Nuffnang

Isnin, 30 Januari 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


HAIRIEcerulean: AJL 26 punya pasal: TERBAIK dari <b>ALYAH</b>

Posted: 29 Jan 2012 09:53 PM PST

Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah malam tadi buat pertama kalinya aku sertai 15 000 penonton Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra Bukit Jalil. Wow!! Sangat meriah dan best!! nanti aku cerita kat entri lain..
Senang je jadi Alyah ni, tak payah pakai banyak sangat props bagai .. pakai stage yang berpusing tu, tangga dan Remy Ishak je..tu pun dah cukup hebat!! eh banyak jugak la, lantern bagai tuh!.. haha
Ni pemandangan dari level 4 paling atas.. setakat ni je aku dapat zoom pakai lens aku ..time ni Alyah tengah berpusing..comel jer.. yang penting die berjaya buat aksi patung dengan baik!
Smoke tu, teknik terbaik nak penuhkan pentas! cantik..
Okay part ni, memang terbaik!! cube tengok skrin besar yang kat belakang pentas tu.. memang terbaik!! Warna gold yang memukau, sehebat vokal Alyah yang agak slow tapi mantap! ..
Lighting biru ni buat kami silau .. tapi tak rasa pun sebab tengah syok layan Kisah Hati...
Kemunculan Remy Ishak buat stadium bergegar!! semua orang histeria.. mungkin ini  yang menyebabkan persembahan Alyah diangkat sebagai persembahan terbaik malam tu.. tapi bukan disebabkan oleh Remy sahaja, secara keseluruhannya persembahan ni memang menarik! penat dah aku cakap 'menarik' banyak kali.. HAHA
Sweet seyh... persembahan dah habis pun orang still tepuk tangan tanda sokongan & dan persembahan yang hebat!! Dan jujurnya, memang persembahan Alyah ni wajib diangkat sebagai persembahan terbaik sebab ada aura yang tersendiri..maksudnya kalau kau tonton persembahan ni, kau rasa something/feel yang kau ada sekali dalam lagu tu.. itulah yang aku rasa.
Terima kasih kepada Alyah sebab bagi tiket untuk aku.. semuanya dari Twitter, tak sangka saje twit Alyah terus die offer betul2 tiket tu..apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!! ..kat stadium baru dapat tiket tu..aku bukan peminat setia sangat Alyah ni tapi lagu-lagu balada beliau yang membuatkan aku suka; sangat terkesan ditambah dengan vokal beliau yang agak kasar tapi lunak lemak tu yang wow!!! jom layan video nih:
**Thanks to Faiz (orang yang uruskan tiket ni) sebab sudi jawab call saya banyak kali, jawab dengan tenang & tak kasar walaupun masa aku call die tengah busy.. nasib baik jumpa hehe ..
Full content generated by Get Full RSS.

Tupai - Portal Hiburan Terkini: Air mata gembira <b>Alyah</b> menerusi <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 11:09 PM PST


Air mata kegembiraan mengiringi kemenangan penyanyi Alyah di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.

Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan bersyukur penantiannya selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air 'dibayar' dengan kemenangan Persembahan Terbaik.

Alyah sempat menyampaikan terima kasihnya kepada peminat menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter miliknya.

"Selamat pagi dan salam semua. Pagi yang seindah-indahnya. Syukur pada Allah S.W.T. Terima kasih semua. Doa anda buat saya masih di sini," ujarnya.

Pada malam AJL26, Alyah tampil membuat kejutan dengan persembahan seperti anak patung yang berada di atas kota muzik dengan pakaian gemerlapan serta suara memukau hati penonton.

Ditambah pula dengan kehadiran aktor "Nur Kasih The Movie", Remy Ishak ketika itu menjadikan persembahannya mendapat tepukan paling gemuruh pada malam tersebut.

Alyah sempat berkongsi bahawa dia tidak menyangka bahawa Remy sanggup hadir untuk memberi sokongan kepadanya, mengakui ia bukanlah gimik semata-mata sebaliknya ia adalah rancangan di saat akhir.

"Saya tidak sangka dia akan bersetuju membuat penampilan istimewa untuk lagu ini kerana sudah lama saya mahukan beliau untuk hadir. Walaubagaimanapun saya tidak menerima jawapan daripadanya sehinggalah malam sebelum AJL26 berlangsung, dia mengesahkan kehadirannya demi memberikan sokongan kepada "Kisah Hati"," kata Alyah lagi.

Sememangnya menggemari konsep fantasi wonderland, Alyah akui idea asal serta konsep yang disampaikan melalui persembahannya itu datang daripada dirinya menerusi penyelidikan.

"Alunan piano merupakan tunjang utama bagi lagu ini dan saya gabungkannya dengan kotak muzik yang seringkali kita lihat akan mengeluarkan bunyi tersebut dan berpusing. Itulah yang saya ambil dan bawa ke pentas AJL 26 pada malam tersebut."

Tidak mahu dianggap hanya bertanding sahaja, Alyah memberitahu bahawa komitmen dan usahanya terhadap lagu dan pertandingan ini telah diberikan sepenuhnya dan bersyukur atas kemenangan ini.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih ini telah berjaya merangkul kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan