Nuffnang

Selasa, 31 Januari 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Buat Suntikan Demi AJL26

Posted: 31 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2012: Tiada siapa tahu akan keperitan penyanyi Alyah yang menanggung kesakitan demi menjayakan persembahannya di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada malam Ahad lalu.

Di sebalik paduan vokalnya yang mendayu serta penampilannya yang menawan bersama busana rekaan Hatta Dolmat, Alyah berperang dengan kesengsaraan.

Bagi memastikan persembahannya malam itu mantap tanpa sebarang gangguan, perangkul Anugerah Persembahan Terbaik AJL26 itu sebenarnya telah mendapatkan suntikan doktor, sehari sebelum majlis berprestij itu berlangsung.

Semuanya gara-gara dia mengalami demam yang teruk selama seminggu sehingga dipercayai dapat menganggu konsentrasi serta kualiti persembahannya pada malam final berkenaan.

Dihubungi portal murai.com.my semalam, Alyah berkata dia terpaksa mendapatkan suntikan daripada pihak doktor bagi memastikan persembahannya terlaksana.

"Sudah seminggu sebenarnya Alyah demam dan kerana takut suara Alyah tidak keluar ketika di AJL, Alyah telah meminta doktor supaya memberikan suntikan.

"Doktor telah bersetuju. Bagaimanapun dia telah memberi tahu Alyah bahawa suntikan itu akan memberi kesan kepada kesihatan Alyah sehari selepas suntikan itu diberikan. Jadi mahu atau tidak, terpaksa Alyah ambil suntikan itu juga," jelasnya.

Ternyata memang benar.Ketika dihubungi , Alyah kedengarannya agak sukar mengeluarkan suara, malah juga enggan menjawab sebarang panggilan kerana mahu berehat.

"Tak mengapalah. Asalkan Alyah tidak mengecewakan peminat ketika membuat persembahan di AJL. Biarlah Alyah tahan rasa sakit sikit ini. InsyaAllah demam ini akan sembuh tidak lama lagi," katanya yang sentiasa positif.

Bercerita mengenai konsep persembahannya pada malam berkenaan, penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu telah mengeluarkan duit sakunya sendiri bagi memastikan konsep persembahan yang diimpikannya itu terlaksana.

Menggunakan khidmat dua selebriti popular, Remy Ishak dan Along Raja Lawak sebagai kekuatan persembahan Kisah Hati, penyanyi berusia 31 tahun itu telah menggunakan konsep fairy tale di mana Alyah telah memegang watak sebagai patung dari kotak muzik.

Dia telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi wang kemenangannya (RM10,000) bagi mendapatkan set pentas yang indah meliputi pentas ala music box, lampu hiasan dan teknik pencahayaan yang memberangsangkan.

"Alhamdulillah, pihak TV3 banyak membantu merealisasikan impian Alyah. Tak sanga pula, dalam keadaan kesihatan Alyah yang tidak mengizinkan dan konsep persembahan yang ringkas itu telah berjaya membawa kemenangan kategiri persembahan terbaik.

"Ribuan terima kasih juga Alyah ingin ucapkan dengan kehadiran Along Raja Lawak yang telah berjaya membawa watak badut.

"Malah paling Alyah tidak sangka sekali, apabila Remy Ishak telah bersetuju untuk datang di saat akhir bagi menjayakan persembahan Alyah. Memang satu kemenangan yang tidak di sangka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan