Nuffnang

Selasa, 24 Januari 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Obsesiku - <b>Aqasha</b> | Putera Gahara Gagah Perkasa

Posted: 18 Jan 2012 08:20 PM PST


Obsesiku Live Acoustic - Aqasha

Matamu...Bibirmu...Pipimu
 Dan Juga Senyum Mu
Membuat Aku Lebur Hanyut
Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu...HarumMu
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit
Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Di Setiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu...Ku GilakanMu

Aura Mu...Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu...Ku Rindu

TubuhMu...HarumMu
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit
Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Di Setiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu...

Inginku Gigit-Gigit
Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Di Setiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu...Ku GilakanMu

Ku GilakanMu...Ku GilakanMu...ObsesiKU

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gemersik Kalbu - Novel (Prolog)

GEMERSIK KALBU Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas! Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu.

Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju! Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.

Gemersik Kalbu - Drama (Sinopsis)

GEMERSIK KALBU mengisahkan kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya membawa si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.

p/s : Ayie suka bahagian lirik :
Inginku Gigit-Gigit
Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
jarang-jarang dengar lirik sebegini kreatif.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan