siri AJL boleh memberikan saingan yang sengit kepada setiap finalis yang bertanding. Faizal sudah cukup dikenali dengan kesungguhan beliau dalam memberikan persembahan yang 'gila', bertenaga dan terbaik setiap kali muncul di pentas AJL.

Mungkinkah 'Karma' Faizal pada kali ini akan membawa beliau ke suatu tahap yang lebih tinggi? Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan Faizal Tahir di pentas AJL 26 pada 29 Januari ini, 9 malam di TV3.

Full content generated by Get Full RSS.

prasasti jiwa: <b>Faizal Tahir</b> - Buta

Posted: 18 Dec 2011 07:09 PM PST

Mampukah dirimu bertahan begitu
Benarkah begini mahumu terus sembunyi
Untuk apa selama ini
Diriku yang selalu disini
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Mampukah jantungmu menahan semua
Sedarkah perit pun tak perlu biar ku hapus
Untuk apa diriku ini
Yang mampu kau terus punyai
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Luruh keringat bertahan
Hati jiwaku serahkan
Terabai tersisih jauh
Tuhan tolong buka mata hatinya
Buka mata aku didepanmu
Buta! Buka mata! Aku kan ada!
Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna
Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Ataupun ku yang buta

Prasasti Jiwa:

Akhirnya, Faizal Tahir telah mengeluarkan single terbaru beliau iaitu Buta...sgt excited! he3

Giler..lirik lagu ni memang sgt kena dgn jiwa aku saat ini...hu3

Untuk kamu...aku pasti kau tahu!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan